Selamat Berkunjung.... Semoga Dengan Kunjungan Anda Akan Menyerikan Lagi Blog Ini,Salam Ukhwahfillah Dari Bumi Anbiya'...Moga Kejayaan Milik Bersama...Amin Ya Rabbal 'Alamin

December 13, 2008

lu pikir la sendiri...

erm...entahlah..dalam minggu ni aku mmg tak sedap nk duduk(bukan kena bisul erk)...mungkin disebabkan hati ni tengah "bengkek@tension" ngan seseorang...tp ngan siapa???

ah,malas la aku nk sebut nama dia..pandai2 ler korang cari sendiri nnti erk..dan aku yakin..korang pasti akan tahu juga nnti...

bukan marah pasal apa pun..hanya di sebabkan sikap dia jer...aduyai..masalah2...yg aku perangai cam ni...yg dia perangai cam tu....skrg ni entah ler...pantang ditegur...mula la dia...baru nk bergurau..fuh..lagi la...macam2 dia nk tafsir...x sudi la,x itu la,x ini la...macam2 hal le...bukan amik syu'bah tafsir pun nk tafsir2 sesuka ati..kui3...

yg aku pelik lagi..benda kecik je pun..tp dia punyer amik serius...fuh..x tahan beb....tp mungkin betul kot(husnuz zon),dia x suka main benda2 kecik ni...dari kecik boleh jadi ke besar(apa tu?)..lu pikir la sendiri!!!

lepas ni malas aku nk bergurau or what ngan dia....aku nk serius je plk..tp yg masih menjadi tanda tanya...boleh ke aku jadi seorang yg serius??takper2...den torai...

ok la...kalam aku kali ni berakhir kt sini je...cz lepas ni aku ada kelas usul feqh...us husni ajar....ala kulli hal..doa2 ler moga2 aku cemerlang dalam imtihan akan datang ni...amin ya rabb!!!
dan doakan aku moga2 dapat jadi hafiz al-quran...amin ya rab!!!

kerana di sana aku tahu...
"kejayaan bukanlah satu destinasi tetapi kembara yg tiada penghujung"
"mumtaz@jayyid jiddan susah tapi x mustahil utk kita capai kan"

December 2, 2008

madah tahun 4 kuliah bahasa arab bagi fasol 1..

1-Naqod
2-Qo'atul Bahthi
3-Ilmud Dilalah
4-Usul Feqh
5-Hadith
6-Tarikh Adab

*Mumtaz dan Jayyid Jiddan susah,tp x mustahil kan?
jadi buktikan yg engkau>>>KhairulAizam B. Abdul Rahman<<< mampu dapat mumtaz@jayyid jiddan utk takdir am tahun akhir ni......
Usaha,Doa n Tawakkal adalah segalanya...bantulah hambamu ini ya Allah!!

aku yg masih terus mengharap....

December 1, 2008

kembali ber"nadi"...& pemergianmu...

masa berlalu dengan pantas....tidak ketahui ke mana hala masa tersebut...dan ke mana masa tu aku habis kan....sering kali terngiang-ngiang di telinga mengatakan"masa itu emas...masa itu emas",tp kenapa aku masih tidak menyedari hakikat sebenar masa itu...nak tunggu jatuh baru nk bangun?...itulah soalan pertama bermain di benak fikiran ku...sekarang aku dah tahun 4...tp aku rasakan jiwaku kosong dari segalanya, baik dari segi ilmu atau apa saja...kenapa?apa yg aku buat selama 4 tahun berada di bumi mesir ni??

ahhh,pening bila memikirkan semua tu...aku masih mencari dan terus mencari punca sebenar...dan akhirnya ku temui faktor utama yg menyebabkan aku jadi begini...oh ya Allah!!bantulah hambamu ini mencari pedoman dan hidayah dalam menghadapi dugaan hidup dan fatamorgana...oh ya Allah!!terimalah taubat hambamu ini...ku damba petunjuk dari mu....

September 28, 2008

mari belajar cara belajar....

Belajar Cara Belajar adalah proses teknik pembelajaran sama ada bersama guru atau tidak.Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan.

Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran seperti:

* Kemahiran Mendengar
* Kemahiran Membaca
* Kemahiran Menulis
* Kemahiran Mengambil Nota
* Kemahiran Mengingat



a. Kemahiran Mendengar
Apa yang didengar ..........pelbagai teks, seperti:

Arahan Lakonan
Puisi Berita
Ucapan Syarahan
Lagu Taklimat
Pengumuman Penerangan


b. Kemahiran Membaca

*

Skimming
Untuk maklumat ringkas dan pantas, baca tajuk, pendahuluan dan rumusan

*

Scanning/ Imbasan
Untuk maklumat lebih dalam dari skimming. Baca pendahuluan, rumusan dan bab. perhatikan kata kunci, konsep, rajah, grafik dan data.

*

Bacaan Intensif
Untuk mendapat maklumat terperinci
Strategi : SQ3R
Survey - pendahuluan, tajuk, ringkasan
Question –tajuk jadi soalan – jawab
Read – baca perenggan untuk maklumat
Recite – ringkaskan, refrasakan perenggan
Record – catatan- bentuk yang diolah
Review – lihat nota semula, pastikan ingat isi

*

Baca Laju
Boleh baca laju dan faham kandungan
Kesan isi penting melalui tanda: tulisan condong/ bergaris/tebal dan graf/gambar rajah/peta minda.
Membuat catatan nota.


c. Mencatat Nota

*

Mencatat nota adalah aktiviti merekod fakta,maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar.
*

Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti semasa kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain.


d. Kemahiran Menulis

*

Menulis Laporan
*

Menulis Cepat
Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh itu, menulis cepat memerlukan unsur:
*

Kelajuan menulis
Tulisan yang boleh dibaca dan kandungannya difahami.


e. Mengingat

*

Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria dengar dan deria lihat yang baik.
*

Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam.



KEMAHIRAN MAKLUMAT

Definisi Maklumat
Maklumat ialah pengetahuan, data, butiran, fakta, keterangan, maklumat atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang.

