Selamat Berkunjung.... Semoga Dengan Kunjungan Anda Akan Menyerikan Lagi Blog Ini,Salam Ukhwahfillah Dari Bumi Anbiya'...Moga Kejayaan Milik Bersama...Amin Ya Rabbal 'Alamin

October 21, 2009

satu anugerah...

ku panjatkan syukur kepada rabbul ulama' yg telah memberikan aku kesempatan utk bersama dengan para ulama' di sini selama 4 hari....terasa TERsangat kerdil diri ini jika ingin dibandingkan dengan mereka...mmg benar sabda kekasihmu"al'ulama warathatul anbiya'"....ulama' itu pewaris nabi...tenang bila melihat wajah mereka...alhamdulillah,kesempatan yg di beri aku gunakan dengan sebaiknya...walaupun kadang2 masih gagal mengawal nafsu yg sering cuba mengganggu....

perasaan sedih membelenggu diri bilamana ingin berpisah dengan mereka....tp ku tetap gagahi...

sepanjang 4 hari berada di kaherah,aku telah diberikan tugas memikul tanggung jawab sebagai AJK Disiplin sepanjang program berlangsung....berat tanggung jawab ini,pernah ketika sebelum program bermula aku minta ketua disiplin cari penggantiku..macam2 alasan aku beri...x larat berdiri dan sebagainya...tp bila difikirkan kembali,rugi klu aku x sertai program ni...aku batalkan niatku....

hari pertama: dirasmikan oleh seorang ulama' yg diberi nama syeikh muhammad usamah mahmud al azhari....ditemani oleh syeikh jamal farouq....aku kagum dengan mereka,lontaran suara yg sedikit akan disertai dengan sepotong hadith nabi S.A.W....indahnya peribadi mereka,tidak pernah melupakan nabi sebagai saiyyidul fuqaha'....bukan seperti diri ini yg sering leka dengan buaian fatamorgana alam....

hari kedua: kedatangan syeikh yusri,seorang doktor yg mmg pakar tentang ilmu kedoktoran serta seorang yg hebat dalam ilmu hadith....sekali terpandang wajahnya membuatkan hatiku berasa tenang....senyumannya begitu manis....tidak seperti diri ini...

hari ketiga: kedatangan syeikh muhammad ibrahim alkattani....kedatangan ke program ini membuatkan aku begitu gembira,beliau juga seorang yg hebat dari segi ilmu hadith....utk pengetahuan,para masyaikh akan saling berganti dalam membaca hadith,tp setiap kali sampainya giliran syeikh muhammad baca,aku rasa semangat nk dengar,sekali gilirannya akan dibaca kira2 200 hadith...aku tinggalkan sebentar tugaskuaku(org dh x der kt pintu,cz sumer sedang khusyuk mendengar)...seperkara lagi,aku dapat tahu,hanya zaujah syeikh ini saja yg tahu apa yg boleh dimakan oleh syeikh...begitu terjaganya beliau dari sebarang makanan,hatta anaknya sendiri memanggilnya maulana....

hari terakhir: sekali lagi program ini didatangi oleh seorang ulama' besar mesir dan juga seorang mufti bagi negara MESIR...syeikh ALI JUM'AH....kali ini aku diberi tugas utk mengiringi syeikh dari mula beliau turun kereta hingga ke pentas program....sungguh tenang dan cerah muka sang murabbi ini,bertambah kagum aku melihatnya....alhamdulillah sekali lagi aku diberi kesempatan utk bersalaman dengannya.....kedatangannya ke program membuatkan hati ini betul2 rasa terharu,program yg julung2 kalinya dibuat oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) benar2 mendapat sambutan hebat..disertai dengan kedatangan para ulama' azhar,memeriahkan lagi program ini...alhamdulillah kami diberi kesempatan juga utk solat dengan berimamkan para masyaikh ini....tenang sungguh....

