tag:blogger.com,1999:blog-76860519664462597162024-03-19T05:20:12.381-07:00"Kejayaan Bukanlah Satu Destinasi....KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.comBlogger78125tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-12206499109994444312011-02-28T01:35:00.000-08:002011-02-28T01:37:57.961-08:00Ego seorang lelaki...Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap

dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.

Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu....KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-89964097999443672582010-08-15T14:31:00.000-07:002010-08-15T15:33:13.514-07:00the best moment i got there!!hampir sebulan dh aku masuk maktab, n hampir sebulan gk la aku bergelar student....rindu zaman belajar dh terubat cuma alam belajar yang baru ni agak berlainan dari alam yang pernah aku lalui sebelum ni...mana x nya, klu di Mesir pensyarah ramai, mata pelajaran pun byk, tp bile disuh wat bahas or we call it "assignment" in bahasa inggeris, cuma 3 subjek je yang perlu wat...tp bile di maktab ni..klu 20 org lecturer yang mengajar ur class, all of those lecturers will ask u to do an assignment...aduh...pening gk aku...bukan apa, system belajar di Mesir lain, di Malaysia plk lain caranya...cara wat assignment tu sendiri dh lain...klu kt sini macam² yang dia nk, klu nk tulis mesti guna system "APA" la...guna font sekian² la, size sekian² la n something la...but di Mesir...when ur lecturers are asking u to do an assignment, u can make it on the spot at that time, but why?sbb kitorang kt sana tulis guna tangan je, x der lecturer pun mintak guna system "APA" la, font tu la, size ni la(tp x tahu le klu diorang ada mintak atau aku yang x faham diorang cakap..haha)....tp cukup berbeza....mula² aku masuk maktab ni dulu, mmg pening n cukup² memeningkan...tp skrg aku dh semakin dapat membiasakan diri...cuma bila dipikirkan kembali kadang² perbezaan cam ni bagus gk, at least pengalaman tu kita ada...bagi graduate of local university, they have no problem tentang perkara ni aku tgk, entah le...mungkin cara mereka belajar mmg mcm tu...who knows?....

di maktab ni, aku "join" kuliah pengajian pendidikan islam...n i've got many members here...mmg secara x langsung kita akan berkawan dengan classmate kita tu sendiri, maybe ada yang x "berkenan" dengan cara kita di dalam kelas...tp aku tetap aku...n this is my lifestyle n everybody have their own styles...

di kuliah ni la aku kenal rakan² aku ni>> ismail( i just call him MAIL,haha), saifullah, sepu ganu(pekat ganu mu,haha), taha, muazzam, othman( i've heard that he was being a lawyer sblm masuk maktab ni), shamhan, fahmi(si nakal al kelantani), ikmal(baru jadi papa, ala ciku² cak!..haha), hadi( graduate of al-azhar), azizi(rabbuna yusahhilu amrak), tipah, pizah, dayah, kak farihan, nora(al jawiah)haha, kak tengku, kak raihan n kak mahfuzah....mereka ni la kenalan baru aku di maktab(kelas aku je ni)...member kelas lain pun ada gk...cuma malas nk taip dh....haha....thanks anyway to all of u guys bcz sudi berkawan ngan aku...heheh....jgn moody ye di kelas...ceria sokmo...nk tiru assignment korang leh?haha...k²...nk gi tandas, pas ni nk bersiap gi maktab plk....lupa nk inform korang...actually aku ulang alik dari umah aku ke maktab everyday!!...dekat je...tp jauh gk..haha...k, cau...

p/s: doakan aku berjaya di sini!! syukriyah..eh², syuk tu budak kelas lain, haha...SYUKRAN...baru betul!KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-2916712919316917512010-06-28T09:26:00.000-07:002010-06-28T09:43:25.649-07:00Tips merisik utk lelaki mengikut ajaran islam...jika wanita yg hendak dipinang belum dikenali:

1-Hantar wakil yg amanah.Elakkan pergi seorang diri kerana jika pinangan ditolak anda akan berasa malu(mana nk sorok muka?!)

2-Seeloknya wakil itu dikenali oleh tuan rumah kerana ianya lebih mudah mendapat layanan yg lebih baik. Lagi satu, dapat jimat masa dan tak perlu lagi wakil perkenalkan dirinya. Jadi bolehlah wakil terus menyatakan hajatnya.

3-Jangan datang terlalu ramai. Ini menyebabkan tuan rumah susah hati kerana bimbang tidak dapat menyediakan jamuan yg mencukupi.

4-Datang pada hari cuti atau diluar waktu bekerja. Jika tidak pintu rumah "susah utk dibuka" dan wakil terpaksa balik dengan hampa. Lainlah jika wakil telah berjanji dengan tuan rumah nk datang pada hari tertentu.

5-wakil perkenalkan dirinya dahulu(sekiranya belum dikenali). Jangan dedahkan idenditi pewakil sehingga status perempuan dipastikan(jgn pecah amanah).

6-wakil bertanya benarkah "si polanah" anak kepada tuan rumah(bukan apa,takut tersalah org atau rumah).

7-wakil bertanya dahulu kepada tuan rumah samada gadis yg dimaksudkan telah dipinang atau belum.

8-wakil bertanyakan status "si polanah" masih gadis atau janda.

9-wakil bertanya siapakah wali atau penjaga kepada gadis tersebut.

10-wakil memperkenalkan kepada wali latar belakang org yg mewakilkannya dan menyampaikan hajatnya utk meminang.

11-wakil memohon supaya gadis yg dimaksudkan memunculkan diri dihadapan majlis utk tujuan pengesahan dan melihat bakal tunang setakat yg diharuskan.

12-adakalanya wakil pihak perempuan meminta pihak lelaki utk dilihat kesesuaiannya terlebih dahulu(jika ia belum dikenali) sebelum memberikan jawapan.

13-wakil berjanji akan menyempurnakan hajat pihak perempuan pada hari yg lain. Seterus datang semula dengan segera bersama pihak lelaki utk tunjuk muka.

14-jgn lupa catatkan semua terma pertunangan secara bertulis dihadapan saksi utk rujukan dikemudian hari....

sekian...

p/s: jom men risik2 pasni...heheKhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-70810256074362450692010-05-19T11:03:00.001-07:002010-05-20T06:11:34.845-07:00kian pudar...entah ler...sejak kebelakangan ni semangatku utk menulis blog kembali pudar...entah mana silapnya....geram n sakit hati ni masih aku pendamkan...takut mahu luahkan n tak tahu kepada siapa yg pula aku nk luahkan, dan adakah ada org pula sudi mendengar luahan n keluhan hati aku ni???ahhhhhhh....aku biarkan perbuatanku sahaja yg "berbicara" tp tidak bibirku ....di sekolah lain hal...kt rumah pula lain hal....adus...pening2...

selama ni apa yg aku pikir akan berlaku di sekolah hanyalah perkara yg baik2 belaka...namun ia bukanlah seperti apa yg aku citakan...perkara yg pernah dibisikkan kepadaku suatu ketika dahulu benar2 berlaku...kali ni ia terkena padaku sendiri....benar kata sahabatku..."kita ni tak sempurna"...

aku ni jenis tak kisah....tp kadang2 kisah jugak :P...klu org boleh ego...aku pun boleh....klu org boleh sombong, aku pun boleh,...klu org nk berdendam, aku pun boleh...klu org buat baik...insya'allah, aku juga akan buat baik padanya....kenapa tidak, kita kan manusia...cuma yg menjadi permasalahannya disini..betul atau tidak sikap kita tu, adakah ia digunakan pada waktunya?

mengapa kita mesti nk tunjuk ego? mengapa kita nk sombong? mengapa kita tak leh terima gurauan org sedangkan kita mahu org raikan gurauan kita??ishhh....tension aku bila teringatkan kembali perkara td....berlagak tak tentu pasal...mesti korang tertanya2 mengapa, kenapa dan atas dasar apa aku tulis entry begini??ianya hanyalah disebabkan perkara yg aku lalui di sekolah td...tentang apa...aku rasa tak perlu aku ceritakan disini...aku nk cuba pendamkan, biar "dia" pergi jauh2..cuma persoalananya mampu atau tidak??

ingatlah "kita ni tidak sempurna"....namun adakah disebabkan itu kita boleh berbuat buruk atas alasan ketidak kesempurnaan kita itu??tanya diri korang sendiri...

ya Allah...kembalikanlah semangatku :)KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-83406239534477761082010-05-08T09:52:00.000-07:002010-05-08T09:57:06.803-07:00lawak plus pengajaran...ada sebuah cerita....kisahnya bermula begini...

pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau
malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya.setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjemaah.
seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni?.. abg tak penah solat ni" "takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan.. seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim.
setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir...lalu pak kasim membaca surah alfatihah..

"bismillahirrahmanirrahim..." seman pun turut membaca bismillah dengan lantang...

"bismillahirrahmanirrahim..." aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut?
setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim.. pak kasim buat selambe dek....dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik..dan bertambah pelik... lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. "ish! gila ke menantu aku ni??" pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya kepada seman. "seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-32079111433210220032010-04-28T10:50:00.000-07:002010-04-29T05:15:45.114-07:00hari ditemuduga....once upon the time....

8.30AM
pak guard: ye encik?
Aku: erm, sy nk pi temuduga ni pakcik...
pak guard: o0o0, encik parking kete kt sana ye(sambil menunjukkan arah)..
Aku: time kasih pakcik...

...aku hanya menunggu didalam kereta sehingga jam menunjukkan pukul 9.00AM baru aku keluar mencari bilik temuduga...

...kelihatan ramai org yg sedang menunggu turn masing2 utk di temuduga...aku masih meneruskan pencarian bilik temuduga aku...

Aku: miss, where is B interview's room?
Miss: u go straight, turn right n u'll see it there...
Aku: ok, thanks ya...
Miss: u're welcome...

....aku ikut petunjuk yg diberikan, akhirnya aku temui jua bilik temuduga B tu...di luar bilik temuduga tersebut ada lebih kurang 5 org yg sedang menunggu...4 indians n 1 chinese....aku menghulurkan tangan tanda ingin berkenalan dengan 2 org lelaki(cina n india)klu x silap aku nama diorang kong(cina) dan jevenia(india)...

Aku: khairul...just call me khai...(uwekkkkkk..haha)
cina: i'm kong
india: n i'm jevenia
Aku: dh temuduga?
Kong:temuduga berkumpulan dah, tp invidu blm lagi...u punya waktu bila?
Aku: kul 10AM nnti...
Kong: sudah tukar kul 11AM ma....cuba u tgk kt senarai nama tu(sambil tunjuk ke arah pintu yg tertampal senarai nama)..
Aku: o0o0 erk...sat no...ha'ah la...kul 11...aduh...sempat lgi klu balik umah tido ni..
Kong:waaa...sempat lgi nk balik ka?i sudah talak ada mood nk tido ma...takut sepaluh mati...
Aku: ala...u buat relax je...(padahal aku lagi takut..haha)...eh kong, td masa kumpulan korang kena bincang pasal apa?
kong: erm..byk..
Aku:o0o0oo...
...mataku beralih ke arah buku kong(UJIAN MTEST & TEMUDUGA)....
Aku: ....pinjam buku u ni kejap kong...
Kong: silakan....

....aku membelek satu persatu muka surat buku tersebut utk cuba mengingat apa fakta yg dirasakan penting pada masa tu....