Definisi Kemahiran Maklumat
Keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu.

Kemahiran maklumat terdiri daripada:

*

Kemahiran perpustakaan
*

Kemahiran belajar
*

Kemahiran penyelidikan
*

Kemahiran komunikasi dan penyampaian


Sumber Maklumat

* Sumber berasaskan maklumat
* Bahan audiovisual
* Sumber berasaskan komputer
* Bahan bercetak

tu saja setakat ni...selamat mencuba utk belajar....hehhehe...

September 25, 2008

selamat tinggal anak2 muridku...dan selamat tinggal sekolahku..

Bertahun lama aku meninggalkan
Laman sekolah yang penuh kenangan
Memori indah mengusik di jiwa
Suka dan duka dalam memburu cita

Masih terbayang kenakalan teman
Usik mengusik bersenda gurauan
Kini setelah kita berjauhan
Semuanya itu menjadi kerinduan

Tetap segar dalam ingatan
Kali pertama berkenalan
Senyuman mesra menyimpulkan
Tali persahabatan

Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan

Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan

Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan

Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan

Oh sekolaku, kau amat ku rindu
Tempat bermula ku menimba ilmu
Jasanmu guru mendidik daku
Namamu harum di dalam ingatan
"You're my lovely school, I love you, I miss you"



sedihnya aku nk tinggalkan anak2 murid aku...huhu...kepada sumer anak murid aku...sir doakan kamu sumer berjaya dalam exam and berjaya dalam segala bidang yg akan kamu ceburi...all the best....



Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

O.. uwo.. ho..

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu

Oo.. ho.. o...

September 16, 2008

harga sekuntum cinta...

Pada redup renungan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA

September 8, 2008

kembali bersinar....hahahha

assalamualaikum sumer....adus....lama nya aku x update blog aku ni..rasa malas plk nk update...bukan apa,cuma x cukup masa je...asyik sibuk je...maklum la,duk kt malaysia ni..hehehhe....bangun tido je terus mandi(bukan wajib erk)lepas mandi solat subuh...lepas solat,kena iron baju plk...almaklum,sekarang ni aku jadi guru...yg peliknya..aku ajar MATHEMATIC....hahahha....mujur la budak darjah 4&5..klu tingkatan 4&5???habis aku...dah le aku dah lupa sume tu....ye la..kat U.Azhar mana ada mathemathic..huhuu....eh2..ada la...dalam madah mirath...baru ingat...huhuhuh...tp tak byk pun....

ok2,sambung balik...lepas iron baju aku iron seluar plk(seluar kecik??x iron pun)hahahha....lepas iron sumer2...aku buat plan mengajar utk ari tu...apa la aku ni..sepatutnya aku kena wat plan tu mlm sebelum tido...baru x kelam kabut..habis aku..tiap2 hari kelam kabut...

mula mengajar kul 7.40am hingga 12.30(ramadhan)1.00(bln2 lain).....balik je dari mengajar terus baring2...sedar2 dah kul 4.00ptg..huhuh...kelam kabut lagi..nk solat zohor plk...adus....tak sengaja ni erk...mmg dah tak tahan sangat...habis2 solat asar plk...lepas tu bersiap2 pi tuisyen plk...mula kul 5.30 hingga 6.30....ni waktu ramadhan..cz nk bagi kesempatan kt kitorang tenaga pengajar ni solat terawih....klu waktu biasa kul 8.00mlm hingga 9.00.....

lepas habis mengajar kt tuisyen,aku terus bergegas ke sepang plk...buat apa???erm...ada hal sikit...benda tu x leh cerita...hahahha...aku saja2 pi sepang tu..aku nk makan free kt hotel de palma sepang.....tiap2 ari dalam bulan ramadhan aku pi sana...balik puchong lepas habis solat terawih....sampai umah lebih kurang kul 11.00mlm....

ha...8/9/2008 td ada dato'(owner of the hotel)...dia datang nk jenguk2 hotel dia...aku siap boleh gurau2 ngan dia...tp dia relax je..yg tak tahannya..resident manager hotel tu...dia marah aku..dia kata"you bila cakap ngan dato' tu,cakap baik2,jgn gurau2,he's my boss"... aku jawab..o0o0o erk???ok2..sorry ye mr kevan....yg bagusnya hotel ni...ia merupakan hotel yg tidak menghidangkan arak...mmg tak der arak langsung...sbb dato(the owner) orang islam....

maka selamatlah aku....ok la..nk tido...lain kali klu rajin aku tulis lagi....klu rajin la erk...sibuk la...pagi petang siang malam sibuk....

ok....last but not least....salam ramdhan dari aku...minta maaf segala kesilapan ku kt korang...maaf erk...heheh...semoga hidup kita lebih diberkati dan dirahmati allah pada bulan yg penuh kemuliaan ni,dan pada bulan2 yg seterusnya..amin...

wassalam....12.45mlm...time to sleep...

July 26, 2008

Sesekali Di uji

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa....

July 16, 2008

masjid terapung???

masjid terapung??cam ner leh terapung??...bukan terapung di udara la..terapung atas air...masjid tu dekat je ngan umah aku...x de ler dekat sangat tp boleh ler...

ingat terengganu je ke yg ada masjid terapung....puchong pun ada ler..hehhe..

sebelum aku bertolak ke mesir dulu,masjid tu tak siap lagi..ianya masih terbengkalai...dengar2 dulunyer ada sorang kontraktor tu nk wat masjid,tp budget tak cukup..tu yg terbengkalai cam tu jer..entah ler...citer sebenar aku tak tahu..

