Fitrah manusia suka kepada nikmat dan kesenangan. Kalau ditanya kepada kalian silakan angkat tangan sekiranya tidak suka kepada wan dan kekayaan. Pasti tiada siapa yg akan menyahut kepada permintaan tersebut...
Aku teringat ketika berstatus pelajar(skrg pun masih pelajar..hehe)sekolah rendah, dalam satu mata pelajaran Bahasa Melayu, guru mengarahkan kami utk menulis satu karangan bertajuk "KALAU SAYA MENJADI SEORANG JUTAWAN". Sekiranya tajuk ini aku kemukakan kepada kalian, apakah impian kalian kalau berstatus itu?
Hakikatnya, sekiranya nikmat itu belum sampai di tangan, pelbagai impian dan perancangan yg muluk dan lunak mahu dicipta...Tetapi tidak ramai yg melaksanakan apa yg diimpikan itu sekiranya wang RM1juta itu benar2 di dalam genggamannya. Segala impian yg indah itu tiba2 hilang diganti dengan rancangan2 mega yg membuncitkan perut dan nafsu sendiri...Mengapa begitu ye?
Rasulullah Sallallahu alaihi wa alihi wasallam memberi ingatan kepada kita dalam sebuah hadith yg bermaksud: Wahai anak adam! jika kamu memberikan lebihan dari hartamu(bersedekah) adalah terbaik bagimu, dan sekiranya kamu menahannya(bakhil) adalah celaka, dan tiadalah kamu akan dicela jika tiada lebihan(dari hartamu). Mulakanlah pemberianmu itu kepada org yg engkau tanggung. Tangan yg memberi lebih utama dari tangan yg menerima.
Mengapa manusia bersifat bakhil???
kerana mereka menyangka bahawa segala nikmat yg mereka kecapi selama ini adalah dari usaha dan titik peluh mereka sendiri tanpa menganggap bahawa ianya adalah kurniaan ilahi....dan mereka berasa bahawa manusia lain tiada hak bahkan tidak layak utk mengambil walau sedikit harta yg diusahakannya siang dan malam itu. Nah! terpacul dari mulut2 busuk mereka ini ditambah dengan baru lepas makan petai ungkapan sebegini "penat2 aku kerja, senang2 ko nk minta, cari rr sendiri". Maka dihinanya peminta sedekah, dicacinya pemungut zakat, dilekehnya ustaz2 yg berceramah tentang waqaf dan infaq.
Wahai manusia yg bakhil, jgnlah kalian beranggapan begitu. Kita hidup di dunia ni pun tak sampai 100 tahun. Dunia ini hanyalah tempat tinggal yg fana dan akan hancur binasa. Seketika nanti kita akan berpindah meninggalkannya menuju ke alam akhirat. Harta yg kalian kumpulkan waktu hayat kalian tidak ada nilai langsung di sana. Harta2 itu nanti akan habis diagihkan kepada anak dan isteri2mu(bagi yg byk isteri le)di dunia. Yg tinggal bersamamu hanyalah kain kafan putih yg membaluti tubuhmu(sekujur badan berselimut putih)...Itulah sahaja harta dunia yg tinggal utkmu diwaktu itu....
Baginda Rasulullah sallallahu alaihi wa alihi wasallam memberi peringatan kepada kita melalui soalan yg diberikan kepada para sahabat; tahukah kamu apakah yg sebenarnya harta yg kamu miliki?maka sahabat berkata:" Harta kami adalah wang dinar, dirham, bangunan dan tanah lapang. Lalu baginda bersabda;"harta2 itu adalah kepunyaan waris2mu. Hartamu yg sebenar adalah amal2 yg kamu lakukan semasa hayatmu....
Ingatlah, nikmat dunia yg pernah kita kecapi tiada nilai langsung disisi allah S.W.t walaupun sebelah sayap nyamuk!
Nabi Sallallahu alaihi wa alihi wasallah memberitahu kepada para sahabat dan kita semua didalam sebuah hadith yg bermaksud; " kalaulah nilai dunia ini sama harga dengan sebelah sayap nyamuk, maka Allah tidak akan memberi rezeki kepada org2 kafir...Harta dan kekayaan yg kalian miliki hanya akan bernilai di akhirat apabila digunakan kepada perkara yg diredhai Allah. Seperti firman-Nya di dalam surah al-qasas, ayat 77 yg bermaksud: "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yg telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaanmu(keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah(kepada hamba2 Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu(dengan pemberian nikmat-Nya yg melimpah ruah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada org2 yg membuat kerosakan".
Apabila harta kekayaan kurniaan Allah itu kita manfaatkan dengan amalan yg mendatangkan pahala, maka ianya akan jadi harta yg tidak ternilai di akhirat kelak.
Wahai pemilik harta, Ayuh! korbankanlah hartamu ke jalan Allah. Taatilah segala suruhan-Nya. Jauhilah larangan-Nya. Di luar sana ada saudara seislam kita yg amat memerlukan pengorbananmu. Semoga kalian bukan sahaja menjadi jutawan di dunia tetapi kalian juga bergelar jutawan akhirat....sebagaimana aku akan infaqkan tenagaku kepada islam dengan mendidik anak bangsa, juga akan merealisasikan "guru jutawan akhirat"..walaupun tidak berharta tetapi masih berusaha utk menjadi "jutawan"....
تيدق داڤت حاضير کسکوله
9 years ago
2 comments:
assalammualikom...
insaf ustaz insaf.... semoga apa yang kita usahakan untuk murid pendidikan khas sekarang diberikan ganjaran pahala.... dah la banyak dosa nie...
wa alaikum salam....
insaf bukan pada ucapan bahkan ianya lahir dari hati yg ingin bertaubat...
setiap amalan ada balasannya....amin...moga kejayaan dan keberkatan sentiasa mengiringi kita semua....
Post a Comment