TEMUDUGA: 1- beri salam(bagi muslim) dan selamat sejahtera(bagi non-muslim)
2- jgn duduk sekiranya tidak diminta utk duduk
3- ucap terima kasih selepas diberi kebenaran utk duduk
4- duduk dengan keadaan tegak
5- tangan diletakkan diatas paha...
6- pandang ke arah penemuduga
*ini adalah sedikit sebanyak yg dapat aku ingat...hahah...

...sedang aku leka dan kusyuk membaca, lalu seorang gadis(pangkat kakak) sambil bersuara...

kakak: panas la baca kt situ...masuk la kt bilik sebelah...tp masuk duduk je erk...jgn makan plk...
Aku: boleh ke takper utk sy masuk kak?
kakak: boleh je, takder masalah...

....aku pun masuk bilik tu sambil ditangan masih memegang buku kong...
baru aku nk duduk...masuk seorang gadis india ke dalam bilik tu juga...sarmela nama dia..

sarmela: hai...boleh masuk ke bilik ni?
Aku: entah ler...akak td tu bagi masuk...tu yg i masuk tu...
sarmela: o0o0o ic..boleh i duduk..
Aku: silakan...
...kami mula memperkenalkan diri masing2...tiba2 sarmela tanya aku....tahu x pasal NKRA?...aku garu kepala tanda tak tahu...dalam hati aku>>menatang spesis beruk apa tu?...sarmela tersenyum...

sarmela: NKRA tu national key result area....(dia terus menerangkan satu persatu teras yg ada dalam NKRA...
....aku hanya mendengar dengan penuh kusyuk...ditangannya ku lihat ada sehelai kertas...aku meminta kebenaran dia utk tgk sat kertas tersebut...wah3...penting sangt nmpknya ni...aku pun cuba ingat plk apa yg ada kt kertas tu...

teras NKRA: 1- mengurangkan jenayah
2- membanteras rasuah
3- meluaskan akses pendidikan sekolah kebangsaan
4- merealisasikan.....(aku dh tak ingat, ingat 3 kt atas ni je)...haha

Aku:nah, time kasih bagi pinjam kertas..
sarmela: sudah ingat sumer ker?
Aku: x ler...amik sikit je...
sarmela: i dari semalam cuba nk ingatkan...
Aku: dalam hati aku(fuh...ni mesti dah cair gila ni)...dn terbukti masa ditemuduga secara berkumpulan dia diantara yg paling bnyk bercakap)...

...sedang kami asyik cuba mengingati..masuk pula 2 org perempuan(cina n india)ke dalam bilik yg kami lepak... sorang chong dan sorang lgi vin....aku tgk vin ni pendiam sedikit berbanding chong...tp masa temuduga..fuh..dia la yg paling petah bercakap...pom pang pom pang di bantai..aku senyap je...
...sekali lagi...sedang aku dan sarmela asyik menghafal..datang sorang manusia lagi...tp kali ni lelaki..nama dia ahmad ismail...mula2 aku nmpak dia aku duk ingat yg dia ni yg akan menemuduga kami...siap pakai songkok tu..aku je yg tak pakai songkok(dh le kepala botak)...haha

11AM
...sekarang tiba waktu kami utk ditemuduga secara berkumpulan...kami diminta oleh si penemuduga utk memperkenalkan diri masing2...bermula dari ismail..sarmela...aku...yanti(dia datang agak lewat, so aku x berapa kenal)...vin dan chong...selesai memperkenalkan diri, kami diminta utk membaca sehelai kertas(soalan temuduga)...

Penemuduga: minta sorang baca..erm..sarmela, sila baca..

...sarmela memulakan bacaannya...

penemuduga: bukan yg tu...soalan baca dulu...
sarmela: yg mana?
penemuduga: kt atas tu...RANGSANGAN NKRA...

.......perghhhh,dalam hati aku tuhan saja yg tahu...apa yg baru sebentar td sarmela terangkan kt aku masuk....agak pelik macam mana sarmela target...tp ku abaikan segala itu...yg aku harus buat skrg..FOCUS....

penemuduga: ok, kamu semua diminta utk berbincang tajuk tersebut selama 30 minit..sblm tu kamu diberi 3 minit utk mencari idea....(habis masa 3 minit)...kamu boleh mula sekarang...

....kami senyap seketika(5 saat)...vin memulakan hujahnya...pomprang...pomprang...kemudian sarmela sambung....tiba2 sarmela tanya aku....

sarmela: jadi apa pandangan encik khairul?

....aku terkedu seribu bahasa...

Aku: erm...pada pandangan sy...cara yg...
*baru aku nk cakap...penemuduga tu kata...
Penemuduga: kamu tgk balik soalan tu..jgn ubah tajuk..soalan minta macam mana...mulakan semula...
...dalam hati aku, adus....mujur aku tak sempat merapu lg..hahah
..kami pun mulakan perbincangan kami semula...juga dimulakan dari vin...kemudian sarmela...diikuti ismail..yanti..chong dan aku mencelah....:P..masa perbincangan tersebut...yg paling aku nmpk menonjol adalah...ismail, vin dan sarmela...aku hanya bersuara...ye2, sy setuju kata2 tersebut...oh tidak, sy rasa itu tidak sesuai dan bla..bla...bla...
....lagi 5 minit nk habis masa...kami semua diminta berhentikan perbincangan...

penemuduga: ok...sekarang sy mahu kamu sumer buat kesimpulan...bermula dengan chong...

chong: pomrang..pomprang...bla...bla..
vin: kesimpulannya...dum bla bla bla....
yanti: kesimpulannya...bla bla bla...

...3 org ni buat kesimpulan sumer panjang2...sampai kt aku...

Aku: sebagai kesimpulan yg dapat sy katakan disini, kita sumer harus bekerjasama bla bla bla......itu sahaja dari sy...(kesimpulan aku paling pendek)...

....tiba masa sarmela utk membuat kesimpulan...sarmela cuba utk menggoreng....sedang asyik menggoreng tiba2 kena sound dengan penemuduga...

penemuduga: tu panjang sangat tu....

...dalam hati aku"aku plk cam ner?pendek sangat ker?aduuusss....
tiba giliran ismail yg mmg lantang bila bersuara...pomprang2...bla2...dum2...

penemuduga: ok...masa dh tamat...sekarang kamu sumer boleh tunggu di luar, tunggu sehingga loceng dibunyikan...sebelum tu, sila tanda tangan sekali lagi dikertas ini..

kami: baik....

12tgh...
....kami kt luar bilik temuduga bising2 dan masing2 cuba meluahkan perasaan...akun pun sama geli la..hahah..tiba2 loceng berbunyi...ismail adalah org pertama utk ditemuduga secara individu, seterusnya sarmela...aku tak tahu apa yg ditanyakan kepada diorang..aku kt luar pula sedang cuba menenangkan perasaan gelabah yg kian memuncak...huhuh

ting..ting...fuh...tiba giliran aku...(aku mengetuk pinta sambil memberi salam)...(ikut panduan buku temuduga kong td)..hahah

penemuduga: silakan duduk..
Aku: terima kasih...
penemuduga: KhairulAizam bin Abdul Rahman...
Aku: ya sy...
penemuduga: apa makna aizam ni ye?
Aku: laisa lahul ma'na...tak der makna...khairul je ada makna...
penemuduga: o0oo..khairul sebaik2 la kan? abdul rahman biasa dh...
Aku: ya betul....
penemuduga: dulu sekolah menengah belajar kt mana ye?
Aku: di Kelantan..kota bharu..pulau melaka...
penemuduga: sekolah tuan guru?
Aku: ya(dalam hati aku "takkan nk berpolitik plk kot")...
penemuduga: tiap2 hari la kamu dengar ceramah dia?
Aku: yup...setiap pagi subuh tuan guru akan bagi kuliah subuh...dan kami pelajar bla..bla..bla...

...selepas salah sorang dari penemuduga membaca profileku dan melihat sijil2 aku yg sikit gila tu....

penemuduga: baiklah, sy nk tanya kamu...kamu dari kuliah bahasa arab, bagaimana kamu nk hubungkan dengan opsyen yg kamu minta?
...aku memulakan jawapanku....

penemuduga: apa pandangan kamu jika di kelas guru buat lawak?
Aku: bagi sy...tiada masalah sekiranya lawak tersebut bertujuan utk menyegarkan semula minda pelajar2..bla..bla...bla..

penemuduga: ustaz ada wat lawak kt kelas?
Aku: ada gk...
penemuduga: cuba ustaz buat lawak sikit...kami nk tgk..bagaimana cara ustaz buat lawak..

Aku:erm..sy bila buat lawak..sy guna satu benda ni...(tetiba aku lupa nama menatang tu...adus...blur gila)

penemuduga: hai ustaz, tak ingat lawak?tak leh jadi raja lawak la ustaz...
Aku: garu kepala..huhuh..kadang2 sy nasyid gk di kelas(aku cuba tukar topik)

penemuduga:oh begitu...cuba ustaz nasyid sikit...kami nk dengar...
...aku pun nyanyi la sebuah nasyid yg pada awalnya aku agak lama memikirkan tune sebenar nasyid tersebut...hahah...tengah menggelabah la katakan...

penemuduga:..erm...boleh tahan...ok ustaz...ustaz dari kuliah bahasa arab..bagaimana ustaz nk membudayakan pelajar supaya berbahasa arab?
..aku menjawab..bla..bla..bla...

penemuduga: cuba ustaz cakap arab sikit...
..aku blur sekejap...
Aku: nk cakap pasal apa?
penemuduga: cakap je pasal apa...perkenalkan diri ker...
Aku: baiklah...pomprang2...bla...dum2..
penemuduga: bagus bahasa arab kamu..
...dalam hati aku" nk je aku baca matan2 atau syair2"..haha

penemuduga:ok la..itu sahaja...
Aku:time kasih...

...keluar je aku dari pintu bilik temuduga tu..si yanti dan vin tanya apa yg aku kena tanya masa kt dalam bilik...aku bagitahu la diorang...tp sebenarnya mmg aku tak puas hati dengan jawapan yg aku berikan semasa dalam bilik temuduga...dah keluar bilik baru aku terpikir utk bercakap sekian2...aduyai...ujian2...

..kemudian aku meminta izin dari kawan2 yg baru aku kenal utk pulang terus ke rumah aku dengan perasaan yg sedikit kecewa...

sekian saja dari sy dari bilik temuduga...:)

*P/S: doakan aku berjaya dalam temuduga ini....aku mmg tak yakin yg aku leh dapat...tp aku mengharapkan doa sahabat2 n cikgu2 serta ibu bapaku yg mungkin bisa mengubah keyakinanku....KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-46635974746140468112010-04-28T04:19:00.000-07:002010-04-28T04:20:49.561-07:00kisah kura2...Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura kura) nak gi berkelah bersama sama. Kekura pertama membawa makanan, Kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun selamber jek lenggang perut. Didalam perjalanan tiba-tiba ujan pun turun dengan lebat nya deras, sehingga mereka tak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka.

Kekura I : "Ermmm..... salah sekor dari kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pegi ni?"
(Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III. )

Kekura III : "Tak nak ahhh. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Sure nkorang akan bedal mengkanan ni semua."
Kekura I & II : "Takk lah. Kita orang tunggu sampai nko datang."

Kekura III : "Betul? Kalau aku lambat 1 jam?"

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "Kalau 3 jam ??"

Kekura I & II "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "Kalau 1 hari ?? "

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "3 hari "

Kekura I & II :"Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "4 hari "

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "1 minggu? "

Kura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "2 minggu?"

Kekura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu."!!!!!!!Enko pegi je lah"

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tak jugak balik balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.

Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni . Kita makan jek lah "

Kekura II : "Aku pun dah nak pengsan nih. Jom ahh kiter perabih mengkanan ni"

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak-semak dan berseru " Hoii !!!!!!!!!!!!!!! Nasib baik aku belom pegi lagi... kalau tak sure nkorang abiskan mengkanan ni kan kan????