3 tahun aku tak balik malaysia...selama 3 tahun tu ler..byk perubahan yg berlaku..baik dari sudut suasana mahupun ekonomi...aik...ekonomi pun ada??haha..aku main taram jer...kui3....

masjid yg dulunyer terbengkalai tu dah jadi masjid terapung..fuiyo..best tu..besar plk tu..tp ramai ke orang datang??tu yg menjadi permasalahannyer...aku tak tahu la ramai ke tak cz aku baru sekali sembahyang kt masjid terapung tu..bukan aku tak mau sembahyang kt situ tp ada lagi tempat sembahyang yg lagi dekat ngan umah aku..kt mana??erm,sebelah lorong umah aku je...jln kaki je dah sampai,tak der ler macam masjid terapung tu..aku kena naik kenderaan baru sampai...jln kaki sampai je tp letih ler..

kali pertama aku pi masjid terapung lepas terdengar seruan azan isyak..."allahu akbar,allahu akbar"..eh sharil,dah azan ler...jom pi masjid tu...sedap plk suara bilal tu azan..(bilal pun memainkan peranan klu nk tarik orang pi masjid)...

waktu tu aku ngan kawan aku tengah makan ayam goreng kt tepi tasik...sedap...uih..sedapnyer...ni upin punyer..eh sorry2,termasuk citer upin&ipin plk..hehhe....

jom geng,kita pi "serbu" masjid tu...sampai je kt masjid tu...

fulamak,besar nyer masjid ni...eh sharil,tempat wudhuk kt maner??kata sharil"kt tingkat atas...ada 2 tingkat tmpt wudhuk"

o0o0o...ok2..sedang aku amik wudhuk,tetiba dengar orang baca quran..eh sedapnyer org ni baca..sapa plk yg baca quran ni..puas aku cari..rupa2nyer..tok imam yg baca..pehhhhhhhh..merdu nyer suara ko..sayu je bila aku dengar bacaan imam tu..tersentuh dengan ayat2 yg dibaca..dah macam imam kt mekah...ke aku smbahyang kt mekah ni??hahaha...tp serius geng,imam tu baca mmg sedap... esok subuh aku nk solat kt sini lagi la...x kisah ler jauh pun..asalkan hati tenang lepas solat...bukan bermaksud sebelum ni aku solat,hati aku x tenang..tenang gk..tp disebabkan kemerduan bacaan imam tu bertambah tenang hati aku...huhu...

aku pernah tanyer ayah aku sebelum ni..."ayah,kt sini ada ustaz2 yg ajar tarannum x??"..ayah aku cakap"erm,kek masjid terapung tu ado yo"....o0o0..syukran ayah...

bertambah seronok la aku lepas mendengar kalam ayah aku...hati ku dah terikat ngan masjid tu..."oh masjid terapung!ko tunggu la kehadiranku"...

aku nk belajar tarannum kt masjid tu...mesti imam tu yg ajar...tak sabar nk tunggu waktu tu...

July 14, 2008

salam rejab...

pekaba sumer??harap2 sihat ler hendaknyer..erm...pejam celik pejam celik ari ni dah genap seminggu 2 hari aku kt malaysia(hek eleh,baru seminggu 2 hari la,klu dah sebulan nnti baru cakap)...o0o0 erk?..hahah...

dah lama dah aku tak tulis entri..ari ni aku akan mulakan balik penulisan blog aku..."kehidupan semula blog aizam"...best gk tajuk tu...perasan gila...huhhuh

kali ni aku akan tulis,aper yg aku buat sepanjang tempoh seminggu aku berada kt malaysia ni...erm...

hari pertama: sampai2 jer umah terus tido...letih la katakan..maklum ler..perjalanan jauh..hahahha..dah ler kat airport dubai aku ngan kawan aku dah jadi macam pelarian...9 hours without hotel..sapa leh tahan??aku dah ngantuk gila kt airport tu...dah tension sangat..aku bantai tido kt tepi laluan orang ramai je...tp tak der ler tido betul2 tido..orang panggil"tido2 aizam"...

hari kedua: lepas subuh bagi itik aku makan..jadi imam kat surau umah aku(solat zohor)..waktu petang aku siram pokok strawberry and anggur aku...

hari ketiga: jadi imam solat subuh...bagi itik aku makan...waktu ptg cam biasa..siram pokok kesayangan aku...hahah..

hari keempat: bagi itik aku makan...balik kampung(port dickson)buat urusan tanah...,waktu ptg kt kampung masuk hutan tembak ayam hutan..dapat ler 4 ekor...aku tembak??eh bukan...aku tak reti pegang senapang...yg tembak tu pak uda aku...power tul dia menembak..sekali tembak kena 2 ekor sekali...mesti korang ingat aku tipu kan...tp tu la realitinya...dia bagi aku 3 ekor...dia dah puas makan katanya...hari yg sama aku terus balik puchong...

hari kelima: jadi imam solat subuh(subuh ngan zohor je ke?)...waktu lain aku ada kerja...jaga anak2 buah aku yg nakal)...lepas subuh bagi itik makan...ptg aku siram pokok aku....malam lepas isyak aku kuar ngan kawan aku pi minum2...

hari keenam: erm...cari kerja tambahan...

hari ketujuh:pagi ptg cam biasa,waktu malam lepas isyak aku kuar ngan kawan aku pi main futsal..puas gila aku..dapat gk aku main bola..bosan gila duk umah...dah le buku2 kuliah x bawak balik...hish...

eh ok le...aku terlupa la..pagi ni aku kena pi cari kerja tambahan lain...huhu..ok...lain kali sambung k..ok..salam...

June 8, 2008

cari tiket flight....

adus...panas gila ari ni(+ 44c)..kena plk cari tiket flight nk balik malaysia...erm..apa nk jadi la ngan ko ni aizam?orang masa2 ni duk kalut cari barang nk bawak balik,yg ko duk kalut cari tiket flight...tu la..ari tu orang pesan cari tiket awal ko tak nk...padan muka...
hahah... bukan aku je kena cari tiket dalam keadaan panas ari ni..kawan aku sorang ni pun kena gk..heheh...dah nasib kitorang berdua...huhuh...
tp ari ni mmg panas betulla..mujur la kat tempat travel td ada air condition...

perbualan semasa di dalam travel 1:

aku:lau samah,mumkin syuf li khutut emirate?

agen:aiwah mumkin..imta??

aku:erm,syuf 10/7

agen: zihab bas?

aku:la ah,zihab wa iyyab..

