Selamat Berkunjung.... Semoga Dengan Kunjungan Anda Akan Menyerikan Lagi Blog Ini,Salam Ukhwahfillah Dari Bumi Anbiya'...Moga Kejayaan Milik Bersama...Amin Ya Rabbal 'Alamin

April 11, 2010

Arak punca dosa memuncak...

Arak yg disebut "khamar" dalam bahasa arab bermaksud minuman yg memabukkan. penggemar arak pula sinonim dengan panggilan "kaki botol". Bagi org2 fasik, kafir dan munafik, arak menjadi minuman kemegahan kerana pada mereka arak adalah minuman terbaik utk menikmati keseronokan hidup sebenar.

Mutakhir ini, masalah berkaitan muslim yg meminum arak di kalayak ramai telah menjadi isu hangat yg diperkatakan dalam media perdana. sememangnya isu ini seharusnya diberi perhatian oleh semua pihak sejak dahulu lagi memandangkan membeli dan meminum arak telah menjadi satu fenomena biasa yg amat membimbangkan yg semakin menular di kalangan muda-mudi islam hingga menubuhkan pelbagai bentuk maksiat dan kemungkaran berupa penzinaan, pembunuhan, keganasan rumahtangga, penderaan dan seumpama dengannya.

SEJARAH PENGHARAMAN ARAK

Islam telah mengharamkan arak sejak 14 abad yg lalu. Org2 jahiliyah sebelum kedatangan islam adalah peminum arak yg tegar. Terdapat juga di kalangan segelintir umat arab jahiliyah yg baru memeluk islam cuba mempengaruhi Rasulullah SAW dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat utk seseorang. Rasulullah segera menyanggah anggapan itu dengan bersabda: "ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segal penyakit". Sabda baginda lagi yg bermaksud: "apa2 yg banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram(walaupun belum memabukkan".

Berbicara tentang arak, Aisyah R.A telah memetik hadith Rasulullah SAW yg telah diriwayatkan oleh imam al-Bukhori maksudnya: " sekiranya al-quran mula2 memberitahu org2 arab agar jangan meminum khamar(arak) dan tidak berjudi serta melakukan penzinaan, mereka akan berkata; " tidak, kami tidak akan patuh". Al-Quran terus menyampaikan ke dalam hati mereka rasa takut dan kasih kepada Allah. Cerita kehidupan selepas mati, mengenai syurga dan taman2nya yg indah bagi sesiapa yg patuh, seksaan api neraka bagi yg ingkar sehingga hati mereka telah menjadi lembut, selepas itu mereka diperintahkan berhenti dari meminum khamar(arak), melakukan penzinaan dan berjudi dan mereka mematuhinya".

Walaupun begitu arak tidak terus dilarang serta merta. Ia mengambil tempoh beberapa ketika utk pengharaman secara keseluruhannya. Org2 islam mula bertanyakan tentang perihal arak sebagaimana dinyatakan oleh al-quran dalam surah al-Baqarah ayat 219 yg bermaksud: "mereka bertanyakan kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah apda keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosa kedua2nya lebih besar dari manfaatnya". Ayat ini telah memberi keinsafan dan kesedaran kepada org2 yg kuat iman dan beramal soleh utk terus meninggalkan arak dan judi. Bagaimanapun larangan ke atas arak tidak dinyatakan dengan jelas.

Perintah lain yg diturunkan adalah dalam peristiwa seorang sahabat bersolat dalam keadaan mabuk dan telah melakukan kesilapan besar ketika membaca ayat2 suci al-quran. Peristiwa ini diceritakan al-quran melalui surah an-Nisa' ayat 43 yg bermaksud: "hai org2 yg beriman, janganlah kamu solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengerti apa yg kamu ucapkan".

Larangan ini sangat penting kerana tabiat mabuk telah diperkatakan buat pertama kali bersama sembahyang yg telah difardukan di waktu tertentu dalam masa sehari iaitu bermula solat subuh hingga isyak. Ini menimbulkan konflik di antara perintah baru dengan adat resam org2 arab jahiliyah yg meminum arak di awal pagi dan permulaan malam.

Perjuangan bagi melawan hawa nafsu bagi mengekang tabiat meminum arak menagih kesabaran dan ketabahan oleh peminumnya. Pada peringkat awal utk menghilangkan ketagihan arak, peminum arak yg aktif mungkin tekena "sawan" atau tabiat meracau yg berpanjangan.