P/S:JGN INGAT ORG YG SLOW TU TAKDE AKAL.....KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-50191706817162914032010-04-24T04:51:00.000-07:002010-04-24T06:03:52.980-07:00baruku kenal erti ujian....perkataan ujian dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud . Dalam bahasa inggeris disebut test(contoh ayat>> "test"ing one two three).. Dalam bahasa arab pula disebut ikhtibar@imtihan(contoh ayat>>imtihan fen??haha...)tp bukan ujian ni yg aku nk citer kt sini...tp..jeng....jeng...jeng

Al-kisah pada suatu pagi yg hening(24hb April 2010), aku keluar utk bersiar2 mencari klinik....sedang dalam perjalanan tetiba aku rasa macam minyak motor aku nk habis..lantas aku tergesa2 menuju ke station minyak(shell) berdekatan utk mengisi minyak dalam tangki minyak motor aku yg hampir kehabisan minyak itu..."cik yg manis, fuel ye....(RM10 aku hulurkan sambil tersengih manja)..haha....aku pun isi la minyak motor tu sampai penuh tahap x leh nk isi dh minyak(apa aku cakap ni?)....selesai mengisi, aku belek tayar aku.."wah, masih cun(botak gila)!...yg aku tak puas hatinya angin tayar motor aku yg ku rasakan seakan tidak mencukupi utk perjalanan yg mengambil masa 30minutes....aku pun pi la kt tempat isi angin sambil menggendong motor(boleh tahan berat ko ni!!)....sblm aku isi tu ada 2 org brother nk isi angin tayar kete masing2....

Brother A: pam angin ni rosak ni, tak leh pun....
Brother B: o0o0o, ye ker?

brother A pun terus mencabutkan diri dari tempat kejadian, aku pun mencelah....aku baru nk pegang pam angin tu, brother B sound...

Brother B: dik, acu cubo test meta, bulih dop pom angin ni digunoke?
Aku: Alright....

aku pun gunakan la pam angin tu...ternyata.....PAM ANGIN TU MMG TAK GUNA!!!.....habis angin tayar motor aku di keluarkan...waaaaaaaaa....cam ne aku nk pi sekolah....(brother B pun terus memblahkan diri beliau dengan gerakan sejenak).....tak sempat aku nk bagitahu dh hilang brother td??aku cakap dalam hati....ala, takper...small matter je ni...jom "kita" pi petronas ye....aku pun kendong la motor aku ke petronas yg terletak sejauh 1300M(ujian matematik>>tukarkan Meter kepada Kilometer)....

sampai kt petronas aku nmpk sorang brother tengah guna, wah3...elok pun....aku baru sampai, brother tu plk dh nk bla tanpa berbicara denganku walaupun sepatah, klu ye pun ucap la time kasih(takder kena mengena)...hahah...tanpa membuang masa aku pun terus amik pam angin...pam punya pam...tak gak penuh angin tayar aku...apsal ni?rosak gk ke?apsal brother yg bawak kete tu ok je pam....belakang aku dah berduyun2 "mangsa" menunggu..."pam ni rosak la tuan puan sekalian" aku bersuara....o0o0 erk?sumer hadirin terus cau....dan tinggallah aku kesepian mencari teman....waaaaa....aku pun kendong lagi motor aku mencari kedai motor(0845am)....uhhhhh...takder..sabor2...aku pun bertenggek di tepian jalan....mata ku tertumpu pada 2 perkataan dihadapanku..."klinik dirahsiakan"....hahaha...takper la...tayar bocor tp klinik ada gk yg bukak(0900am)...sblm masuk klinik tersebut, aku tepon adik aku "assalamualaikum, hello adikku sayang...tayar motor abgmu ini pancit..tolong bawakkan abg pam boleh??...tanpa byk songeh adikku terus menurut perintah(nk kena bedal klu melawan?)..haha..lantas aku menyambung kembali niatku utk masuk ke dalam klinik tersebut...masuk2 je, aku ternampak satu lembaga yg cukup besar...4 kali saiz aku...hahah.....pembantu doktor rupanya..buat cuak je...(mmg cuak pun)...

Pembantu Doktor: ye encik yg kacak?boleh sy bantu....

Aku: boleh3....angin tayar motor i tu habis la...eh2 silap....i datang nk mintak MC...boleh?

Pembantu Doktor: tak leh encik...jp ye...encik penah datang sini?
Aku: tak.

Pembantu Doktor:erm....ada sakit apa2 ari ni?
Aku: tak...i nk jumpa doktor u bleh?

Pembantu Doktor: relax dulu ye encik...sy nk rekod nama encik dulu...
Aku: ok, suka hati la...

Aku pun terus menunggu....tiba2 aku terdengar satu bisikan manja memanggil namaku.."Encik KhairulAizam masuk"...aku pun masuk....masuk2 sekali gelap daaaaa...hahah...takper2, yg penting dapat MC..ngeh3....

Doktor: ye?sakit apa?
Aku berterus terang menyatakan yg aku tak sakit cuma nk MC je...

Doktor: nk MC...boleh, tp kenapa ye?
Aku: macam ni doktor, i ada ujian ari ni kul 2-3 ptg...so i nk amik MC la cz ari ni ada sekolah ganti...dan....(x sempat aku nk habiskan kalam taujihat aku)haha...

Doktor: o0oo cam tu...ok2...baik2(sambil check tekanan darah aku)...sy bagi awak vitamin ye? cz sy tgk awak kurang sihat gk ni...

Aku:...erm...ok la doktor...yg penting dapat MC...haha....

Lepas segala urusan di klinik itu selesai, aku terus kembali menuju ke motorku yg tersadai di tepian jalan sambil melihat kelibat adikku yg sedang mengisi angin tayar motorku...."lu dah try ke pam kt petronas tu?"...aku jawab>>dah la..klu tak, x der le aku call ko suh bawak pam ni...sambil tergelak.....adik aku cakap yg tayar aku dh bocor, "tunggu sini jap, aku nk cari kedai motor yg bukak"...aku jawab"alright"...

dh puas adik aku pusing...jumpa gk akhirnya...rupa2nya kedai motor tu dekat je ngan tmpt aku td..hahah...mmg buat lawak betul rr....

kt kedai motor.
pakcik...minta tolong pamkan tayar motor sy ni boleh tak?pam angin kt petronas tu rosak la...

Pakcik: ok nk....o0o0o, tiub motor dh bocor ni...pakcik tukarkan ye nak?
Aku: silakan pakcik...(aku menunggu sehingga selesai)...RM8 aku bayar sambil mengucapkan time kasih)...aku pun terus menuju ke sekolah pula(adik aku plk balik terus) utk serahkan surat MC....(1045am)...aku singgah kebun(kt sekolah gk,sambil memparkingkan motor kt tepi tembok..) sahabat aku dulu, nk usya tanaman fertigasi beliau
*perbualan di kebun terpaksa dipotong kerana tak larat nk taip dh..hehe..

selesai urusan kt sekolah(sempat main chess bersama jaguh chess SKPU3)(12.30PM)..wah2...aku dah lewat ni...nk pi ujian kt klang plk...
sekali tgk tiub motor aku bocor lg daaaaaa....waaaa...betul2 ujian sebelum menduduki ujian...sabor2...
mujur la aku terserempak ngan sorang brother yg baik hati membawaku pi ke kedai motor terdekat(bawak aku ikut jalan terpencil gila...cuak gk, ala kulli hal, syukran bro)...
sampai kt kedai motor aku dh kelam kabut..."tolong tukar tiub tayar motor sy ni, baru sy tukar td, dh bocor lg, sy ada ujian bertulis kt klang jap lg, tolong cepat sikit ye uncle"...

Uncle kedai motor: ok2...lu kasik lehat dulu(sambil meneruskan kejenya, tayar motor lu ada masalah ni,kasik tukar mau ka?)...semua soalan dia aku angguk je...(dh lewat sangat dh masa tu)..selesai baiki aku pun bayar la RM50....keep the change ye uncle(padahal aku mintak kurang...hahah)...(1300pm)...aku lewat sangat dh ni...kena merempit sakan ni...aku pun merempit....sekali hujan la plak...aduyai...ujian lagi...basah aku...waa((..takper2...sabor....aku meneruskan perjalanan kerana kami yg mengambil ujian diminta sampai ke lokasi setengah jam sebelum ujian bermula....alhamdulillah...mujur aku sampai tepat pada masanya.....(1330pm)...aku ingat sampai2 leh terus masuk terus..rupa2nya kami diminta tunggu kt luar dulu cz nk kemaskini meja..huhuhu...dalam masa menunggu, sempat gk la aku kenal ngan rakan baru aku di sana...hanafi klu x silap nama beliau....

Dalam dewan ujian aku menjawab dengan penuh kusyuk....setengah jam awal diminta kami hadir...setengah jam awal gk la aku habis menjawab sumer soalan(300 soalan)....entah ler..aku pun tak tahu apa yg aku jawab dan apa keputusannya nnti...tawakkal je la...heeeeee~..aku hanya harapkan doa ibubapa, cikgu2, sahabat2 sebagai pembantuku selain ALLAH....time kasih kepada yg mendoakan keselamatanku dalam perjalanan menuju ke destinasi....alfu syukr....KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-34419656964639951812010-04-23T09:15:00.000-07:002010-04-23T09:51:45.458-07:00Rahsia Menjadi Jutawan Akhirat....Fitrah manusia suka kepada nikmat dan kesenangan. Kalau ditanya kepada kalian silakan angkat tangan sekiranya tidak suka kepada wan dan kekayaan. Pasti tiada siapa yg akan menyahut kepada permintaan tersebut...
Aku teringat ketika berstatus pelajar(skrg pun masih pelajar..hehe)sekolah rendah, dalam satu mata pelajaran Bahasa Melayu, guru mengarahkan kami utk menulis satu karangan bertajuk "KALAU SAYA MENJADI SEORANG JUTAWAN". Sekiranya tajuk ini aku kemukakan kepada kalian, apakah impian kalian kalau berstatus itu?
Hakikatnya, sekiranya nikmat itu belum sampai di tangan, pelbagai impian dan perancangan yg muluk dan lunak mahu dicipta...Tetapi tidak ramai yg melaksanakan apa yg diimpikan itu sekiranya wang RM1juta itu benar2 di dalam genggamannya. Segala impian yg indah itu tiba2 hilang diganti dengan rancangan2 mega yg membuncitkan perut dan nafsu sendiri...Mengapa begitu ye?

