Selamat Berkunjung.... Semoga Dengan Kunjungan Anda Akan Menyerikan Lagi Blog Ini,Salam Ukhwahfillah Dari Bumi Anbiya'...Moga Kejayaan Milik Bersama...Amin Ya Rabbal 'Alamin

April 12, 2010

sayur dan buah yg boleh menguatkan tubuh...

lihatlah kebesaran dan keagungan ciptaan Ilahi...setiap yg diciptakan ada hikmah dan kebaikannya yg tersendiri...subhanallah!

Berikut adalah enam jenis makanan yg terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yg boleh diambil utk mengawal tubuh daripada mudah dijangkiti penyakit.

1- SELERI
Seleri merupakan sejenis sayur berbatang lembut, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium, karotin, vitamin A, B kompleks dan C. Biasanya ia digunakan dalam perubatan secara tradisional bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Sayur ini juga dipercayai dapat melancarkan pusingan haid dan mengatasi masalah keputihan. Malah seleri boleh merawat penyakit kulit seperti jerawat serta ruam.

2- JAMBU BATU
Kulit buah dan isi yg keras paling banyak mengandungi vitamin C yg penting utk kesihatan kulit, gigi, gusi dan penyembuhan luka. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit skurvi, masalah gusi dan gigi serta luka tidak sembuh denan sempurna. Manakala, daun dan bunga jambu batu pula mengandungi vitamin B iaitu pektin sejenis serabut larut yg dapat membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, terutamanya kolestrol tidak baik jenis LDL.

3- BUAH DELIMA
Kebiasaannya buah delima sedap dimakan segar mahupun dibuat minuman jus, sirap dan ada juga yg menjadikannya sebagai salad buah dan sayur serta rojak. Jusnya diminum utk rawatan demam panas, batuk, ulser dalam mulut dan melawaskan pembuangan air besar. Delima mengandungi tanin, asid sitrik(mempunyai antioksidan dan kesan antitumor dalam kajian keatas haiwan), vitamin C dan asid borik yg mempunyai kesan antiseptik.

4- BETIK
Buah ini mengandungi kalium, kalsium, vitamin A, C dan karpain(berupaya melambatkan degupan jantung,menurunkan tekanan darah tinggi, membunuh amoeba dan merangsang pembuangan air kecil. Air rebusan betik muda dipercayai dapat merawat darah tinggi.

5- DURIAN BELANDA
Dimakan mentah bila masak, dibuat jus buah atau aiskrim. Ia juga mengandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C. Fosforus penting utk metabolisme tenaga, penyerapan nutrien, membentuk tulang dan gigi yg sihat. Manakala kalsium pula penting bagi pembekuan darah serta mengawal degupan jantung. Ia juga amat penting kepada wanita yg putus haid bagi menghalang osteoporosis.

6- KOBIS
Dipercayai kubis mengandungiagen antikanser lebih berbanding sayur-sayuran lain. Disamping itu, ia juga dikatakan mampu mencegah ulser perut, selain daripada mengandungi antibakteria bagi meningkatkan lagi sistem imunisasi tubuh. Sayur ini biasanya dimakan mentah, dimasak mahupun dijadikan sebagai ulam khas bagi kesihatan diri.

No comments:

.:Pelawat Bebas:.

.:Uji Minda:.

.:Chating YM:.