Selamat Berkunjung.... Semoga Dengan Kunjungan Anda Akan Menyerikan Lagi Blog Ini,Salam Ukhwahfillah Dari Bumi Anbiya'...Moga Kejayaan Milik Bersama...Amin Ya Rabbal 'Alamin

October 21, 2009

satu anugerah...

ku panjatkan syukur kepada rabbul ulama' yg telah memberikan aku kesempatan utk bersama dengan para ulama' di sini selama 4 hari....terasa TERsangat kerdil diri ini jika ingin dibandingkan dengan mereka...mmg benar sabda kekasihmu"al'ulama warathatul anbiya'"....ulama' itu pewaris nabi...tenang bila melihat wajah mereka...alhamdulillah,kesempatan yg di beri aku gunakan dengan sebaiknya...walaupun kadang2 masih gagal mengawal nafsu yg sering cuba mengganggu....

perasaan sedih membelenggu diri bilamana ingin berpisah dengan mereka....tp ku tetap gagahi...

sepanjang 4 hari berada di kaherah,aku telah diberikan tugas memikul tanggung jawab sebagai AJK Disiplin sepanjang program berlangsung....berat tanggung jawab ini,pernah ketika sebelum program bermula aku minta ketua disiplin cari penggantiku..macam2 alasan aku beri...x larat berdiri dan sebagainya...tp bila difikirkan kembali,rugi klu aku x sertai program ni...aku batalkan niatku....

hari pertama: dirasmikan oleh seorang ulama' yg diberi nama syeikh muhammad usamah mahmud al azhari....ditemani oleh syeikh jamal farouq....aku kagum dengan mereka,lontaran suara yg sedikit akan disertai dengan sepotong hadith nabi S.A.W....indahnya peribadi mereka,tidak pernah melupakan nabi sebagai saiyyidul fuqaha'....bukan seperti diri ini yg sering leka dengan buaian fatamorgana alam....

hari kedua: kedatangan syeikh yusri,seorang doktor yg mmg pakar tentang ilmu kedoktoran serta seorang yg hebat dalam ilmu hadith....sekali terpandang wajahnya membuatkan hatiku berasa tenang....senyumannya begitu manis....tidak seperti diri ini...

hari ketiga: kedatangan syeikh muhammad ibrahim alkattani....kedatangan ke program ini membuatkan aku begitu gembira,beliau juga seorang yg hebat dari segi ilmu hadith....utk pengetahuan,para masyaikh akan saling berganti dalam membaca hadith,tp setiap kali sampainya giliran syeikh muhammad baca,aku rasa semangat nk dengar,sekali gilirannya akan dibaca kira2 200 hadith...aku tinggalkan sebentar tugaskuaku(org dh x der kt pintu,cz sumer sedang khusyuk mendengar)...seperkara lagi,aku dapat tahu,hanya zaujah syeikh ini saja yg tahu apa yg boleh dimakan oleh syeikh...begitu terjaganya beliau dari sebarang makanan,hatta anaknya sendiri memanggilnya maulana....

hari terakhir: sekali lagi program ini didatangi oleh seorang ulama' besar mesir dan juga seorang mufti bagi negara MESIR...syeikh ALI JUM'AH....kali ini aku diberi tugas utk mengiringi syeikh dari mula beliau turun kereta hingga ke pentas program....sungguh tenang dan cerah muka sang murabbi ini,bertambah kagum aku melihatnya....alhamdulillah sekali lagi aku diberi kesempatan utk bersalaman dengannya.....kedatangannya ke program membuatkan hati ini betul2 rasa terharu,program yg julung2 kalinya dibuat oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) benar2 mendapat sambutan hebat..disertai dengan kedatangan para ulama' azhar,memeriahkan lagi program ini...alhamdulillah kami diberi kesempatan juga utk solat dengan berimamkan para masyaikh ini....tenang sungguh....