agen:istanna asyuflak

aku:mashi...
*lama la plk ko tgk...payah sangat ke kerja ko ni?huhu

agen:lak,syahru 7 mafish.

aku:walau 5/7?

agen: walau wahid...

aku:erm...eh fik..cam ne ni?
fikri:tarikh lain??
aku:bulan 7 langsung x der..

aku:syuf syahru 6..

agen:(sambil meng"check")erm...fi..30/6

aku:fi..erm..si3ru kam??

agen:mush gholi,LE 6086 bas..

aku:6085 bas??aiwah ROKHIS awi-awi..
aku:cam ne fikri?
fikri:ish,kena amik seribu lagi la klu cam ni..
aku:aku klu susah sangat aku belasah je.
fikri:kita tgk travel lain nk zam?
aku:erm..jom tgk travel sana plk..
aku:(cakap kt agen td)ana gai tani..

agen:mashi

perbualan semasa di travel ke 2:

aku:assalamualaikum

agen2:wa alaikum salam

aku:erm,ana aiz safir ila malazia,syuf li tarikh 10/7
wa ragi' tani syahru 11

agen2:mashi,aiyu khutut?

aku:bus emirate

agen2: ma3lish,ma 3indish emirate.

aku:(ape la,dah tahu travel,buat le sumer penerbangan)erm..fi eh??

agen2:3indi kholij tayaron,ittihad.

aku:syuf aiya wahid minhuma

agen2:mashi(sambil meng"check")

aku:fikri,klu x der gk cam ne??ayah aku kata td,beli je one way...
fikri:rugi arr aizam beli one way
aku:erm,habis tu??
fikri:jp aku tepon paktam,tanyer..
aku:ok

aku:kaif??

agen2:erm,fi ittihad,si3ru LE 4057

aku:fikri,murah ni ittihad,amcam??
fikri:jp2,aku tgh ckp ngan paktam ni(sambil meneruskan perbualan dengan paktam kesayangan dia)huhuh

aku:ok,erm...

agen2:sibu ismak hina,asyan dah waiting list

aku:ha??waiting list?(menatang aper tu)

agen2:sibu ismak wa rokom mamulak bas,lau fi fadhi attasil bik..

aku:menatang aper plk ni??waiting2 list plk...adus...istanna...fikri cam ne ngan paktam tu??

fikri:jp2..td paktam kata ada gulf air harga LE 4800
aku:lain tak der ker??
fikri:emirate dia kata 4400
aku:ha,ok la tu.
fikri:tp dia suh tinggalkan nama kat dia,dia kata dia nk tgk malam ni klu sempat,klu tak sempat dia pi esok.
aku:aduh,cam tu plk..belasah je la...hantar la msg kt dia..
fikri:baik2.

aku:erm,ma3lish,ana gai tani mashi??

agen2:birahtak.

lepas kitorang blah dari travel ke 2 tu..kitorang langsung tak patah balik kt situ..ko ni penipu la aizam!!eh bukan aku tipu,aku cuma cakap yg aku datang balik nnti..tp tak tahu lagi bila..hahahah...aku pun pegi la balik kt travel 1 td...tp perbualan kt situ malas arr aku nk tulis...aku letih ni..huhu

ok la..cukup setakat ni..aku nk solat asar...letih ni...takut kang aku tido terkantoi plk asar...ok..cau...

Buatmu Ummi..

Delusi Ummi...

kau sentuh cahaya dengan jemarimu
dibalik tabir mimpi
diraungan merindu
mengimbas fikir nadi
kesumbar senja
tak siapa mendengar
ratap hati bonda
dihadap anginnya kasih
yg manis bermadu
mengapa kau hanya menguyah pahit hempedu

ummi engkau berdelusi
impian ilusi
mimpi jadi ngeri
mengusik dini hari
ummi engkau kehampaan
dambaan igauan
janji hanya mainan
gurauan dibibir kau kutip jadi sandaran

keperitan itu temanmu nan sejati
dihujungnya bahgia menanti
bersama harapan dan pengorbanan diri
terus berbakti
resah mu sembunyi dalam riuh ketawa
sebak dada tidak ketara
tenangnya wajah
tabah kau hadapi
kerana kau yakin tuhan lebih mengasihi

ummi engkau berdelusi
impian ilusi
mimpi jadi ngeri
mengusik dini hari
ummi engkau kehampaan
dambaan igauan
janji hanya mainan
gurauan dibibir kau kutip jadi sandaran...ummmi...

June 7, 2008

Perginya seorang sahabat...

Buat sahabat2 yg satu sekolah ngan aku dulu(MADA pulau melaka):

new information: sahabat kita zaid che ismail@zaid misai telah pun pulang ke rahmatillah pada 6/6/2008 pukul 4:30 ptg...minta sedekahkah sekalung al fatihah buat allahyarham zaid....Al-Fatihah..

inna lillahi wainna ilaihi rajiuun...

ucapan takziah buat keluarga beliau...semoga roh beliau ditempatkan bersama para solihin...amin ya rabbal alamin...

June 4, 2008

kenal Zaid misai??

Buat sahabat2 yg satu sekolah ngan aku dulu(MADA pulau melaka)

Nk bagitahu...kawan kita zaid che ismail atau lebih dikenali dengan Zaid Misai...dia skrg tgh koma di hospital..koma selepas kena demam panas...dah dekat 12 hari dah koma(ya allah sembuhkanlah sahabatku ini)...kawan aku yg lain kata yg dia ni cuma ada masa 2 hari je utk hidup...."wamakaru wamakarallah,wallahu khairul makirin"...insya'allah x der apa2 jadi kt dia..amin ya rabb...

bersama2 ler kita doakan semoga dia cepat sembuh...aminnnnn...