Perintah akhir larangan meminum arak telah diturnkan dalam satu majlis jamuan yg telah diadakan di antara org2 Muhajirin dan Ansar di mana arak telah menjadi salah satu bahan hidangan. Apabila ramai yg mabuk, mereka mula bermegah2 dan kemudiannya bergaduh sesama sendiri dengan melontar ketulan2 tulang yg terdapat dalam hidangan makanan. Apabila rasa mabuk telah hilang, mereka mula menyesal, insaf dan merasa berdosa atas tindakan mereka itu.

Pada waktu itulah, al-quran telah menyatakan judi dan khamar adalah dilarang kepada semua umat islam sebagaimana firman Allah yg bermaksud: "Syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran meminum arak dan berjudi dan menghalang kamu dari mengingati Allah dan solat, maka berhentilah kamu(dari melakukan perbuatan itu)".

Anas bin Malik telah menyatakan: "Apabila khamar(araK) dilarang, org2 arab masih menyukainya dan ada yg amat berat utk mematuhinya. Tetapi akhirnya mereka berjaya mematuhi perintah Allah dengan setiap dari peminum arak akan membawa arak rumah masing2 ke jalan raya dan membuangkannya. Jalan2 dan lorong2 di Madinah dipenuhhi dengan bau arak sehingga beberapa hari". Semenjak peristiwa itu sehinggalah ke saat ini, org2 islam di seluruh dunia adalah org2 yg paling kurang berdepan dengan masalah ketagihan arak.

HUKUMAN PEMINUM ARAK

Dalam syariat islam hukuman bagi org yg meminum arak ialah dirotan. Namun para ulama' berbeza pendapat tentang kadarnya. Ada yg mengatakan bahawa hukumannya ialah sebanyak lapan puluh kali rotan. Ini adalah pendapat imam Malik, Abu Hanifah dan satu riwayat dari imam Ahmad.

Manakala imam Syafie dan satu pendapat dari imam Ahmad mengatakan bahawa hukuman bagi kesalah tersebut ialah sebanyak empat puluh kali rotan. Punca perselisihan di kalangan ulama' ini ialah kerana hukuman bagi kesalahan had meminum arak tidak diterangkan secara jelas di dalam al-quran dan juga hadith2 serta Athar(pendapat) para sahabat. Apa yg disebutkan hanyalah tentang pengharaman arak sahaja tanpa ditetapkan hukuman had kepada peminum2 arak. Begitu juga Rasulullah SAW tidak menetapkan kadar tertentu. Adakalanya baginda merotan pesalah tersebut hanya beberapa kali sebatan, tetapi tidak melebihi daripada empat puluh kali sebatan. Kemudian Saidina Abu Bakr R.A pula merotan peminum2 arak sebanyak empat puluh kali sebatan. Diriwayatkan daripada Ibnu Sa'id Al-Khudri dan Ali KWJ bahawa Rasulullah Saw menghukum org yg minum arak sebanyak empat puluh kali sebatan.

Kemudian apabila tiba pada zaman Saidina Umar, maka beliau meminta nasihat daripada para sahabat. Lalu Abdul Rahman bin 'Auf berkata: "Seringan2 hudud ialah lapan puluh kali sebat". Kemudian Umar pun menetapkan hukuman itu sebanyak lapan puluh kali dan para sahabat semuanya bersetuju dengan Umar yg mengambil pendapat Abdul Rahman sebagai satu ijmak. Hukuman tambahan yg dilakukan oleh Umar ini adalah sebagai hukuman ta'zir yg jika pada pendapat pemerintah bahawa hukuman itu diperlukan.

ARAK DAN UNDANG-UNDANG

Di Malaysia, peruntukan tentang hukuman minum arak telah dikanunkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di setiap negeri. Dari sudut pentadbiran undang2 bagi kesalahan meminum dan menjual arak terdapat dua institusi seperti jabatan agama islam negeri dan pihak berkuasa tempatan(PBT).

Berdasarkan kepada peruntukan yg terkandung dalma enakmen negeri masing2, jabatan agama islam negeri hanya mempunyai bidang kuasa terhadap org islam yg meminum arakdan minuman lain yg memabukkan, samada diminum di mana2 kedai atau di tempat awam, atau menjual, menawarkan jualan, atau mempamerkan sesuatu yg berkaitan dengan arak, menyimpan dan juga membeli yg menjadi satu kesalahan.