sedikit kekalutan berlaku ketika para masyaikh ingin masuk ke bilik VIP....ini adalah perkara biasa,semua org ingin bersalaman dengan mereka...amatlah rugi bagi siapa yg tidak mahu mengambil keberkatan dari mereka...cuma waktu dan ketika tidak mengizinkan...risau pula tgk bila para masyaikh dikerumuni sebegitu ramai org...

akhir kalam,aku ingin meminta maaf kepada semua seandainya sewaktu program berlangsung aku ada buat salah silap....sebagai AJK Disiplin,aku perlu bersikap tegas,hatta sesama kawan2 rapat sekalipun,harap antum faham situasi itu...minta maaf juga kepada AJK Disiplin yg lain klu2 ada yg terasa hati denganku sepanjang program berlangsung....terima kasih diucapkan kepada sahabat2 yg sanggup membantu bagi menjayakan program pembacaan kutub sittah ini....semoga program ilmu sebegini akan berterusan selamanya...amin ya rabbal alamin.....

October 10, 2009

Isu Purdah... Pembaca Jangan Cepat Melatah Bila Akhbar Picisan Mencuit ....

Sekali lagi hati ini terguris bilamana para ulama dipermainkan.Inilah bahananya jika pekerjaan yang dilakukan langsung tidak berpaksikan iman dan adab.Sikap pembaca pula terlalu cepat menghukum dan memberikan komentar. Saya mendengar khabar daripada beberapa sahabat, sudah ada yang menggunakan laman facebook untuk mengecam dan mengutuk Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Seringkali kita memberikan nasihat dan pesanan kepada akhbar Tanah Melayu yang sering bersekongkol dengan akhbar dunia yang lain agar melakukan penelitian sebaiknya kepada setiap pernyataan yang dikeluarkan.

Berkali-kali kita sebutkan , selepas ini jika berita dan akhbar Melayu mengeluarkan sesuatu pernyataan kontroversi tentang pendapat para ulama maka perkara pertama yang perlu dipasakkan di dalam minda sidang pembaca ialah “ BOLEH DIBACA NAMUN PERCAYA JANGAN”. Kamu tak takutkah dengan hukum Allah taala kerana sering mempermain-mainkan para ulama.

Ingatlah, daging ulama itu beracun. Jangan bermain-main dengan maruah seorang ulama.

Pendapat yang dikeluarkan oleh Syaikhul al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah jelas bertentangan dengan apa yang dikeluarkan oleh akhbar Malaysia.Lain yang diucapkan oleh Syeikh, lain pula yang mereka masukkan ke dalam akhbar milik mereka.Kalau ya pun inginkan akhbar picisan milik kamu terjual laku di pasaran, usahlah lakukan fitnah kepada para ulama sehingga sedemikian rupa.

Apa yang diterangkan oleh IslamOnline dapat menjelaskan segala kekusutan yang berlaku. Saya diminta berkali-kali oleh sahabat-sahabat untuk membahaskan isu ini. Sikap saya yang pertama, tidak mahu terlalu cepat meletakkan hukum kepada ulama yang kita kenali sangat wara’ di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

Secara jelasnya , Syaikhul Akbar tidaklah melarang @ mengharamkan ( seperti bahasa yang digunakan oleh Akhbar Malaysia) pemakaian niqab secara mutlak. Malah larangan ini hanyalah kepada sekolah dan pusat pengajian yang di dalamnya hanya terdapat wanita sahaja. Ini bermakna, jika terdapat lelaki di dalam kawasan tersebut, maka dibenarkan untuk memakai niqab bagi wanita. Apa yang kita kesalkan, akhbar Malaysia jelas menyebarkan berita yang bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Syaikhul Akbar.