Puas..dlm kesal...

tragedi semalam..

mlm td aku baru lepas terajang sorang "budak" arab...bukan sengaja terajang..tp dia tu "mengong"...tiap kali kitorang lalu..selalu sangat duk kata macam2...tp mlm td..mmg aku dah x tahan sabar...sabar aku pun ada hadnya...huhu..sebelum ni dah kena lempang ngan aku pun masih tak serik2 lagi...aku dah bagi warning pun masih buat lagi...padan muka..senak perut dia malam td kena tendang....mujur ada arab2 lain duk tahan...klu x aku nk tambah je lagi...bagi penumbuk se das dua kt muka plk...bukan aku nk buat "taiko"..tp aku nk bagitahu kt dia yg kitorang pun ada gk sifat marah....bukan asyik kena wat pekak je...lepas ni aku x tahu le samada dia dah serik belum....klu x serik gk aku tak tahu la...

tp lepas aku dah terajang dia tu...dia ada gk buat gaya cam nk balas balik..tp mungkin disebabkan aku pun buat gaya macam2 gk....kelakar la plk bab ni...hahah...aku buat gaya silat pulut,gaya kung fu pun ada(suka sangat tgk kung fu,ni le jadi)...saja nk buat gempak kt dia je..biar cuak sikit...tp arab ni..klu dia x mampu nk pukul kita dengan tangan dia sendiri...dia akan amik apa saje benda di sekeliling dia utk di jadikan senjata dia..tp masa tu kosong...yg dia nmpk..BATU(jadilah batu pun)...hahah...x sempat dia nk baling kt aku...orang arab lain datang tahan...diorang pun pelik apasal aku tetiba je belasah dia...aku pun cakap la reasonnya....so diorang paham(bagus,paham pun)...x letih aku nk syarah kt diorang panjang2..diorang pun tahu budak tu mmg "mengong"

erm...balik je umah rasa bersalah mula terbit di hati...sian gk...tp bila pikir2..dia bukanlah "budak" sangat..kira dah besar gk la,klu budak kecik aku x sanggup la nk terajang..so..tak per kot dia kena terajang sekali...hahahh...
tp sorry la bro,masa tu mmg aku x tahan sabar,aku "terpaksa" belasah ko cz mulut ko yg lancang tu...huhuhu

macam2 la perangai arab ni..sumernye suka sangat cari pasal...diorang ingat kita ni tunggul kayu ke...bila kena kacau x rasa apa??senyap buat bodo je...

p/s: jangan belasah orang sesuka ati...klu dah x tahan x pe kot...

June 1, 2008

C.I.N.T.A

it was a long time i didn't write in english language..so if there any mistakes on my post then it could be causes by insufficient of exercises...huhuh...

ok aizam,what are u going to write and tell us now??

actually,i don't have any ideas..but it seems to be talking about "love"
ok...the first question that i would like to ask u is Do u know what's the meaning of LOVE??aiya,don't know??let me explain:

1-to be very strongly attracted to someone in an emotional and sexual way such an example>>we love each other and we're going to get married<<ni contoh je tau,korang jgn pikir lain plk

2-to care very much about someone,especially members of ur family or ur close friends such an example>>she loved her children with all her heart<<

3-it mainly spoken to like or enjoy something very much such an example>>i love chocolate cake@i've been retired for a year now and i'm loving every minute of it<<

there are some other else meanings of love but just leave them and tried to focus on three of these means...

which one of love that is yours??
in my research and observation,the first meaning is strong enough to describe about love..because nowadays,people always talking about sex and emotional..so i think is not fault to say that...

why i chose "love" as my tittle?(ni yg malu nk cakap ni,hahhah)
because i'm already falling in love..but with whom??
if i going to tell u,could u let it be in a secret???(boleh caya ke??)

ok2..that enough,let me tell u,actually the one who already be in my loved is my parents....hahahha....

p/s:aku saja tulis dalam b.i cz lama sangat x mengarang dalam b.i ni...aku pun tak tahu berapa byk kesalahan aku wat...korang baca lepas tu nnti korang bagitahu apa yg salah kt aku erk...ok...anyway thanks to all of u cz willing to read my new post..

May 29, 2008

beli ikan??

kali ni kisah aku beli ikan plk...eh ko ni aizam...beli ikan pun nk citer...orang lain beli ikan tak kepo pun cam ko...aku bukan kepo beb....nk bagitahu je..hahah..sama la tu..

relax2 bro...gua nk citer gk...klu lu orang tak mau baca..nnti gua menangis kang...huahuahua...

cam ni..td..aku ngan us zul(dia lagi,x der orang lain ke??)...dah dia je yg ada kt umah aku...ali bait umah aku yg sorang lagi duk lari umah geng dia...apekehe ntah ngan dia tu...huhu...

sambung balik...td...aku ngan us zul pi kubri beb...aku beli ikan...ikan bulti??eh..tak2...garmut??salah gk la..x yah teka la..mesti salah punyer..td..aku beli ikan GAPI...hahah...7 ekor aku beli beb...byk tu...4 betina,3 jantan...berapa harga??murah je...sekor segenih...klu 7 ekor berapa genih zam???ha..tu lu pikir la sendiri...

ok arr...aku nk main ngan ikan baru aku jp...

pengalaman semalam...

semalam ari cukup sedih bagi aku....
aku demam......huaaaaaaaaa....time2 exam ni la nk demam...dugaan betul...dah ler exam sorof..

kali ni aku nk cerita kt korang ttg aper yg berlaku kt dewan exam semalam,sampai aku balik umah...

kisah nyer bermula begini...
jam menunjukkan kul 9:30 pg(ish..dah sampai masa ni)...aku terus bergegas ke dewan...dalam keadaan kepala tengah pening...sesampai je kt dewan aku terus duduk...

aku baru je duduk..tak sempat wat ape lagi...murakkib dah mintak roqom julus aku"hat roqom gulusak"...."istanna ya am,ana lessa gai..."..aku bangun dan aku bagi la roqom julus aku tu kt murakkib dol tu....

