Selamat Berkunjung.... Semoga Dengan Kunjungan Anda Akan Menyerikan Lagi Blog Ini,Salam Ukhwahfillah Dari Bumi Anbiya'...Moga Kejayaan Milik Bersama...Amin Ya Rabbal 'Alamin

December 2, 2008

madah tahun 4 kuliah bahasa arab bagi fasol 1..

1-Naqod
2-Qo'atul Bahthi
3-Ilmud Dilalah
4-Usul Feqh
5-Hadith
6-Tarikh Adab

*Mumtaz dan Jayyid Jiddan susah,tp x mustahil kan?
jadi buktikan yg engkau>>>KhairulAizam B. Abdul Rahman<<< mampu dapat mumtaz@jayyid jiddan utk takdir am tahun akhir ni......
Usaha,Doa n Tawakkal adalah segalanya...bantulah hambamu ini ya Allah!!

aku yg masih terus mengharap....

December 1, 2008

kembali ber"nadi"...& pemergianmu...

masa berlalu dengan pantas....tidak ketahui ke mana hala masa tersebut...dan ke mana masa tu aku habis kan....sering kali terngiang-ngiang di telinga mengatakan"masa itu emas...masa itu emas",tp kenapa aku masih tidak menyedari hakikat sebenar masa itu...nak tunggu jatuh baru nk bangun?...itulah soalan pertama bermain di benak fikiran ku...sekarang aku dah tahun 4...tp aku rasakan jiwaku kosong dari segalanya, baik dari segi ilmu atau apa saja...kenapa?apa yg aku buat selama 4 tahun berada di bumi mesir ni??

ahhh,pening bila memikirkan semua tu...aku masih mencari dan terus mencari punca sebenar...dan akhirnya ku temui faktor utama yg menyebabkan aku jadi begini...oh ya Allah!!bantulah hambamu ini mencari pedoman dan hidayah dalam menghadapi dugaan hidup dan fatamorgana...oh ya Allah!!terimalah taubat hambamu ini...ku damba petunjuk dari mu....

September 28, 2008

mari belajar cara belajar....

Belajar Cara Belajar adalah proses teknik pembelajaran sama ada bersama guru atau tidak.Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan.

Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran seperti:

* Kemahiran Mendengar
* Kemahiran Membaca
* Kemahiran Menulis
* Kemahiran Mengambil Nota
* Kemahiran Mengingat



a. Kemahiran Mendengar
Apa yang didengar ..........pelbagai teks, seperti:

Arahan Lakonan
Puisi Berita
Ucapan Syarahan
Lagu Taklimat
Pengumuman Penerangan


b. Kemahiran Membaca

*

Skimming
Untuk maklumat ringkas dan pantas, baca tajuk, pendahuluan dan rumusan

*

Scanning/ Imbasan
Untuk maklumat lebih dalam dari skimming. Baca pendahuluan, rumusan dan bab. perhatikan kata kunci, konsep, rajah, grafik dan data.

*

Bacaan Intensif
Untuk mendapat maklumat terperinci
Strategi : SQ3R
Survey - pendahuluan, tajuk, ringkasan
Question –tajuk jadi soalan – jawab
Read – baca perenggan untuk maklumat
Recite – ringkaskan, refrasakan perenggan
Record – catatan- bentuk yang diolah
Review – lihat nota semula, pastikan ingat isi

*

Baca Laju
Boleh baca laju dan faham kandungan
Kesan isi penting melalui tanda: tulisan condong/ bergaris/tebal dan graf/gambar rajah/peta minda.
Membuat catatan nota.


c. Mencatat Nota

*

Mencatat nota adalah aktiviti merekod fakta,maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar.
*

Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti semasa kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain.


d. Kemahiran Menulis

*

Menulis Laporan
*

Menulis Cepat
Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh itu, menulis cepat memerlukan unsur:
*

Kelajuan menulis
Tulisan yang boleh dibaca dan kandungannya difahami.


e. Mengingat

*

Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria dengar dan deria lihat yang baik.
*

Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam.



KEMAHIRAN MAKLUMAT

Definisi Maklumat
Maklumat ialah pengetahuan, data, butiran, fakta, keterangan, maklumat atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang.

Definisi Kemahiran Maklumat
Keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu.

Kemahiran maklumat terdiri daripada:

*

Kemahiran perpustakaan
*

Kemahiran belajar
*

Kemahiran penyelidikan
*

Kemahiran komunikasi dan penyampaian


Sumber Maklumat

* Sumber berasaskan maklumat
* Bahan audiovisual
* Sumber berasaskan komputer
* Bahan bercetak

tu saja setakat ni...selamat mencuba utk belajar....hehhehe...

.:Pelawat Bebas:.

.:Uji Minda:.

.:Chating YM:.