Rasulullah Sallallahu alaihi wa alihi wasallam memberi ingatan kepada kita dalam sebuah hadith yg bermaksud: Wahai anak adam! jika kamu memberikan lebihan dari hartamu(bersedekah) adalah terbaik bagimu, dan sekiranya kamu menahannya(bakhil) adalah celaka, dan tiadalah kamu akan dicela jika tiada lebihan(dari hartamu). Mulakanlah pemberianmu itu kepada org yg engkau tanggung. Tangan yg memberi lebih utama dari tangan yg menerima.
Mengapa manusia bersifat bakhil???
kerana mereka menyangka bahawa segala nikmat yg mereka kecapi selama ini adalah dari usaha dan titik peluh mereka sendiri tanpa menganggap bahawa ianya adalah kurniaan ilahi....dan mereka berasa bahawa manusia lain tiada hak bahkan tidak layak utk mengambil walau sedikit harta yg diusahakannya siang dan malam itu. Nah! terpacul dari mulut2 busuk mereka ini ditambah dengan baru lepas makan petai ungkapan sebegini "penat2 aku kerja, senang2 ko nk minta, cari rr sendiri". Maka dihinanya peminta sedekah, dicacinya pemungut zakat, dilekehnya ustaz2 yg berceramah tentang waqaf dan infaq.
Wahai manusia yg bakhil, jgnlah kalian beranggapan begitu. Kita hidup di dunia ni pun tak sampai 100 tahun. Dunia ini hanyalah tempat tinggal yg fana dan akan hancur binasa. Seketika nanti kita akan berpindah meninggalkannya menuju ke alam akhirat. Harta yg kalian kumpulkan waktu hayat kalian tidak ada nilai langsung di sana. Harta2 itu nanti akan habis diagihkan kepada anak dan isteri2mu(bagi yg byk isteri le)di dunia. Yg tinggal bersamamu hanyalah kain kafan putih yg membaluti tubuhmu(sekujur badan berselimut putih)...Itulah sahaja harta dunia yg tinggal utkmu diwaktu itu....
Baginda Rasulullah sallallahu alaihi wa alihi wasallam memberi peringatan kepada kita melalui soalan yg diberikan kepada para sahabat; tahukah kamu apakah yg sebenarnya harta yg kamu miliki?maka sahabat berkata:" Harta kami adalah wang dinar, dirham, bangunan dan tanah lapang. Lalu baginda bersabda;"harta2 itu adalah kepunyaan waris2mu. Hartamu yg sebenar adalah amal2 yg kamu lakukan semasa hayatmu....

Ingatlah, nikmat dunia yg pernah kita kecapi tiada nilai langsung disisi allah S.W.t walaupun sebelah sayap nyamuk!

Nabi Sallallahu alaihi wa alihi wasallah memberitahu kepada para sahabat dan kita semua didalam sebuah hadith yg bermaksud; " kalaulah nilai dunia ini sama harga dengan sebelah sayap nyamuk, maka Allah tidak akan memberi rezeki kepada org2 kafir...Harta dan kekayaan yg kalian miliki hanya akan bernilai di akhirat apabila digunakan kepada perkara yg diredhai Allah. Seperti firman-Nya di dalam surah al-qasas, ayat 77 yg bermaksud: "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yg telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaanmu(keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah(kepada hamba2 Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu(dengan pemberian nikmat-Nya yg melimpah ruah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada org2 yg membuat kerosakan".
Apabila harta kekayaan kurniaan Allah itu kita manfaatkan dengan amalan yg mendatangkan pahala, maka ianya akan jadi harta yg tidak ternilai di akhirat kelak.
Wahai pemilik harta, Ayuh! korbankanlah hartamu ke jalan Allah. Taatilah segala suruhan-Nya. Jauhilah larangan-Nya. Di luar sana ada saudara seislam kita yg amat memerlukan pengorbananmu. Semoga kalian bukan sahaja menjadi jutawan di dunia tetapi kalian juga bergelar jutawan akhirat....sebagaimana aku akan infaqkan tenagaku kepada islam dengan mendidik anak bangsa, juga akan merealisasikan "guru jutawan akhirat"..walaupun tidak berharta tetapi masih berusaha utk menjadi "jutawan"....KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-90962717289678144722010-04-23T04:51:00.001-07:002010-04-23T05:07:08.323-07:00Anugerah Istimewa....betul kata sahabatku, tenang rasanya bila dengar lagu nasyid ni tika hujan turun...dalam masa yg sama kita hayati makna lirik ini yg ingin disampaikan...oh damainya...indah dan agungnya kuasa pencipta sekalian alam ini....

oh hujan yg turun membasahi bumi
rahmat dari ilahi...
oh awan yg menangis tandanya kesyukuran
di atas nikmat tuhan...

sedarilah insan hanya kepadaNya
sujudlah..bersyukurlah...

titis hujan yg gugur bersama sejuta rahsia
anugerah istimewa hidup insan penuh bahagia

titsan yg suci bersama kedinginan
cetuskan ketenangan hati
bumi yg disuburi alam indah menyanyi
flora dan fauna pun berzikir
berusahalah insan semai benih setia
berbakti seikhlasnya

titis hujan yg turun bersama sejuta rahsia
anugerah istimewa hidup insan penuh bahagia

oh khalifah dunia
ciptaan paling mulia
segala nikmat allah hargai sebaiknya
panjatkan doa sentiasa kepada yg kuasa....

Tajuk: Anugerah Istimewa
Artis: Mirwana
Lirik: Akmal Mirwana...KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-61458890693385832602010-04-12T06:26:00.000-07:002010-04-12T06:47:14.021-07:00sayur dan buah yg boleh menguatkan tubuh...lihatlah kebesaran dan keagungan ciptaan Ilahi...setiap yg diciptakan ada hikmah dan kebaikannya yg tersendiri...subhanallah!

Berikut adalah enam jenis makanan yg terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yg boleh diambil utk mengawal tubuh daripada mudah dijangkiti penyakit.

1- SELERI
Seleri merupakan sejenis sayur berbatang lembut, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium, karotin, vitamin A, B kompleks dan C. Biasanya ia digunakan dalam perubatan secara tradisional bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Sayur ini juga dipercayai dapat melancarkan pusingan haid dan mengatasi masalah keputihan. Malah seleri boleh merawat penyakit kulit seperti jerawat serta ruam.

2- JAMBU BATU
Kulit buah dan isi yg keras paling banyak mengandungi vitamin C yg penting utk kesihatan kulit, gigi, gusi dan penyembuhan luka. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit skurvi, masalah gusi dan gigi serta luka tidak sembuh denan sempurna. Manakala, daun dan bunga jambu batu pula mengandungi vitamin B iaitu pektin sejenis serabut larut yg dapat membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, terutamanya kolestrol tidak baik jenis LDL.

3- BUAH DELIMA
Kebiasaannya buah delima sedap dimakan segar mahupun dibuat minuman jus, sirap dan ada juga yg menjadikannya sebagai salad buah dan sayur serta rojak. Jusnya diminum utk rawatan demam panas, batuk, ulser dalam mulut dan melawaskan pembuangan air besar. Delima mengandungi tanin, asid sitrik(mempunyai antioksidan dan kesan antitumor dalam kajian keatas haiwan), vitamin C dan asid borik yg mempunyai kesan antiseptik.

4- BETIK
Buah ini mengandungi kalium, kalsium, vitamin A, C dan karpain(berupaya melambatkan degupan jantung,menurunkan tekanan darah tinggi, membunuh amoeba dan merangsang pembuangan air kecil. Air rebusan betik muda dipercayai dapat merawat darah tinggi.

5- DURIAN BELANDA
Dimakan mentah bila masak, dibuat jus buah atau aiskrim. Ia juga mengandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C. Fosforus penting utk metabolisme tenaga, penyerapan nutrien, membentuk tulang dan gigi yg sihat. Manakala kalsium pula penting bagi pembekuan darah serta mengawal degupan jantung. Ia juga amat penting kepada wanita yg putus haid bagi menghalang osteoporosis.

6- KOBIS
Dipercayai kubis mengandungiagen antikanser lebih berbanding sayur-sayuran lain. Disamping itu, ia juga dikatakan mampu mencegah ulser perut, selain daripada mengandungi antibakteria bagi meningkatkan lagi sistem imunisasi tubuh. Sayur ini biasanya dimakan mentah, dimasak mahupun dijadikan sebagai ulam khas bagi kesihatan diri.KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-73113159646785169262010-04-11T05:05:00.000-07:002010-04-11T06:33:24.398-07:00Arak punca dosa memuncak...Arak yg disebut "khamar" dalam bahasa arab bermaksud minuman yg memabukkan. penggemar arak pula sinonim dengan panggilan "kaki botol". Bagi org2 fasik, kafir dan munafik, arak menjadi minuman kemegahan kerana pada mereka arak adalah minuman terbaik utk menikmati keseronokan hidup sebenar.

Mutakhir ini, masalah berkaitan muslim yg meminum arak di kalayak ramai telah menjadi isu hangat yg diperkatakan dalam media perdana. sememangnya isu ini seharusnya diberi perhatian oleh semua pihak sejak dahulu lagi memandangkan membeli dan meminum arak telah menjadi satu fenomena biasa yg amat membimbangkan yg semakin menular di kalangan muda-mudi islam hingga menubuhkan pelbagai bentuk maksiat dan kemungkaran berupa penzinaan, pembunuhan, keganasan rumahtangga, penderaan dan seumpama dengannya.

SEJARAH PENGHARAMAN ARAK

Islam telah mengharamkan arak sejak 14 abad yg lalu. Org2 jahiliyah sebelum kedatangan islam adalah peminum arak yg tegar. Terdapat juga di kalangan segelintir umat arab jahiliyah yg baru memeluk islam cuba mempengaruhi Rasulullah SAW dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat utk seseorang. Rasulullah segera menyanggah anggapan itu dengan bersabda: "ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segal penyakit". Sabda baginda lagi yg bermaksud: "apa2 yg banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram(walaupun belum memabukkan".

Berbicara tentang arak, Aisyah R.A telah memetik hadith Rasulullah SAW yg telah diriwayatkan oleh imam al-Bukhori maksudnya: " sekiranya al-quran mula2 memberitahu org2 arab agar jangan meminum khamar(arak) dan tidak berjudi serta melakukan penzinaan, mereka akan berkata; " tidak, kami tidak akan patuh". Al-Quran terus menyampaikan ke dalam hati mereka rasa takut dan kasih kepada Allah. Cerita kehidupan selepas mati, mengenai syurga dan taman2nya yg indah bagi sesiapa yg patuh, seksaan api neraka bagi yg ingkar sehingga hati mereka telah menjadi lembut, selepas itu mereka diperintahkan berhenti dari meminum khamar(arak), melakukan penzinaan dan berjudi dan mereka mematuhinya".

Walaupun begitu arak tidak terus dilarang serta merta. Ia mengambil tempoh beberapa ketika utk pengharaman secara keseluruhannya. Org2 islam mula bertanyakan tentang perihal arak sebagaimana dinyatakan oleh al-quran dalam surah al-Baqarah ayat 219 yg bermaksud: "mereka bertanyakan kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah apda keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosa kedua2nya lebih besar dari manfaatnya". Ayat ini telah memberi keinsafan dan kesedaran kepada org2 yg kuat iman dan beramal soleh utk terus meninggalkan arak dan judi. Bagaimanapun larangan ke atas arak tidak dinyatakan dengan jelas.

Perintah lain yg diturunkan adalah dalam peristiwa seorang sahabat bersolat dalam keadaan mabuk dan telah melakukan kesilapan besar ketika membaca ayat2 suci al-quran. Peristiwa ini diceritakan al-quran melalui surah an-Nisa' ayat 43 yg bermaksud: "hai org2 yg beriman, janganlah kamu solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengerti apa yg kamu ucapkan".

Larangan ini sangat penting kerana tabiat mabuk telah diperkatakan buat pertama kali bersama sembahyang yg telah difardukan di waktu tertentu dalam masa sehari iaitu bermula solat subuh hingga isyak. Ini menimbulkan konflik di antara perintah baru dengan adat resam org2 arab jahiliyah yg meminum arak di awal pagi dan permulaan malam.

Perjuangan bagi melawan hawa nafsu bagi mengekang tabiat meminum arak menagih kesabaran dan ketabahan oleh peminumnya. Pada peringkat awal utk menghilangkan ketagihan arak, peminum arak yg aktif mungkin tekena "sawan" atau tabiat meracau yg berpanjangan.

