Selamat Berkunjung.... Semoga Dengan Kunjungan Anda Akan Menyerikan Lagi Blog Ini,Salam Ukhwahfillah Dari Bumi Anbiya'...Moga Kejayaan Milik Bersama...Amin Ya Rabbal 'Alamin

September 28, 2008

mari belajar cara belajar....

Belajar Cara Belajar adalah proses teknik pembelajaran sama ada bersama guru atau tidak.Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan.

Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran seperti:

* Kemahiran Mendengar
* Kemahiran Membaca
* Kemahiran Menulis
* Kemahiran Mengambil Nota
* Kemahiran Mengingat



a. Kemahiran Mendengar
Apa yang didengar ..........pelbagai teks, seperti:

Arahan Lakonan
Puisi Berita
Ucapan Syarahan
Lagu Taklimat
Pengumuman Penerangan


b. Kemahiran Membaca

*

Skimming
Untuk maklumat ringkas dan pantas, baca tajuk, pendahuluan dan rumusan

*

Scanning/ Imbasan
Untuk maklumat lebih dalam dari skimming. Baca pendahuluan, rumusan dan bab. perhatikan kata kunci, konsep, rajah, grafik dan data.

*

Bacaan Intensif
Untuk mendapat maklumat terperinci
Strategi : SQ3R
Survey - pendahuluan, tajuk, ringkasan
Question –tajuk jadi soalan – jawab
Read – baca perenggan untuk maklumat
Recite – ringkaskan, refrasakan perenggan
Record – catatan- bentuk yang diolah
Review – lihat nota semula, pastikan ingat isi

*

Baca Laju
Boleh baca laju dan faham kandungan
Kesan isi penting melalui tanda: tulisan condong/ bergaris/tebal dan graf/gambar rajah/peta minda.
Membuat catatan nota.


c. Mencatat Nota

*

Mencatat nota adalah aktiviti merekod fakta,maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar.
*

Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti semasa kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain.


d. Kemahiran Menulis

*

Menulis Laporan
*

Menulis Cepat
Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh itu, menulis cepat memerlukan unsur:
*

Kelajuan menulis
Tulisan yang boleh dibaca dan kandungannya difahami.


e. Mengingat

*

Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria dengar dan deria lihat yang baik.
*

Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam.



KEMAHIRAN MAKLUMAT

Definisi Maklumat
Maklumat ialah pengetahuan, data, butiran, fakta, keterangan, maklumat atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang.

Definisi Kemahiran Maklumat
Keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu.

Kemahiran maklumat terdiri daripada:

*

Kemahiran perpustakaan
*

Kemahiran belajar
*

Kemahiran penyelidikan
*

Kemahiran komunikasi dan penyampaian


Sumber Maklumat

* Sumber berasaskan maklumat
* Bahan audiovisual
* Sumber berasaskan komputer
* Bahan bercetak

tu saja setakat ni...selamat mencuba utk belajar....hehhehe...

September 25, 2008

selamat tinggal anak2 muridku...dan selamat tinggal sekolahku..

Bertahun lama aku meninggalkan
Laman sekolah yang penuh kenangan
Memori indah mengusik di jiwa
Suka dan duka dalam memburu cita

Masih terbayang kenakalan teman
Usik mengusik bersenda gurauan
Kini setelah kita berjauhan
Semuanya itu menjadi kerinduan

Tetap segar dalam ingatan
Kali pertama berkenalan
Senyuman mesra menyimpulkan
Tali persahabatan

Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan

Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan

Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan

Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan

Oh sekolaku, kau amat ku rindu
Tempat bermula ku menimba ilmu
Jasanmu guru mendidik daku
Namamu harum di dalam ingatan
"You're my lovely school, I love you, I miss you"



sedihnya aku nk tinggalkan anak2 murid aku...huhu...kepada sumer anak murid aku...sir doakan kamu sumer berjaya dalam exam and berjaya dalam segala bidang yg akan kamu ceburi...all the best....



Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

O.. uwo.. ho..

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu

Oo.. ho.. o...

September 16, 2008

harga sekuntum cinta...

Pada redup renungan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA

September 8, 2008

kembali bersinar....hahahha

assalamualaikum sumer....adus....lama nya aku x update blog aku ni..rasa malas plk nk update...bukan apa,cuma x cukup masa je...asyik sibuk je...maklum la,duk kt malaysia ni..hehehhe....bangun tido je terus mandi(bukan wajib erk)lepas mandi solat subuh...lepas solat,kena iron baju plk...almaklum,sekarang ni aku jadi guru...yg peliknya..aku ajar MATHEMATIC....hahahha....mujur la budak darjah 4&5..klu tingkatan 4&5???habis aku...dah le aku dah lupa sume tu....ye la..kat U.Azhar mana ada mathemathic..huhuu....eh2..ada la...dalam madah mirath...baru ingat...huhuhuh...tp tak byk pun....

ok2,sambung balik...lepas iron baju aku iron seluar plk(seluar kecik??x iron pun)hahahha....lepas iron sumer2...aku buat plan mengajar utk ari tu...apa la aku ni..sepatutnya aku kena wat plan tu mlm sebelum tido...baru x kelam kabut..habis aku..tiap2 hari kelam kabut...

mula mengajar kul 7.40am hingga 12.30(ramadhan)1.00(bln2 lain).....balik je dari mengajar terus baring2...sedar2 dah kul 4.00ptg..huhuh...kelam kabut lagi..nk solat zohor plk...adus....tak sengaja ni erk...mmg dah tak tahan sangat...habis2 solat asar plk...lepas tu bersiap2 pi tuisyen plk...mula kul 5.30 hingga 6.30....ni waktu ramadhan..cz nk bagi kesempatan kt kitorang tenaga pengajar ni solat terawih....klu waktu biasa kul 8.00mlm hingga 9.00.....

lepas habis mengajar kt tuisyen,aku terus bergegas ke sepang plk...buat apa???erm...ada hal sikit...benda tu x leh cerita...hahahha...aku saja2 pi sepang tu..aku nk makan free kt hotel de palma sepang.....tiap2 ari dalam bulan ramadhan aku pi sana...balik puchong lepas habis solat terawih....sampai umah lebih kurang kul 11.00mlm....

ha...8/9/2008 td ada dato'(owner of the hotel)...dia datang nk jenguk2 hotel dia...aku siap boleh gurau2 ngan dia...tp dia relax je..yg tak tahannya..resident manager hotel tu...dia marah aku..dia kata"you bila cakap ngan dato' tu,cakap baik2,jgn gurau2,he's my boss"... aku jawab..o0o0o erk???ok2..sorry ye mr kevan....yg bagusnya hotel ni...ia merupakan hotel yg tidak menghidangkan arak...mmg tak der arak langsung...sbb dato(the owner) orang islam....

maka selamatlah aku....ok la..nk tido...lain kali klu rajin aku tulis lagi....klu rajin la erk...sibuk la...pagi petang siang malam sibuk....

ok....last but not least....salam ramdhan dari aku...minta maaf segala kesilapan ku kt korang...maaf erk...heheh...semoga hidup kita lebih diberkati dan dirahmati allah pada bulan yg penuh kemuliaan ni,dan pada bulan2 yg seterusnya..amin...

wassalam....12.45mlm...time to sleep...

.:Pelawat Bebas:.

.:Uji Minda:.

.:Chating YM:.