lepas dah tanda tangan ape sumer...dia bagi kertas jawapan...sesudah je aku isi sumer keterangan kt kertas jawapan tu..tetiba kepala aku kena ketuk,bergegar kepala aku yg tengah pening ni..(aduh,aku angkat kepala tengok)..apa lagi..kena sound la murakkib tu ngan aku"eh dah ya am??,mafish adab kholis enta??enta mush muaddab!!"...murakkib tu jawab.."eh??..tu je dia jawab...korang tahu naper dia ketuk kepala aku??..ada ke patut..semata2 nk suh aku agihkan kertas soalan dia ketuk kepala aku..ish..tak leh jadi ni,makan gaji buta nampak..."mush enta bitashtaghol hina??"...fuh..lega hati aku lepas sound murakkib tu..bengang le dia..terus dia yg agihkan kertas soalan tu...aku tengah pening2 ni nk cari pasal plk...x der adab langsung..duk citer aib2..tapi aib dia x pikir plk...aku x dan jawab aper lagi mcm2 dah jadik(sabaq aizam..sabaq..ujian allah tu..)

masa tengah menjawab...
adus...tak tahan dah kepala ni...nk jawab pun kena relax jap...bagi otak jgn byk mikir...lepas tu sambung balik...sampai satu masa...dah mmg tak tahan..rasa cam nk muntah...aku pun terus nekad nk kuar...aku bangun..pi kt murakkib...hantar jawapan...tanda tangan..dan seterusnya aku terus blah...budak2 ni sumer pikir aku boleh jawab...padahal..tak leh mana pun...sorry la geng...aku sakit..tak leh lama2 kt sini..tak pasal2 kang aku muntah..korang nk tolong basuh??..huhuh...
sempat la masa aku nk kuar tu...murakkib tanyer nama aku..."ismak muaddab?"..hampes....dan lagi nk sakitkan ati aku(mengong tul ko ni..).."aiwah"...

tak pernah2 selama aku exam ni kuar awal..semalam le aku kuar awal...kul 11 dah kuar...dah tak tahan punyer pasal..

masa kuar dewan..
turun tangga pun orang arab tgk aku pelik(tak pernah tgk orang tangga ke??)..ikut korang la...

erm...kuar je dari kawasan kuliah...
aduh..panasnyer..jauh lagi nk jalan kt depan tu...aku paksa gk jalan...smpi di pertengahan jalan...aku berehat jp..duk kt tepi dividle jln...selambe je...ikut la orang nk cakap aper..aku dah pening beb...mujur la masa aku tgh duk tu ada teksi lalu...."teksi,mawaf mansurah??"..."aiwah irkab"..mujur la dia kata naik..klu dia x kata naik..mmg aku cakap aku sanggup bayar berapa dia nk ..janji aku dapat naik teksi tu...fuh..lega...naik je teksi tu aku terus baring..pelik je pemandu teksi tu tgk aku...tgk la...x kisah..janji aku sampai umah..."mawaf nafsuh?".."la ah,abla mawaf syuwaiya"...erm..

sampai kt tepi jalan..."aiwah..hina"
aku turun...bayar tambang..aku tak tgk pun aku bayar berapa...
tp aku rasa 3 genih...klu x,masakan dia terus blah..tak pun dia kesian tgk aku kot...huhu..ala kulli hal..terima kasih la teksi erk...

sampai je umah...aku terus masuk bilik aku..tutup pintu...boom....tido terus....

p/s:doakan aku ye....risau arr exam semalam..tak leh jawab perfect...:(

May 26, 2008

Ilmu Tasghir....

apa itu tasghir??tasghir adalah lawan bagi takbir dan ia menjadikan sesuatu yg besar kepada kecil...daripada byk kepada sikit....
contohnya: sebuah bukit...dalam bahasa arabnya>>JABAL<>jubail<<

dari segi istilah: tasghir bermaksud penukaran isim mu'rab kepada sighah>>fu'ailun<< fu'ai'ilun<< >>fu'ai'iilun<<

ttpi setiap perubahan memiliki syarat2 yg tertentu...mari kita kenali apakah dia syarat2 bagi tasghir:

1:tasghir mestilah isim..
2:tasghir mestilah tidak menyerupai huruf...
3:makna lafaz menerima utk di tasghirkan..
4:lafaz mestilah sunyi daripada sighoh2 tasghir...

tasghir memiliki larangannya tersendiri..di antara larangan2 tersebut...kita di larang utk men"tasghir"kan:
1:dhomir
2:isim mausul
3:isim syarat
4:isim istifham
5:isim mabni bina' lazim
6:nama2 allah
7:nama2 malaikat dan para nabi serta kitab2 suci...

ttpi,bagi isim mabni yg bukan daripada bina' lazim boleh di tasghirkan...apakah jenis2nya bina' ghoira lazim ini??

1:murokkab mazji misalnya:hadro maut>>hudairo maut<<
2:murokkab 'adadi misanya:khomsata 'asyara>>khumaisata 'asyara<<
3:munada madhmum misalnya:ya ghulam>>ya ghulaiyimu<<
4:isim la mufrod misalnya: la rojula>>la rujail<<

jom kaji apa plk tujuan2 tasghir:

1:tasghir apa yg disangkakan ianya adalah besar misalnya:jubail dan nuhair di tasghirkan daripada perkataan jabal dan nahru.

2:penghinaan apa yg disangkakan agung misalnya:'uwailim dan syuwai'ir yg mana di tasghirkan daripada 'aalim dan syaa'ir.

3:menyikitkan apa yg disangkakan byk misalnya: duraihimat di tasghirkan daripada darohim(dirham)

4:mendekatkan apa yg di sangkakan jauh misalnya: qubail maghrib di tasghirkan daripada qoblul maghrib.

5:menunjukkan sayang misalnya: ya bunaiya..


ok2...cukup setakat ni dulu..lidah aku pun dah terbelit2 cz nk taip dalam baku...maklumlah,aku suka cakap pasar(melayu pasar bukan arab pasar)and korang tahulah aku ni orang mana>>>SELANGER<<...KEY EL...tu yg belit2 tu......lagipun aku tgh pening baca sorof ni....cuba korang fahamkan yg ni dulu..harap2 ianya berguna utk korang....ok...aku nk sambung baca madah ni balik...

p/s:doakan supaya aku cemerlang utk madah ni..Amin Ya Rabb..