Perintah akhir larangan meminum arak telah diturnkan dalam satu majlis jamuan yg telah diadakan di antara org2 Muhajirin dan Ansar di mana arak telah menjadi salah satu bahan hidangan. Apabila ramai yg mabuk, mereka mula bermegah2 dan kemudiannya bergaduh sesama sendiri dengan melontar ketulan2 tulang yg terdapat dalam hidangan makanan. Apabila rasa mabuk telah hilang, mereka mula menyesal, insaf dan merasa berdosa atas tindakan mereka itu.

Pada waktu itulah, al-quran telah menyatakan judi dan khamar adalah dilarang kepada semua umat islam sebagaimana firman Allah yg bermaksud: "Syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran meminum arak dan berjudi dan menghalang kamu dari mengingati Allah dan solat, maka berhentilah kamu(dari melakukan perbuatan itu)".

Anas bin Malik telah menyatakan: "Apabila khamar(araK) dilarang, org2 arab masih menyukainya dan ada yg amat berat utk mematuhinya. Tetapi akhirnya mereka berjaya mematuhi perintah Allah dengan setiap dari peminum arak akan membawa arak rumah masing2 ke jalan raya dan membuangkannya. Jalan2 dan lorong2 di Madinah dipenuhhi dengan bau arak sehingga beberapa hari". Semenjak peristiwa itu sehinggalah ke saat ini, org2 islam di seluruh dunia adalah org2 yg paling kurang berdepan dengan masalah ketagihan arak.

HUKUMAN PEMINUM ARAK

Dalam syariat islam hukuman bagi org yg meminum arak ialah dirotan. Namun para ulama' berbeza pendapat tentang kadarnya. Ada yg mengatakan bahawa hukumannya ialah sebanyak lapan puluh kali rotan. Ini adalah pendapat imam Malik, Abu Hanifah dan satu riwayat dari imam Ahmad.

Manakala imam Syafie dan satu pendapat dari imam Ahmad mengatakan bahawa hukuman bagi kesalah tersebut ialah sebanyak empat puluh kali rotan. Punca perselisihan di kalangan ulama' ini ialah kerana hukuman bagi kesalahan had meminum arak tidak diterangkan secara jelas di dalam al-quran dan juga hadith2 serta Athar(pendapat) para sahabat. Apa yg disebutkan hanyalah tentang pengharaman arak sahaja tanpa ditetapkan hukuman had kepada peminum2 arak. Begitu juga Rasulullah SAW tidak menetapkan kadar tertentu. Adakalanya baginda merotan pesalah tersebut hanya beberapa kali sebatan, tetapi tidak melebihi daripada empat puluh kali sebatan. Kemudian Saidina Abu Bakr R.A pula merotan peminum2 arak sebanyak empat puluh kali sebatan. Diriwayatkan daripada Ibnu Sa'id Al-Khudri dan Ali KWJ bahawa Rasulullah Saw menghukum org yg minum arak sebanyak empat puluh kali sebatan.

Kemudian apabila tiba pada zaman Saidina Umar, maka beliau meminta nasihat daripada para sahabat. Lalu Abdul Rahman bin 'Auf berkata: "Seringan2 hudud ialah lapan puluh kali sebat". Kemudian Umar pun menetapkan hukuman itu sebanyak lapan puluh kali dan para sahabat semuanya bersetuju dengan Umar yg mengambil pendapat Abdul Rahman sebagai satu ijmak. Hukuman tambahan yg dilakukan oleh Umar ini adalah sebagai hukuman ta'zir yg jika pada pendapat pemerintah bahawa hukuman itu diperlukan.

ARAK DAN UNDANG-UNDANG

Di Malaysia, peruntukan tentang hukuman minum arak telah dikanunkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di setiap negeri. Dari sudut pentadbiran undang2 bagi kesalahan meminum dan menjual arak terdapat dua institusi seperti jabatan agama islam negeri dan pihak berkuasa tempatan(PBT).

Berdasarkan kepada peruntukan yg terkandung dalma enakmen negeri masing2, jabatan agama islam negeri hanya mempunyai bidang kuasa terhadap org islam yg meminum arakdan minuman lain yg memabukkan, samada diminum di mana2 kedai atau di tempat awam, atau menjual, menawarkan jualan, atau mempamerkan sesuatu yg berkaitan dengan arak, menyimpan dan juga membeli yg menjadi satu kesalahan.

KESAN BURUK MINUM ARAK

Sudah jelas, bahawa sesetengah jenayah yg berlaku dalam masyarakat di antara lain berpunca dari gejala arak. Kajian2 ilmiah samada dari jenis sains, psikologi dan kemasyarakatan menunjukkan kebenarannya.

Al-Quran awal2 lagi telah memberi peringatan dan amaran bahawa mudharat arak adalah lebih banyak dari manfaatnya. Berdasarkan kajian perubatan dan saintifik antara keburukan arak terhadap kesihatan dan perhubungan sosial yg akan dirasai oleh peminum arak adalah seperti:

*apabila diminum dengan banyak, arak boleh merosakkan selaput lendir perut dan menajdi racun yg meresap dengan cepat ke dalam lain2 bahagian tubuh manusia terutama jantung dan buah pinggang.

*meminum arak boleh menjadikan seseorang itu mendapat sesak nafas yg akan mengganggu alat pernafasan.

*meminum arak boleh menyebabkan kematian menegejut akibat kuatnya tekanan alkohol di dalam arak tersebut terhadap hati dan jantung.

*meminum arak ketika perut kosong atau sebelum sarapan boleh menyebabkan berlakunya barah dalma perut.

*meminum arak boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian serta menyebabkan seseorang itu lupa tentang tanggungjawabnya terhadap keluarga dan tanggungjawab agama.

IMAN DAN ARAK TIDAK MUNGKIN BERSATU

Dosa manakah, minum minuman yg memabukkan, berzina atau membunuh?itulah teka-teki sebagai inti khutbah khalifah Uthman bin 'Affan R.A seperti yg diriwayatkan oleh Az-Zuhriy. Khutbah Uthman itu mengingatkan umat islam agar berhati-hati terhadap minuman khamar kerana punca minuman yg memabukkan itu telah membawa kepada perbuatan keji dan segala sumber dosa. Dalam khutbahnya beliau mengisahkan tentang seorang abid yg tekun beribadah di masjid. Suatu hari lelaki soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik. Kerana telah terpikat, lelaki tersebut menurut sahaja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya iaitu tentang kemaksiatan. Pertama meminum arak, kedua berzina dan ketiga membunuh. Disebutkan beliau menilai bahawa dosa meminum arab adalah lebih kecil daripada dua pilihan lain yg diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu memilih meminum arak tetapi apa yg berlaku,dengan meminum arak yg memabukkan dia telah melakukan dua kejahatan yg lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu telah berzina dengan wanita pelacur tersebut dan membunuh bayi di sisinya. Justeru berkata khalifah Uthman bahawa iman dan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Org yg mabuk, mulutnya akan mengeluarkan kata2 kufurdan melakukan perkara yg tidak sepatutnya dilakukan oleh org yg beriman.

HARAM TETAP HARAM

Islam sesungguhnya bersikap tegar terhadap masalah arak. Tidak kira sedikit atau banyak kerana arak itu sendiri telah menjadi haram yg dapat menggelincirkan kaki manusia ke lembah kebinasaan. Sebagai sebuah negara yg didominasi oleh umat islam, tindakan tegas perlu dilakukan dalam membendung perbuatan meminum arak ini iaitu melalui perlaksanaan undang2 yg berkesan yg diharapkan akan dipatuhi oleh masyarakat awam selain dariapda kesedaran daripada pihak masyarakat itu sendiri. Selain itu, selain sensitiviti masyarakat islam dan identiti negara Malaysia yg dilabelkan sebagai negara islam juga hendaklah dipelihara. Premis2 perniagaan hendaklah mengeluar dan menguatkuasakan arahan utk tidak menjual arak kepada masyarakat muslim serta mereka perlulah menurut garis panduan yg telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa

Namun hakikat yg harus diakui di sini ialah menjalankan hukuman tersebut terhadap peminum arak hendaklah seiring dengan usaha menghapuskan puncanya, jika tidak ia samalah seperti berdepan dengan masalah nyamuk yg tidak cukup sekadar membunuhnya sahaja, walhal dalam masa yg sama longkang2 dan sampah sarap dibiarkan menjadi tempat pembiakan tanpa dibersihkan atau dihapuskan.Fikir2kanlah!!!!!!.....KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-46088838246676306772010-04-04T05:33:00.000-07:002010-04-04T06:06:07.412-07:00nilai ukur...hairan, pelik dan canggung rasanya bila aku dengar pelbagai cerita mengenai guru2 di sekolah tempatku mengajar...erm...entah apa yg mereka tidak puas hati(aku akan cuba selidik nnti).....mengapa mereka perlu bersangka buruk?mengapa perlu mengadu domba?....ingatlah firman Allah yg bermaksud>>"wahai org2 yg beriman, jauhilah kamu dari bersangka buruk kerana bersangka buruk itu merupakan dosa....."
dan perlu diingat, "Hablum minallah wahablum minan nas"...hubungan dengan allah dan sesama manusia...

mereka hanya ekspresif bila berkata tapi bagiku mereka belum layak untuk mengimplementasikannya...dan besar kemungkinan, tidak mampu pun utk melaksanakannya.....kepada sahabatku...jgn khuatir, aku akan sentiasa menyokong segala usahamu itu....jgn pesimistik kerana usaha yg nampak dikit tetapi pasti dampaknya besar...bi masyiatillah...aku yakin semangat ko kuat sesuai makna namamu itu...(contact2 le jika perlukan pertolongan ye(jika den mampu)...hehehe)...KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-3140787558916369232010-04-04T05:16:00.001-07:002010-04-04T05:16:42.440-07:00sambungan petua pelajar cemerlang....22. Tahu petua mengulang kaji
1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
3. duduk tegak dikerusi yang selesa
4. baca doa penerang hati
5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
6. fikir dan ingat kembali isi utama
7. catat/lakar
8. semak semula ketepatan maklumat
9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
10. buat rumusan
11. jawab soalan
12. tampal maklumat yang rumit di dinding
13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
1. jangan makan kepala ikan
2. jangan makan organ dalaman
3. jangan minum semasa makan
4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
5. jangan melihat kemaluan
6. jangan melihat buih
7. jangan membaca nama pada batu nisan
8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain 9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
10. banyakkan makan kekacang
11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
13. jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat:
1. tampal nota-nota penting di dinding
2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
3. gunakan kaedah akronim
4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar:
1. mempunyai jadual belajar
2. patuh kepada jadual
3. buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

32. Pelbagaikan tempat belajar.

33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-61168136198415924462010-03-28T05:32:00.000-07:002010-03-28T05:34:15.983-07:00jom buat apa yg pelajar cemerlang buat....Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
1. kita ingat 10 % apa yang dibaca
2. kita ingat 20 % apa yang didengar
3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
4. kita ingat 70 % apa yang dicakapkan
5. kita ingat 90 % setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
1. pastikan cahaya adalah terang
2. kurangkan gangguan bunyi
3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
5. kerusi dan meja menghadap kiblat
6. jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori:
1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
3. mengingat kembali (recall)
4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

9. Sentiasa awal dan mendahului:
1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.

10. Berbuat baik dengan guru

11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
2. memberikan tumpuan sepenuhnya
3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan. 14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur,selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

*...aku x larat nk taip..sambungan dia kemudian menyusul....heeeee~KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-49537082031098617212010-02-16T03:25:00.000-08:002010-02-16T03:27:23.478-08:00Syarat dan Hak Ukhuwah1. Hendaknya bersaudara untuk mencari keredhaan Allah, bukan kepentingan atau berbagai tujuan duniawi. Tujuannya mengharap redha Allah, mengukuhkan umat Islam, berdiri dengan kekuatan di hadapan konspirasi pemikiran dan militer yang menghujam agama dan akidah umat. Rasulullah Saw. bersabda, "Sesungguhnya amal itu tergantung niatnya..." (HR. Imam Bukhari).

