Selamat Berkunjung.... Semoga Dengan Kunjungan Anda Akan Menyerikan Lagi Blog Ini,Salam Ukhwahfillah Dari Bumi Anbiya'...Moga Kejayaan Milik Bersama...Amin Ya Rabbal 'Alamin

May 19, 2010

kian pudar...

entah ler...sejak kebelakangan ni semangatku utk menulis blog kembali pudar...entah mana silapnya....geram n sakit hati ni masih aku pendamkan...takut mahu luahkan n tak tahu kepada siapa yg pula aku nk luahkan, dan adakah ada org pula sudi mendengar luahan n keluhan hati aku ni???ahhhhhhh....aku biarkan perbuatanku sahaja yg "berbicara" tp tidak bibirku ....di sekolah lain hal...kt rumah pula lain hal....adus...pening2...

selama ni apa yg aku pikir akan berlaku di sekolah hanyalah perkara yg baik2 belaka...namun ia bukanlah seperti apa yg aku citakan...perkara yg pernah dibisikkan kepadaku suatu ketika dahulu benar2 berlaku...kali ni ia terkena padaku sendiri....benar kata sahabatku..."kita ni tak sempurna"...

aku ni jenis tak kisah....tp kadang2 kisah jugak :P...klu org boleh ego...aku pun boleh....klu org boleh sombong, aku pun boleh,...klu org nk berdendam, aku pun boleh...klu org buat baik...insya'allah, aku juga akan buat baik padanya....kenapa tidak, kita kan manusia...cuma yg menjadi permasalahannya disini..betul atau tidak sikap kita tu, adakah ia digunakan pada waktunya?

mengapa kita mesti nk tunjuk ego? mengapa kita nk sombong? mengapa kita tak leh terima gurauan org sedangkan kita mahu org raikan gurauan kita??ishhh....tension aku bila teringatkan kembali perkara td....berlagak tak tentu pasal...mesti korang tertanya2 mengapa, kenapa dan atas dasar apa aku tulis entry begini??ianya hanyalah disebabkan perkara yg aku lalui di sekolah td...tentang apa...aku rasa tak perlu aku ceritakan disini...aku nk cuba pendamkan, biar "dia" pergi jauh2..cuma persoalananya mampu atau tidak??

ingatlah "kita ni tidak sempurna"....namun adakah disebabkan itu kita boleh berbuat buruk atas alasan ketidak kesempurnaan kita itu??tanya diri korang sendiri...

ya Allah...kembalikanlah semangatku :)

May 8, 2010

lawak plus pengajaran...

ada sebuah cerita....kisahnya bermula begini...

pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau
malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya.setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjemaah.
seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni?.. abg tak penah solat ni" "takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan.. seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim.
setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir...lalu pak kasim membaca surah alfatihah..

"bismillahirrahmanirrahim..." seman pun turut membaca bismillah dengan lantang...

"bismillahirrahmanirrahim..." aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut?
setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim.. pak kasim buat selambe dek....dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik..dan bertambah pelik... lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. "ish! gila ke menantu aku ni??" pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya kepada seman. "seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."

.:Pelawat Bebas:.

.:Uji Minda:.

.:Chating YM:.