May 25, 2008

My Latest Hobbies...

klu dulu hobi aku adalah conteng buku...tp sekarang tidak lagi cz aku dah ada hobi baru...klu boleh..tiap2 hari aku nk update hobi aku ni....korang tahu aper???that's my blog site....huhhuh...

baru je tadi aku update...skrg nk post plk....padahal baru je kejap2 aku posted...aper nk jadi la ngan ko ni aizam(cakap kt diri sendiri sambil garu otak)....

fuh...letih gk bila pikir nk update ni....tp aku dah ada sorang yg offer diri dia nk ajar aku ttg blog ni...yes2...seronok2....but when???aduh...lupa plk aku nk tanyer....

bercakap ttg blog ni...mesti korang nk tahu kan apsal aku buat blog ni??erm..kisahnyer bermula begini....

once upon the time..aku terbaca blog salah sorang sahabat kita...fuh..berapi beb...cakap tu..cakap ni...dulu aku penah pikir..klu buat blog ni...mesti byk amik masa...dan ianya mmg terbukti(ni pasal aku,x sabit ngan korang...aku tahu korang pandai bahagi masa)

lepas aku terbaca blog "dia" la yg membuatkan aku "terpanggil"(cewah..ayat buku plk) utk buat blog ni...macam2 dia cite...

lantas...aku pergi ke bilik sebelah aku...huhuhu...korang tahu aku buat aper??aku paksa us zul ajar aku buat blog...hahha..sorry ye us zul(but u've to be proud cz i wrote ur name in my site)...bukan senang tu....hihii...

bila dah dipaksa..mula lah detik2 pembelajaran blog ni...bermula dari "sign up"...lepas tu"choose blog name"...mcm2 lagi la...buat tu..buat ni...dan akhirnyer..ni lah hasilnyer....yg lain aku terpaksa buat sendiri...cz malas nk kacau dia...dia pun nk relax gk...

lepas dah tahu selok belok blog ni la yg membuatkan aku tukar hobi aku tu...tp aku masih lagi belajar cara nk buat blog ni..belum pro lagi la katakan...byk lagi kena belajar...aku nk sahut cabaran salah sorang kawan aku yg suh aku jadi "master blog"...saper??korang x yah tahu ler...sirrun ala sir...

erm..ok la...cukup setakat ni dulu...nnti aku cerita lain...tu pun klu ada masa...aku nk hafal b.i plk...blog2 gk..tp exam mesti ingat...

Luahan Rindu

Aku Merinduimu

Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju
..............................................................
Bersama

Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda

Dikau pernah bertanya
Bila cahaya akan tiba
Ku berkata bersabarlah
Serahkan saja pada yang ESA

Bila masanya menjelma
Kejayaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama

Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini


Kini terungkai sudah
kisah hidup kita
Berbekal taat dan sabar
Pastikan berjaya
..............................................................

Sentuhanmu

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna
..............................................................

p/s:Di tuju Khas Buat Keluarga Tersayang Yg Berada Di MALAYSIA...

May 24, 2008

perhitungan yg memeningkan...

perhitungan??aper itu perhitungan??perhitungan tu musytaq dari hitung(ha ta ga)hahah.....so aper plk hitung tu??hitung tu bilang arr....tu pun nk ajar ke??
merepek...merepek...merepek...tu la aku...tak habis2..

x sangka plk erk...hari ni dah masuk ari ke tiga aku hasilkan blog ni..huhu..yes2...aku dah bleh jadi senior blog....hahah..lepas ni nk ajar orang buat blog arr(koya meta)...

aku sebenarnye x der mende nk buat..cuma nk lepas kan geram je..exam td x berapa leh nk jawab..tension gila..

aku rasa aku tahu apsal aku tak leh jawab td...nk tahu sebab??erm..sebab gaduh nk buat blog ni le...ishhhhhhhh...bengang nyer....orang duk hafal,kita duk wat blog plk...padan muka ko aizam!!..ye ye padan muka aizam...huhuu..

x per ler..tawakkal je ler...tp kena ke cara aku bertawakkal cam ni??usaha ala kadar...tp harapan tinggi menggunung...ish2..tak kena....tak kena..

erm...lepas ni madah b.i plk...mudah??byk la korang punyer mudah...mudah tu klu kita baca..klu kita x baca...susah gk..tak leh gk jawab..

lepas b.i madah sorof plk...fuiyo...fuiyo...<>teruskan usaha aizam<<

ahhhh...byk nyer yg aku hitung..exam x habis lagi..sekarang duk hitung ari nk balik malaysia plk...tiket x beli lagi...kena plk la hitung duit nk beli tiket...adusssss...pening2...macam2 kena hitung...

tp yg aku peliknyer..bila di hitung2..tak plk bertambah...makin berkurang jer...apsal erk???it makes me puzzle la...

dah la...aku ngantuk nk tido....(letih jawab exam td..so skrg kena berehat plk...)

p/s:jgn pelik pasal tajuk perhitungan tu

May 22, 2008

yes..dah dapat tajuk..huhu..Sejarah Hidupku...

"ahhhhhhhhh...pening la buat blog ni"..ni la lafaz pertama yg terpacul dari mulut aku ketika mana nk menghasilkan blog ni...

erm..ok la,sebelum diri mengatur langkah...ish2..apa yg aku mengarut ni?nk bersyarah plk....erm...senang cam ni la..baik aku perkenalkan diri aku dulu kt korang...nnti..lepas korang dah tahu"my profile"..erm2..korang tahu la apa perangai aku...hahha...

sakit mata nk baca??ahhh..aku tak kira..korang baca gk...

khairulaizam nama diberi...dilahirkan pada tanggal 25 muharram 1416 bersamaa 10-10-1985 pada jam 7:30am..hari apa erk??nk tahu ke??ha tu korang cari la sendiri kt software hijriah tu...x der software tu??...olo lo lo..ciannya....