2. Hendaknya saling tolong-menolong dalam keadaan suka dan duka, senang atau tidak, mudah mahu pun susah. Rasulullah bersabda, "Muslim adalah saudara muslim, ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya... tidak boleh seorang muslim bermusuhan dengan saudaranya lebih dari tiga hari, di mana yang satu berpaling dari yang lain, dan yang lain juga berpaling darinya. Maka yang terbaik dari mereka adalah yang memulai mengucapkan salam." (HR. Imam Muslim).

3. Memenuhi hak umum dalam ukhuwah Islamiah. Rasul bersabda,
"Hak muslim atas muslim lainnya ada enam, iaitu jika dia berjumpad ia memberi salam, jika bersin dia mendoakannya, jika dia sakit dia menjenguknya, jika dia meninggal dia mengiringi jenazahnya, jika dia bersumpah dia melaksanakannya." (HR. Imam Muslim).

Beberapa Contoh Penerapan Ukhuwah Islamiah oleh Rasulullah dan Sahabat

1. Rasulullah mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan Anshar, antara Aus dan Khazraj. Saat itu Rasul menggenggamkan tangan dua orang, seorang dari Muhajirin dan seorang lagi dari Anshar. Rasul berkata pada mereka, "Bersaudaralah kerana Allah dua-dua."
Maka Rasulullah mempersaudarakan antara Sa'ad bin Rabi' dan Abdurrahman bin Auf. Saat itu, Sa'ad langsung menawarkan setengah hartanya kepada Abdurrahman, memberikan salah satu dari dua rumahnya. Bahkan ia siap menceraikan salah satu isterinya supaya dia menikahi Abdurrahman.

Kemuliaan keimanan kaum Anshar ini diterima kaum Muhajirin dengan keimanan pula, sehingga Abdurrahman bin Auf berkata, " Biarkanlah harta, rumah, dan istrimu bersamamu. Tunjukkanlah aku pasar." Maka Abdurrahman meminjam wang dari Sa'ad, sehingga Allah membukakan pintu-pintu rezeki baginya, sehingga Abdurrahman bin Auf menjadi salah satu sahabat Nabi yang sangat kaya.

Allah berfirman, "Bagi para fuqara yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurnia dari Allah dan keredhaan-(Nya) dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar. Dan orang-orang yang telah menempati kota Madiah dan telah beriman (Anshar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang telah diberikan kepada mereka (orang-orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang diperlihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung." (QS: Al-Hasyr: 8-9).

2. Setelah perang Badar, kaum Muslimin menawan 70 orang musyrikin. Salah seorang dari kaum musyrik itu bernama Aziz, saudara kandungnya sahabat Rasulullah bernama Mus'ab bin Umair.

Ketika Mus'ab melihat saudara kandungnya, ia berkata pada saudaranya yang muslim, "Kuatkanlah ikatannya. Mintalah wang darinya sesukamu, kerana ibunya memiliki banyak wang." Dengan terkejut Aziz berkata, "Apakah seperti ini wasiatmu atas saudaramu?" Mus'ab berkata, "Kamu bukan saudaraku, akan tetapi dia (sambil menunjuk seorang Muslim)." Ini menunjukkan bahawa ukhuwah atas dasar agama lebih kuat dari hubungan darah.

3. Pernah seorang sahabat Rasulullah memberikan segelas air kepada salah satu teman-temannya yang sedang mengembala kambing. Temannya tersebut memberikan air kepada teman kedua. Yang kedua memberikan kepada yang ketiga. Begitulah seterusnya, hingga air tersebut kembali pada yang memberikan air pertama kali, setelah tujuh kali air itu berpindahan tangan.

4. Salah seorang sahabat Rasul bernama Masruq memiliki hutang yang banyak. Namun kerana saudaranya bernama Khaitsamah juga berhutang, maka Masruq membayar hutang Khaitsamah tanpa sepengetahuannya. Sedangkan Khaitsamah, mengetahui saudaranya masruq memiliki hutang yang banyak, ia pun membayarnya tanpa sepengetahuannya Masruq.

Alangkah hebatnya dan indahnya jika saat ini kita turut merasakan ukhwah yang indah dalam pandangan kaca mata islam, yang telah diajar oleh Rasulullah saw kepada kita..

BarakaAllahufikum..

Semoga Allah menjadikan kita saling bersaudara kerana-Nya…KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-1459827888771451562010-01-06T03:04:00.000-08:002010-01-30T23:35:31.747-08:00jawab teka teki ni......lama dah rasanya aku x posting...jadi utk posting kali ni..aku nk bagi korang teka teki...korang jawab le ye...

1-lembu naik motor,kambing naik kereta.orang pula naik apa?

2-kalau semua binatang naik bas,kereta,van,keretapi,kapal terbang dan kapa.Habis manusia nak naik apa?

3-ape pasal baju superman ketat?

4-banyak-banyak kampung...kampung aper yang selamat di duduk penduduk?

5-Dalam banyak-banyak ibu ape selalu kat dapur?

6-Dalam banyak-banyak burung,burung apa yang tak jumpa ?

*6 soalan cukup dh kot...ke tak cukup?..ala,soalan² ni pun belum tentu korang dapat jawab...hahah....(perli tu,jadi buktikan korang boleh)KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com12tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-80098791010868395362009-10-21T03:08:00.000-07:002009-10-21T03:58:07.968-07:00satu anugerah...ku panjatkan syukur kepada rabbul ulama' yg telah memberikan aku kesempatan utk bersama dengan para ulama' di sini selama 4 hari....terasa TERsangat kerdil diri ini jika ingin dibandingkan dengan mereka...mmg benar sabda kekasihmu"al'ulama warathatul anbiya'"....ulama' itu pewaris nabi...tenang bila melihat wajah mereka...alhamdulillah,kesempatan yg di beri aku gunakan dengan sebaiknya...walaupun kadang2 masih gagal mengawal nafsu yg sering cuba mengganggu....

perasaan sedih membelenggu diri bilamana ingin berpisah dengan mereka....tp ku tetap gagahi...

sepanjang 4 hari berada di kaherah,aku telah diberikan tugas memikul tanggung jawab sebagai AJK Disiplin sepanjang program berlangsung....berat tanggung jawab ini,pernah ketika sebelum program bermula aku minta ketua disiplin cari penggantiku..macam2 alasan aku beri...x larat berdiri dan sebagainya...tp bila difikirkan kembali,rugi klu aku x sertai program ni...aku batalkan niatku....

hari pertama: dirasmikan oleh seorang ulama' yg diberi nama syeikh muhammad usamah mahmud al azhari....ditemani oleh syeikh jamal farouq....aku kagum dengan mereka,lontaran suara yg sedikit akan disertai dengan sepotong hadith nabi S.A.W....indahnya peribadi mereka,tidak pernah melupakan nabi sebagai saiyyidul fuqaha'....bukan seperti diri ini yg sering leka dengan buaian fatamorgana alam....

hari kedua: kedatangan syeikh yusri,seorang doktor yg mmg pakar tentang ilmu kedoktoran serta seorang yg hebat dalam ilmu hadith....sekali terpandang wajahnya membuatkan hatiku berasa tenang....senyumannya begitu manis....tidak seperti diri ini...

hari ketiga: kedatangan syeikh muhammad ibrahim alkattani....kedatangan ke program ini membuatkan aku begitu gembira,beliau juga seorang yg hebat dari segi ilmu hadith....utk pengetahuan,para masyaikh akan saling berganti dalam membaca hadith,tp setiap kali sampainya giliran syeikh muhammad baca,aku rasa semangat nk dengar,sekali gilirannya akan dibaca kira2 200 hadith...aku tinggalkan sebentar tugaskuaku(org dh x der kt pintu,cz sumer sedang khusyuk mendengar)...seperkara lagi,aku dapat tahu,hanya zaujah syeikh ini saja yg tahu apa yg boleh dimakan oleh syeikh...begitu terjaganya beliau dari sebarang makanan,hatta anaknya sendiri memanggilnya maulana....

hari terakhir: sekali lagi program ini didatangi oleh seorang ulama' besar mesir dan juga seorang mufti bagi negara MESIR...syeikh ALI JUM'AH....kali ini aku diberi tugas utk mengiringi syeikh dari mula beliau turun kereta hingga ke pentas program....sungguh tenang dan cerah muka sang murabbi ini,bertambah kagum aku melihatnya....alhamdulillah sekali lagi aku diberi kesempatan utk bersalaman dengannya.....kedatangannya ke program membuatkan hati ini betul2 rasa terharu,program yg julung2 kalinya dibuat oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) benar2 mendapat sambutan hebat..disertai dengan kedatangan para ulama' azhar,memeriahkan lagi program ini...alhamdulillah kami diberi kesempatan juga utk solat dengan berimamkan para masyaikh ini....tenang sungguh....

sedikit kekalutan berlaku ketika para masyaikh ingin masuk ke bilik VIP....ini adalah perkara biasa,semua org ingin bersalaman dengan mereka...amatlah rugi bagi siapa yg tidak mahu mengambil keberkatan dari mereka...cuma waktu dan ketika tidak mengizinkan...risau pula tgk bila para masyaikh dikerumuni sebegitu ramai org...

akhir kalam,aku ingin meminta maaf kepada semua seandainya sewaktu program berlangsung aku ada buat salah silap....sebagai AJK Disiplin,aku perlu bersikap tegas,hatta sesama kawan2 rapat sekalipun,harap antum faham situasi itu...minta maaf juga kepada AJK Disiplin yg lain klu2 ada yg terasa hati denganku sepanjang program berlangsung....terima kasih diucapkan kepada sahabat2 yg sanggup membantu bagi menjayakan program pembacaan kutub sittah ini....semoga program ilmu sebegini akan berterusan selamanya...amin ya rabbal alamin.....KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-11410441832776764232009-10-10T05:05:00.000-07:002009-10-10T05:08:24.610-07:00Isu Purdah... Pembaca Jangan Cepat Melatah Bila Akhbar Picisan Mencuit ....Sekali lagi hati ini terguris bilamana para ulama dipermainkan.Inilah bahananya jika pekerjaan yang dilakukan langsung tidak berpaksikan iman dan adab.Sikap pembaca pula terlalu cepat menghukum dan memberikan komentar. Saya mendengar khabar daripada beberapa sahabat, sudah ada yang menggunakan laman facebook untuk mengecam dan mengutuk Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Seringkali kita memberikan nasihat dan pesanan kepada akhbar Tanah Melayu yang sering bersekongkol dengan akhbar dunia yang lain agar melakukan penelitian sebaiknya kepada setiap pernyataan yang dikeluarkan.

Berkali-kali kita sebutkan , selepas ini jika berita dan akhbar Melayu mengeluarkan sesuatu pernyataan kontroversi tentang pendapat para ulama maka perkara pertama yang perlu dipasakkan di dalam minda sidang pembaca ialah “ BOLEH DIBACA NAMUN PERCAYA JANGAN”. Kamu tak takutkah dengan hukum Allah taala kerana sering mempermain-mainkan para ulama.

Ingatlah, daging ulama itu beracun. Jangan bermain-main dengan maruah seorang ulama.