KESAN BURUK MINUM ARAK

Sudah jelas, bahawa sesetengah jenayah yg berlaku dalam masyarakat di antara lain berpunca dari gejala arak. Kajian2 ilmiah samada dari jenis sains, psikologi dan kemasyarakatan menunjukkan kebenarannya.

Al-Quran awal2 lagi telah memberi peringatan dan amaran bahawa mudharat arak adalah lebih banyak dari manfaatnya. Berdasarkan kajian perubatan dan saintifik antara keburukan arak terhadap kesihatan dan perhubungan sosial yg akan dirasai oleh peminum arak adalah seperti:

*apabila diminum dengan banyak, arak boleh merosakkan selaput lendir perut dan menajdi racun yg meresap dengan cepat ke dalam lain2 bahagian tubuh manusia terutama jantung dan buah pinggang.

*meminum arak boleh menjadikan seseorang itu mendapat sesak nafas yg akan mengganggu alat pernafasan.

*meminum arak boleh menyebabkan kematian menegejut akibat kuatnya tekanan alkohol di dalam arak tersebut terhadap hati dan jantung.

*meminum arak ketika perut kosong atau sebelum sarapan boleh menyebabkan berlakunya barah dalma perut.

*meminum arak boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian serta menyebabkan seseorang itu lupa tentang tanggungjawabnya terhadap keluarga dan tanggungjawab agama.

IMAN DAN ARAK TIDAK MUNGKIN BERSATU

Dosa manakah, minum minuman yg memabukkan, berzina atau membunuh?itulah teka-teki sebagai inti khutbah khalifah Uthman bin 'Affan R.A seperti yg diriwayatkan oleh Az-Zuhriy. Khutbah Uthman itu mengingatkan umat islam agar berhati-hati terhadap minuman khamar kerana punca minuman yg memabukkan itu telah membawa kepada perbuatan keji dan segala sumber dosa. Dalam khutbahnya beliau mengisahkan tentang seorang abid yg tekun beribadah di masjid. Suatu hari lelaki soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik. Kerana telah terpikat, lelaki tersebut menurut sahaja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya iaitu tentang kemaksiatan. Pertama meminum arak, kedua berzina dan ketiga membunuh. Disebutkan beliau menilai bahawa dosa meminum arab adalah lebih kecil daripada dua pilihan lain yg diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu memilih meminum arak tetapi apa yg berlaku,dengan meminum arak yg memabukkan dia telah melakukan dua kejahatan yg lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu telah berzina dengan wanita pelacur tersebut dan membunuh bayi di sisinya. Justeru berkata khalifah Uthman bahawa iman dan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Org yg mabuk, mulutnya akan mengeluarkan kata2 kufurdan melakukan perkara yg tidak sepatutnya dilakukan oleh org yg beriman.

HARAM TETAP HARAM

Islam sesungguhnya bersikap tegar terhadap masalah arak. Tidak kira sedikit atau banyak kerana arak itu sendiri telah menjadi haram yg dapat menggelincirkan kaki manusia ke lembah kebinasaan. Sebagai sebuah negara yg didominasi oleh umat islam, tindakan tegas perlu dilakukan dalam membendung perbuatan meminum arak ini iaitu melalui perlaksanaan undang2 yg berkesan yg diharapkan akan dipatuhi oleh masyarakat awam selain dariapda kesedaran daripada pihak masyarakat itu sendiri. Selain itu, selain sensitiviti masyarakat islam dan identiti negara Malaysia yg dilabelkan sebagai negara islam juga hendaklah dipelihara. Premis2 perniagaan hendaklah mengeluar dan menguatkuasakan arahan utk tidak menjual arak kepada masyarakat muslim serta mereka perlulah menurut garis panduan yg telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa

Namun hakikat yg harus diakui di sini ialah menjalankan hukuman tersebut terhadap peminum arak hendaklah seiring dengan usaha menghapuskan puncanya, jika tidak ia samalah seperti berdepan dengan masalah nyamuk yg tidak cukup sekadar membunuhnya sahaja, walhal dalam masa yg sama longkang2 dan sampah sarap dibiarkan menjadi tempat pembiakan tanpa dibersihkan atau dihapuskan.Fikir2kanlah!!!!!!.....

No comments:

.:Pelawat Bebas:.

.:Uji Minda:.

.:Chating YM:.