sambung balik,erm..aku dilahirkan kt umah yg terletak di puchong selangor bukan kt "mushtasyfa gamaah,egypt"hahahh......korang nk alamat umah aku ke??tak yah la erk..utk pengetahuan korang...benda yg paling malas aku nk tulis>>>alamat umah la<<<..panjang sangat arr...tak larat nk tulis..sama la dengan taip pun..... nk tahu gk..adus..mengada2 la korang ni...ok2..ni alamat umah aku..puchong selangor... dah2..jgn mengarut...td korang gk yg nk kenal ngan aku kan..aku teruskan balik erk...i've ten siblings..eh..ter"speaking" plk..kui2...aku ada 10 orang adik beradik....byk??ha..lu pikir la sendiri...dan aku adalah anak yg ke tujuh...bukan bongsu...nk tahu apa hebatnya anak ke tujuh??fuiyo..fuiyo...fuiyo...eh..cam orix je..kah3 nk tahu pasal pengajian aku plk??biasa je...masa kecik dulu aku x sekolah tabika...bukan x der duit..ada je..byk lagi...berjuta2 lemon...erm...aku terus masuk darjah satu(1992)tapi.....korang tahu2 la..aper yg korang tahu?aha..aku masa kecik2 dulu..suka sangat menangis klu ditinggalkan kt sekolah cam tu je..klu x nk aku menangis,kena la ada orang yg sanggup tunggu aku...nk tahu sapa yg tunggu aku dari pagi sampai ptg??dia la orang yg aku sayang.."my papa"...my mama??mak aku duk kt umah je....ayah aku x bagi mak aku ikut kitorang pi sekolah sekali..sbb ayah aku tahu...klu mak aku ikut..x masuk kelas la jawabnya aku nnti...asyik nk duk ngan mak je kang..hahah....masa kecik2 dulu aku ni manja sikit...sekarang x dah...sebab tu aku leh datang mesir ni... kt mana kita td erk???kt thailand kot..huhu...mula dari darjah satu sampai darjah 6 aku bersekolah kt sekolah ni>>>sekolah rendah agama bt 13 puchong<<<>>syimi<<)...lepas tu zakat selangor(PZS)...
yg aku tension ngan PZS ni....aku dah bayar yuran PBA, dan dah "separuh jalan" aku kat sana...baru diorang terhegeh2 nk panggil aku masuk kursus bahasa kt selangor plk...siap marah2 aku plk tu(sabor je la)...diorang siap cakap"klu awak nk zakat,awak kena amik kursus ngan kitorang"..adus...aper kejadahnya la diorang ni....sakit jiwa aku dibuatnyer..."yela,yela..nnti sy pi"aku jawab...

berpisah lagi..adussss...tp kali ni aku dapat cover dari menangis..ahhah...yg tak tahannya..ustzh2 kt PBA la plk yg upset bila tahu aku nk kuar dari PBA...

erm...sekarang aku masuk kursus bahasa selangor kt PKG kampung jawa...fuiyo...dapat kawan baru lagi aku...seronok dapat kawan baru ni..tp takut gk....kang berpisah lagi..adus....
tp mujur la..cz diorang yg PKG ni kebanyakkannya nk further study kt mesir....bagus2..
erm...setiap kursus mesti ada exam....sama la ngan PKG ni...syarat nk mai mesir mesti lulus exam...erm..tak kisah la tu...bila dah habis exam and dah dpt result kami kena tunggu bulan 9 plk...

tibalah masa yg ditunggu2 selama ni....aku and kawan2 aku akan bertolak ke mesir....

adusss....farewell lagi...yg sedihnyer kali ni..aku akan berpisah ngan family plk....menangis lagi aku....mak aku lagi la...ye la...mana sanggup nk berpisah ngan anak dia..sedangkan masa aku kt kelantan pun mak aku risau....ni kan plk yg jauh ke timur tengah...

x per ler...sabor mak ye...tak lama pun kerul kt sini...4 tahun je..tp klu ada rezeki..kerul nk amik (MA) plk....heheh....

erm...sekarang dah sampai mesir....mula la pengajian aku kt sini.....Kuliah Pengajian Islam dan Bahasa Arab..

sekian saja utk post kali(byk lagi yg aku x tulis...such as makanan kegemaran,minuman kegemaran,hobi,cita2 and macam2 lagi ler..tgn dah letih menaip..huhuh...klu rajin nnti aku sambung balik..kui3)

sebelum aku cau dulu..aku nk mintak maaf cz ni kali pertama aku buat blog..so,cakap pun banyak melalut.....huhuh......ok la...nnti kalau ada apa2 yg aku nk post...aku post....ok..

salam ceria dari aku..AIZAM...

Cara2 Hafal Yg Baik:-

1)Berwuduk
2)Menghadap kiblat
3)Mulakan dgn membaca fatihah serta selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w
4)Kosongkan fikiran dari segala masalah
5)Jgn hafal secara berbaring
6)Banyakkan Berdoa:-

i)Zamaniah:- waktu sahur, di antara dua khutbah,waktu hujan turun
ii)Makaniah:- mekah,makam para nabi,makam para wali allah,raudah
iii)Syakhsiah:- orang Alim, kawan2, budak kecil, orang awam

Sifat2 Kejayaan:-

1)Fikiran yg tetap
2)Mempunyai perancangan jangka masa pendek dan panjang
3)Mempunyai semangat dan azam yg kental
4)Percaya dan yakin pada kemampuan diri

Rahsia Pengurusan Masa:-

1)Waktu terjaga di tengah malam(apa yg kita lakukan?)
2)Bayangkan apa yg dipelajari semalam
3)Lekatkan nota penting di cermin
4)Masa sarapan(baca nota ringkas)
5)Masa berjalan ke kelas
6)Masa menunggu bas,trenco@taxi
7)Masa tunggu pensyarah@kawan

Kaedah Belajar Yg Berkesan

1)Berikan tumpuan sebaik mungkin.
2)Bersoal jawab.
3)Membaca&Memahami(klu x fhm tanya sesiapa yg fhm,klu x fhm gk..erm..buat2 fhm je le).
4)Membuat latihan.
5)Membuat nota ringkas(bkn nota utk tiru erk).
6)Menggunakan symbol.

.:Pelawat Bebas:.

.:Uji Minda:.

.:Chating YM:.