Pendapat yang dikeluarkan oleh Syaikhul al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah jelas bertentangan dengan apa yang dikeluarkan oleh akhbar Malaysia.Lain yang diucapkan oleh Syeikh, lain pula yang mereka masukkan ke dalam akhbar milik mereka.Kalau ya pun inginkan akhbar picisan milik kamu terjual laku di pasaran, usahlah lakukan fitnah kepada para ulama sehingga sedemikian rupa.

Apa yang diterangkan oleh IslamOnline dapat menjelaskan segala kekusutan yang berlaku. Saya diminta berkali-kali oleh sahabat-sahabat untuk membahaskan isu ini. Sikap saya yang pertama, tidak mahu terlalu cepat meletakkan hukum kepada ulama yang kita kenali sangat wara’ di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

Secara jelasnya , Syaikhul Akbar tidaklah melarang @ mengharamkan ( seperti bahasa yang digunakan oleh Akhbar Malaysia) pemakaian niqab secara mutlak. Malah larangan ini hanyalah kepada sekolah dan pusat pengajian yang di dalamnya hanya terdapat wanita sahaja. Ini bermakna, jika terdapat lelaki di dalam kawasan tersebut, maka dibenarkan untuk memakai niqab bagi wanita. Apa yang kita kesalkan, akhbar Malaysia jelas menyebarkan berita yang bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Syaikhul Akbar.

IslamOnline juga menerangkan bahawa, Syaikhul Akbar bukanlah menentang pemakaian Niqab kepada wanita. Malah beliau amat-amat menghormati pandangan wanita yang ingin mengekalkan pemakaian niqab.Namun, apa yang beliau tentang ialah kesalahfahaman yang berlaku dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Bahasa mudahnya, mengamalkan agama bukan pada tempat yang sepatutnya. Jika sesebuah institusi tersebut ahlinya terdiri daripada golongan wanita semata-mata, apa faedahnya mereka memakai niqab?? Ini yang ingin Syaikhul Akbar terangkan dan bawa kepada masyarakat. Bukannya seperti yang disebarkan oleh akhbar-akhbar picisan yang seolah-olah mengatakan bahawa niqab ingin diharamkan seratus-peratus kepada golongan wanita muslimah.

Manakala isu tohmahan terhadap Syaikhul Akbar yang mengatakan bahawa beliau menghina pelajar wanita tersebut dengan mengatakan bahawa “ Aku lebih mengetahui tentang agama daripada kamu dan orang-orang yang mendidik kamu” jelas merupakan fitnah terhadap Syaikhul Azhar. Perkataan ini langsung tidak diucapkan oleh Syaikhul Akbar. Ini jelas putar belit yang dilakukan oleh akhbar yang memang terkenal suka mencari publisiti murahan dengan melakukan penghinaan terhadap para ulama.

Penjelasan lanjut boleh dilihat di IslamOnline.

Inilah senario masyarakat sekarang, ulama terlalu dipandang rendah dan hina. Malah dianggap tiada langsung kedudukan disisi mereka. Saya tidak mahu membahaskan isu sama ada niqab ini benar-benar merupakan tuntutan agama atau sekadar adat seperti yang disebutkan oleh Syaikhul Akbar.Ini merupakan permasalahan khilaf dikalangan para ulama.Khilaf di dalam permasalahan ini bukanlah merupakan perkara usul yang boleh membawa kepada kekufuran. Malah ianya cuma khilaf di dalam permasalahan cabang agama. Terlalu dangkal golongan yang ingin melakukan tohmahan kepada Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah hanya kerana beliau mengatakan bahawa niqab ini hanyalah merupakan adat.

Orang zaman sekarang lebih suka percayakan akhbar yang ditulis oleh wartawan yang tidak diketahui peribadinya berbanding mempercayai ulama muktabar.

Saya sangat tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh Fadhilatus Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah bilamana ditanya pandangan beliau berkenaan pendapat Syaikhul Akbar tentang “ Harus Memberikan Infaq Kepada Pembinaan Gereja”. Kata Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah(secara ringkasnya) :

“ Sepanjang pengetahuan saya perkara ini merupakan sepakat daripada para ulama mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk kita memberikan bantuan terhadap pembinaan gereja.Cuma ianya dibenarkan untuk pihak kerajaan memberikan bantuan jika keadaan memerlukan seperti yang berlaku di Gaza setelah peperangan antara Yahudi laknatullah dan tentera Islam.Kerajaan Hamas ketika itu memberikan bantuan kewangan untuk pembinaan gereja yang runtuh akibat peperangan tersebut. Secara jelasnya, saya menyebutkan perkara ini dengan ilmu saya yang sedikit berbanding Syaikhuna al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Mungkin Fadhilatul al-Imam al-Akbar pernah terjumpa pendapat ulama yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk memberikan bantuan kepada pembinaan gereja.Manakala saya dengan sedikitnya ilmu pengetahuan yang ada pada saya maka tidak dapat saya memberikan pendapat sepertimana yang diberikan oleh al-Imam al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.”

Nah, inilah sikap sebenar seorang ulama dan sikap seorang pendengar yang tidak cepat menghukum.Malah meletakkan adab yang terlalu tinggi terhadap para ulama.

Moga kita semua dapat mengambil sifat terpuji yang ditunjukkan oleh para ulama kita di dalam memberikan pendapat dan berbeza pendapat.

p/s: POSTING NI DI COPY DARI LAMAN BLOG UST NAZRUL NASIR....
p/s: jgn mudah percaya akhbar malaysia....KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-52969204817013858342009-09-17T06:31:00.001-07:002009-09-17T06:31:58.209-07:00antara sabar dan mengeluh...Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-13285149674966797592009-08-02T08:58:00.001-07:002009-08-02T08:58:46.660-07:00awan ikut org???Diriwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona kepada budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."
Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Is kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-35421909396076202002009-07-22T05:52:00.000-07:002009-07-22T05:53:28.353-07:00Penduduk SyurgaDi dalam kitab Al-Multaqith diceritakan, bahawa sebagian bangsa Alawiyah ada yang bermukim di daerah Balkha. Ada sebuah keluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri dengan beberapa anak wanita mereka. Keadaan keluarga tersebut serba kekurangan.

Ketika suaminya meninggal dunia, isteri beserta anak-anak wanitanya meninggalkan kampung halamannya pergi ke Samarkand untuk menghindari ejekan orang di sekitarnya. Kejadian tersebut berlaku pada musim dingin. Saat mereka telah memasuki kota, si ibu mengajak anak-anaknya singgah di masjid, sementara dirinya pergi untuk mencari sesuap nasi.

Di tengah perjalanan si ibu berjumpa dengan dua kelompok orang, yang satu dipimpin oleh seorang Muslim yang merupakan tokoh di kampung itu sendiri, sedang kelompok satunya lagi dipimpin oleh seorang Majusi, pemimpin kampung itu. Si ibu tersebut lalu menghampiri tokoh tersebut dan menjelaskan mengenai dirinya serta berkata, "Aku mohon agar tuan berkenan memberiku makanan untuk keperluan malam ini!" "Tunjukkan bukti-bukti bahawa dirimu benar-benar bangsa Alawiyah," kata tokoh orang Muslim di kampung itu. "Di kampung tidak ada orang yang mengenaliku," kata ibu tersebut.

Sang tokoh itu pun akhirnya tidak menghiraukannya. Seterusnya dia hendak memohon kepada si Majusi, pemimpin kampung tersebut. Setelah menjelaskan tentang dirinya dengan tokoh kampung, lelaki Majusi lalu memerintahkan kepada salah seorang anggota keluarganya untuk datang ke masjid bersama si ibu itu, akhirnya dibawalah seluruh keluarga janda tersebut untuk tinggal di rumah Majusi yang memberinya pula pelbagai perhiasan serba indah.

Sementara tokoh masyarakat yang beragama Islam itu bermimpi seakan-akan hari Kiamat telah tiba dan panji kebenaran berada di atas kepala Rasulullah SAW. Dia pun sempat menyaksikan sebuah istana tersusun dari zamrud berwarna hijau. Kepada Rasulullah SAW. dia lalu bertanya, "Wahai Rasululah! Milik siapa istana ini?" "Milik seorang Muslim yang mengesakan Allah," jawab baginda. "Wahai Rasulullah, aku pun seorang Muslim," jawabnya. "Cuba tunjukkan kepadaku bahawa dirimu benar-benar seorang Muslim yang mengesakan Allah," sabda Rasulullah SAW. kepadanya. Tokoh di kampung itu pun bingung atas pertanyaan baginda, dan kepadanya Rasulullah SAW. kemudian bersabda lagi, "Di saat wanita Alawiyah datang kepadamu, bukankah kamu berkata kepadanya, "Tunjukkan mengenai dirimu kepadaku!" Kerananya, demikian juga yang harus kamu lakukan, iaitu tunjukkan dahulu mengenai bukti diri sebagai seorang Muslim kepadaku!"

Sesaat kemudian lelaki muslim itu terjaga dari tidurnya dan air matanya pun jatuh berderai, lalu dia memukuli mukanya sendiri. Dia berkeliling kota untuk mencari wanita Alawiyah yang pernah memohon pertolongan kepadanya, hingga dia mengetahui di mana kini wanita tersebut berada.

Lelaki Muslim itu segera berangkat ke rumah orang Majusi yang telah menampung wanita Alawiyah beserta anak-anaknya. "Di mana wanita Alawiyah itu?' tanya lelaki Muslim kepada orang Majusi. "Ada padaku," jawab si Majusi. "Aku sekarang menghendakinya," ujar lelaki Muslim itu. "Tidak semudah itu," jawab lelaki Majusi. "Ambillah wang seribu dinar dariku dan kemudian serahkan mereka padaku," desak lelaki Muslim. "Aku tidak akan melepaskannya. Mereka telah tinggal di rumahku dan dari mereka aku telah mendapatkan berkatnya," jawab lelaki Majusi itu. "Tidak boleh, engkau harus menyerahkannya," ujar lelaki Muslim itu seolah-olah mengugut.