IslamOnline juga menerangkan bahawa, Syaikhul Akbar bukanlah menentang pemakaian Niqab kepada wanita. Malah beliau amat-amat menghormati pandangan wanita yang ingin mengekalkan pemakaian niqab.Namun, apa yang beliau tentang ialah kesalahfahaman yang berlaku dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Bahasa mudahnya, mengamalkan agama bukan pada tempat yang sepatutnya. Jika sesebuah institusi tersebut ahlinya terdiri daripada golongan wanita semata-mata, apa faedahnya mereka memakai niqab?? Ini yang ingin Syaikhul Akbar terangkan dan bawa kepada masyarakat. Bukannya seperti yang disebarkan oleh akhbar-akhbar picisan yang seolah-olah mengatakan bahawa niqab ingin diharamkan seratus-peratus kepada golongan wanita muslimah.

Manakala isu tohmahan terhadap Syaikhul Akbar yang mengatakan bahawa beliau menghina pelajar wanita tersebut dengan mengatakan bahawa “ Aku lebih mengetahui tentang agama daripada kamu dan orang-orang yang mendidik kamu” jelas merupakan fitnah terhadap Syaikhul Azhar. Perkataan ini langsung tidak diucapkan oleh Syaikhul Akbar. Ini jelas putar belit yang dilakukan oleh akhbar yang memang terkenal suka mencari publisiti murahan dengan melakukan penghinaan terhadap para ulama.

Penjelasan lanjut boleh dilihat di IslamOnline.

Inilah senario masyarakat sekarang, ulama terlalu dipandang rendah dan hina. Malah dianggap tiada langsung kedudukan disisi mereka. Saya tidak mahu membahaskan isu sama ada niqab ini benar-benar merupakan tuntutan agama atau sekadar adat seperti yang disebutkan oleh Syaikhul Akbar.Ini merupakan permasalahan khilaf dikalangan para ulama.Khilaf di dalam permasalahan ini bukanlah merupakan perkara usul yang boleh membawa kepada kekufuran. Malah ianya cuma khilaf di dalam permasalahan cabang agama. Terlalu dangkal golongan yang ingin melakukan tohmahan kepada Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah hanya kerana beliau mengatakan bahawa niqab ini hanyalah merupakan adat.

Orang zaman sekarang lebih suka percayakan akhbar yang ditulis oleh wartawan yang tidak diketahui peribadinya berbanding mempercayai ulama muktabar.

Saya sangat tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh Fadhilatus Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah bilamana ditanya pandangan beliau berkenaan pendapat Syaikhul Akbar tentang “ Harus Memberikan Infaq Kepada Pembinaan Gereja”. Kata Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah(secara ringkasnya) :

“ Sepanjang pengetahuan saya perkara ini merupakan sepakat daripada para ulama mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk kita memberikan bantuan terhadap pembinaan gereja.Cuma ianya dibenarkan untuk pihak kerajaan memberikan bantuan jika keadaan memerlukan seperti yang berlaku di Gaza setelah peperangan antara Yahudi laknatullah dan tentera Islam.Kerajaan Hamas ketika itu memberikan bantuan kewangan untuk pembinaan gereja yang runtuh akibat peperangan tersebut. Secara jelasnya, saya menyebutkan perkara ini dengan ilmu saya yang sedikit berbanding Syaikhuna al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Mungkin Fadhilatul al-Imam al-Akbar pernah terjumpa pendapat ulama yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk memberikan bantuan kepada pembinaan gereja.Manakala saya dengan sedikitnya ilmu pengetahuan yang ada pada saya maka tidak dapat saya memberikan pendapat sepertimana yang diberikan oleh al-Imam al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.”

Nah, inilah sikap sebenar seorang ulama dan sikap seorang pendengar yang tidak cepat menghukum.Malah meletakkan adab yang terlalu tinggi terhadap para ulama.

Moga kita semua dapat mengambil sifat terpuji yang ditunjukkan oleh para ulama kita di dalam memberikan pendapat dan berbeza pendapat.


p/s: POSTING NI DI COPY DARI LAMAN BLOG UST NAZRUL NASIR....
p/s: jgn mudah percaya akhbar malaysia....

.:Pelawat Bebas:.

.:Uji Minda:.

.:Chating YM:.