Maka, lelaki Majusi pun menegaskan kepada tokoh Muslim itu, "Akulah yang berhak menentukan apa yang kamu minta. Dan istana yang pernah kamu lihat dalam mimpi itu adalah diciptakan untukku! Adakah kamu mahu menunjukkan keislamanmu kepadaku? Demi Allah, aku dan seluruh keluargaku tidak akan tidur sebelum kami memeluk agama Islam di hadapan wanita Alawiyah itu, dan aku pun telah bermimpi sepertimana yang kamu mimpikan, serta Rasulullah SAW. sendiri telah pula bersabda kepadaku, "Adakah wanita Alawiyah beserta anaknya itu padamu?" "Ya, benar," jawabku. "Istana itu adalah milikmu dan seluruh keluargamu. Kamu dan semua keluargamu termasuk penduduk syurga, kerana Allah sejak zaman azali dahulu telah menciptakanmu sebagai orang Mukmin," sabda baginda kembali.KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-43856265059278949532009-07-16T06:46:00.000-07:002009-07-16T06:47:20.397-07:00Sejarah Hidup Nabi Muhammad....."Kamulah ummat terbaik yg melahirkn utk tampil ditengah2 ummat manusia, dgn menyuruh kpd yg ma'ruf n mencegah yg munkar n beriman kpd ALLAH.." (Ali Imran: 110)

Lahir ~ pg Isn 9 Rabi'ul Awwal = 20 Apr 571M
~ Ibu : Aminah
~ Ayah : Abdullah
~ Thn kelahiran : Tahun Gajah
~ Peristiwa : Pasukn Abrahah menaiki gajah serg Mekah tuk runtuhkn kaabah

7 hari beliau dikhitan

1-4 thn disusu Halimah bt Abu Dzuaib (Halimatus Sa'diyah)

4 or 5 thn peristiwa pembelahan dada

6-8 thn sering diajk datuknya Abdul Mutalib hadiri aktiviti politik n sosial

datuknya meninggal dunia

8 thn ~ ikut bapa saudara, Abu Talib ke Syria berniaga
~ bertemu pendeta Buhaira

15 thn perang Fijar (kaum Quraisy n Kinanah VS kabilah selainnya)

20 thn peristiwa perdamaian 'Hilful Fudlul' (perjanjian tuk membela org2 yg dizalimi)

20-25 thn mengembala kambing n berdagang

25 thn bawa dagangan Khadijah ke Yaman/Syria

2bln later menikah dgn Khadijah yg berumur 40 thn

25-35 thn peristiwa perletakn Hajar Aswad

37 thn bnyk melakukn khalwat di Gua Hira' hingga 40 thn

40 thn ~ wahyu pertama oleh Jibril (5 ayat Al-'Alaq)
~ diangkat menjd Nabi oleh Allah S.W.T
~ turun surah Al-Muddatsir, ayat 1-5
~ dakwah secara sulit

43 thn dakwah terang-terangan

47 thn 3 thn Bani Hashim n Bani Abd Mutalib menderita diboikot kaum musyrikin Mekah

50 thn ~ thn kesedihan : Khadijah n Abu Talib meninggal dunia
~ Rejab : diisra'kn dr Msjdil Haram ke Masjidil Aqsa n dimi'rajkn ke Sidratul Muntaha
~ Syawal : -menikah dgn Saudah bt Zam'ah
-menikah dgn Aisyah ra (6 thn)
-ke Thaif

51 thn musim haji : As'ad b Zurarah, 'Auf b Al Haris, Rafi' b Malik b 'Ajlan, Quthbah b 'Amir,
'Uqbah b 'Amir b Naabi, Jabir b Abdullah b Riab masuk Islam n sebarkn di Yathrib

52 thn Baitul Aqabah pertama

53 thn ~musim haji : bertemu 73 muslimin n 2 muslimah (Nusaibah bt Ka'ab = Ummu Imarah,
Asmaa bt Amr = Ummu Mani' )
~ Baitul Aqabah kedua

~ membangunkn masjid, mempersaudarakn kaum mislimin,

~ Piagam Madinah

~ Safar 1H : ikat perjanjian dgn Bani Damrah

54 thn ~ Sya'ban : mndpt perinth berperang (Al Baqarah,190-193) , perintah menghadap solat
~ Ramadhan : perang Badar
~ Syawal : kepung Bani Qainuqa' yg melanggar perjanjian
~ Zulhijjah : perang Sawiq, mengejar Abu Sufyan
~ Muharram : menumpaskn Bani Tsa'labah n Muharib

55 thn Syawal : perang Uhud

56 thn ~ 'Tragedi Sumur Al-Maunah' - 70 shbt penghafal Al Quran syahid
~ Perang Badar kedua

57 thn Perang Ahzab = perang Khandak

58 thn ~ kepung Bani Mushtaliq yg memfitnah kaum muslimin
~ peristiwa 'Hadithul Ifki' -fitnah ttg Aisyah ra

~ Bai'atur Ridhwan (peristiwa khabar angin Usman dibunuh)

~ Shulhu Hudaibiyah (perjanjian menguntungkn kaum muslimin)

~ Muharam 7 H : -menikah dgn Safiyah bt Huyay

~ Zainab bt Harith cuba bunuh Rasulullah(racun kambing bkr)

59 thn ~ menikah dgn Maimunah bt Harits Al-Amiriyah
~ kirim ekspidisi memberi pljrn kpd kaum Badwi yg sering mmbuat kekacauan
1. Ibnu Abil 'Auja - ke Bani Sulaim
2. Ghalib b Abdullah - ke Fadak
3. Ka'ab b Umair Al-Anshari - ke Bani Qudla'ah
4. Syuja' b Wahb Al-Asdi - ke Hawazin

60 thn ~ peperangn dgn tentera Romawi yg dipimpin Herculis
~ Jamadil Akhir : ekspedisi 'Dzatu Salasil'
~ Ramadhan : bebaskn kota Mekah tanpa pertumphn drh
~ Syawal : perang dgn Kabilah Hawazin, Tsaqif, Nashr, Jusyam
~ berihram dr Ja'ranah tuk melakukn umrah

61 thn ~ perang tentera Romawi : - Abu Bakar infak seluruh harta
- Umar infak separuh hartanya
- Usman serah 900 unta, 100 kuda dan wang
~ perang terakhir pimpinan Rasulullah
~ turun surah At Taubah

62 thn ~ Zulhijjah : sampaikn khutbah terakhir, turun ayat 3, Al-Maidah
~ Safar : 1. Isnin, 29 Safar 11 H - berlanjutn sakit, pengsan beberapa kali,
11 hari imamkn solat
2. Isnin, 12 Rabi'ul Awal 11 H - Rasulullah pulang ke Rahmatullah pd
63 thn 4 hari..cryKhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-55691803025553658592009-07-04T10:32:00.000-07:002009-07-04T10:33:53.925-07:00Tanya Diri Sendiri...1. Ketika kita sembahyang, lahirnya kita berdiri, rukuk dan sujud dengan mulut terkumat-kamit memuji dan berdoa kpd Allah, tetapi sebenarnya di manakah hati kita (ingatan dan fikiran)? Adakah ia juga mengadap Allah, khusyuk dan tawadhuk serta merasa rendah dan hina diri dengan penuh pengabdian dan harapan serta malu dan takut kepada Allah swt? Atau adakah hati kita terbang menerawang ke merata-rata tempat dengan membelakangkan Allah Yang Maha Agung yangg sedang disembah? Begitu juga ketika kita membaca Al-Quran, berselawat, berzikir, dan sebagainya lagi... adakah roh kita turut menghayatinya?

2. Pernahkah kita merasa indah bila bersendirian di tempat sunyi kerana mengingati Allah dan menumpukan sepenuh perhatian kepadaNya, merasa rendah dan hina diri, menyesali dosa dan kelalaian, mengingatiNya sambil berazam untuk memperbanyakkan amal bakti kepadaNya?

3. Kalau ada orang Islam yang ditimpa bencana dan berada dalam penderitaan, adakah hati kita merasa belas kasihan untuk membantu atau mendoakan dari jauh agar mereka mendapat pertolongan dari Allah?

4. Pernahkah kita menghitung dosa kita, lahir dan batin? Bila teringatkan dosa-dosa kita, adakah mudah untuk kita menangis menyesali diri sambil memohon keampunan Allah dan bertaubat kepadaNya?

5. Adakah kita sentiasa mengingati pada mati yang akan datang beberapa saat saja lagi? Sebab Tuhan memang boleh buat begitu. Jadi ketika umur masih ada ini, adakah kita berusaha mencari jalan untuk mendekatkan diri kita kepadaNya?

6. Pernahkah kita hitung berapa banyak harta kita, duit kita, rumah kita, kereta kita, motosikal kita, perabot kita, pinggan mangkuk kita, periuk belanga kita, kain baju kita, kasut kita, makanan kita, dan lain-lain kepunyaan kita yang melebihi dari keperluan kita sendiri (yang halal)? Kerana yang mana berlebihan itu akan dibicara, dihisab, ditanya, dicerca, dan dihina oleh Allah di padang Mahsyar nanti kerana membesarkan dunia dan memperkecilkan akhirat?

7. Pernahkah kita kenangkan orang-orang yang pernah kita kasari, umpat, tipu, fitnah, hina, kutuk, dan aniaya sama ada suami, isteri, ibu bapa, saudara mara, sahabat handai, jiran dan sesiapa saja, supaya kita meminta maaf dan membersihkan dosa dengan manusia di dunia ini lagi tanpa menunggu hari yg dahsyat? Senangkah kita untuk memaafkan kesilapan orang lain dan adakah kita mudah untuk terus meminta maaf bila bersalah?

8. Apabila kita sakit kerana ditimpakan oleh Allah, dapatkah kita tenangkan hati kita dengan rasa kesabaran dan kesedaran bahawa sakit adalah kifarah dosa (pengampunan dosa) atau sebagai darjat dan pangkat di sisi Allah swt?

9. Ketika menerima takdir yang kita rasakan tidak sesuai dengan kehendak kita, dapatkah kita rasa redha bahawa ia adalah satu pemberian daripada Allah yang patut untuk kita?

10. Di waktu mendapat nikmat, terasakah di hati bahawa ia adalah pemberian daripada Allah, lalu timbul rasa terima kasih kepada Allah dan rasa takut kalau-kalau ia tidak dapat digunakan di jalan Allah dan berazam untuk menggunakan nikmat itu demi Allah jua?

11. Kalau ada orang yang mengata atau mencerca kita di belakang kita, dapatkah hati kita merasa tenang lalu kita diamkan sahaja (tanpa rasa sakit dan susah hati serta dendam) bahkan kita memaafkan orang itu sambil mendoakan kebaikan untuknya sebab merasakan ia telah memberikan pahala kepada kita melalui cercaannya itu?

12. Begitu juga kalau orang menipu, menganiaya dan mencuri harta kita, mampukah kita relakan saja atas dasar kita mendapat pahala menanggung kerugian itu?

13. Kalau orang lain mendapat kesenangan dan kejayaan, dapatkah kita merasa gembira dan turut bersyukur serta mengharapkan kekalnya nikmat itu bersamanya tanpa ada rasa dengki dan sakit hati dengan kejayaan org itu?

14. Sanggupkah kita bertolak ansur dengan orang lain di waktu orang itu memerlukan sesuatu yang kita juga perlukan?

15. Adakah kita merasa puas dan cukup dengan apa yang ada tanpa mengharapkan apa yang tidak ada?

Susah agaknya untuk kita menjawab soalan-soalan di atas dengan jawapan-jawapan yang sepatutnya kerana sememangnya susah seorang buat insan biasa seperti kita untuk benar-benar menyempurnakan amalan batin. Walau bagaimanapun kita seharusnya menyimpan niat di hati kita dan seterusnya bersungguh-sungguh bermujahadah untuk menyuburkan amalan-amalan batin kita kerana amalan batin adalah lebih penting dari amalan lahir.

Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud:

"Allah tidak memandang akan rupa dan harta kamu, tetapi Dia memandang hati dan amalan kamu."
(Hadith Riwayat Muslim)

Firman Allah pula yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada kaum itu, sehinggalah mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka (hati mereka)."
(Surah Ar-Raad: ayat 11)

Marilah kita cuba tekunkan diri untuk membersihkan dosa lahir dan batin kita. Mari kita bermujahadah untuk itu. Mudah-mudahan Allah menolong dan meredhai kita.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan mereka yang bermujahadah kepada jalan Kami, nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami itu. Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang berbuat baik."
(Surah Al-Ankabut: ayat 69)KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7686051966446259716.post-14856282331971527892009-07-02T10:58:00.000-07:002009-07-02T11:00:17.554-07:00Menahan Lapar Kerana TetamuSeorang telah datang menemui Rasulullah S.A.W dan telah menceritakan kepada baginda tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu baginda tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri baginda mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda kemudian bertanya kepada para sahabat, "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai

tetamunya pada malam ini bagi pihak aku ?"
Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah S.A.W, saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah S.A.W. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita."
Lau isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya."
Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan."
KhairulAizam B. Abdul Rahmanhttp://www.blogger.com/profile/13285924637137380836noreply@blogger.com0