sedikit kekalutan berlaku ketika para masyaikh ingin masuk ke bilik VIP....ini adalah perkara biasa,semua org ingin bersalaman dengan mereka...amatlah rugi bagi siapa yg tidak mahu mengambil keberkatan dari mereka...cuma waktu dan ketika tidak mengizinkan...risau pula tgk bila para masyaikh dikerumuni sebegitu ramai org...

akhir kalam,aku ingin meminta maaf kepada semua seandainya sewaktu program berlangsung aku ada buat salah silap....sebagai AJK Disiplin,aku perlu bersikap tegas,hatta sesama kawan2 rapat sekalipun,harap antum faham situasi itu...minta maaf juga kepada AJK Disiplin yg lain klu2 ada yg terasa hati denganku sepanjang program berlangsung....terima kasih diucapkan kepada sahabat2 yg sanggup membantu bagi menjayakan program pembacaan kutub sittah ini....semoga program ilmu sebegini akan berterusan selamanya...amin ya rabbal alamin.....

October 10, 2009

Isu Purdah... Pembaca Jangan Cepat Melatah Bila Akhbar Picisan Mencuit ....

Sekali lagi hati ini terguris bilamana para ulama dipermainkan.Inilah bahananya jika pekerjaan yang dilakukan langsung tidak berpaksikan iman dan adab.Sikap pembaca pula terlalu cepat menghukum dan memberikan komentar. Saya mendengar khabar daripada beberapa sahabat, sudah ada yang menggunakan laman facebook untuk mengecam dan mengutuk Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Seringkali kita memberikan nasihat dan pesanan kepada akhbar Tanah Melayu yang sering bersekongkol dengan akhbar dunia yang lain agar melakukan penelitian sebaiknya kepada setiap pernyataan yang dikeluarkan.

Berkali-kali kita sebutkan , selepas ini jika berita dan akhbar Melayu mengeluarkan sesuatu pernyataan kontroversi tentang pendapat para ulama maka perkara pertama yang perlu dipasakkan di dalam minda sidang pembaca ialah “ BOLEH DIBACA NAMUN PERCAYA JANGAN”. Kamu tak takutkah dengan hukum Allah taala kerana sering mempermain-mainkan para ulama.

Ingatlah, daging ulama itu beracun. Jangan bermain-main dengan maruah seorang ulama.

Pendapat yang dikeluarkan oleh Syaikhul al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah jelas bertentangan dengan apa yang dikeluarkan oleh akhbar Malaysia.Lain yang diucapkan oleh Syeikh, lain pula yang mereka masukkan ke dalam akhbar milik mereka.Kalau ya pun inginkan akhbar picisan milik kamu terjual laku di pasaran, usahlah lakukan fitnah kepada para ulama sehingga sedemikian rupa.

Apa yang diterangkan oleh IslamOnline dapat menjelaskan segala kekusutan yang berlaku. Saya diminta berkali-kali oleh sahabat-sahabat untuk membahaskan isu ini. Sikap saya yang pertama, tidak mahu terlalu cepat meletakkan hukum kepada ulama yang kita kenali sangat wara’ di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

Secara jelasnya , Syaikhul Akbar tidaklah melarang @ mengharamkan ( seperti bahasa yang digunakan oleh Akhbar Malaysia) pemakaian niqab secara mutlak. Malah larangan ini hanyalah kepada sekolah dan pusat pengajian yang di dalamnya hanya terdapat wanita sahaja. Ini bermakna, jika terdapat lelaki di dalam kawasan tersebut, maka dibenarkan untuk memakai niqab bagi wanita. Apa yang kita kesalkan, akhbar Malaysia jelas menyebarkan berita yang bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Syaikhul Akbar.

IslamOnline juga menerangkan bahawa, Syaikhul Akbar bukanlah menentang pemakaian Niqab kepada wanita. Malah beliau amat-amat menghormati pandangan wanita yang ingin mengekalkan pemakaian niqab.Namun, apa yang beliau tentang ialah kesalahfahaman yang berlaku dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Bahasa mudahnya, mengamalkan agama bukan pada tempat yang sepatutnya. Jika sesebuah institusi tersebut ahlinya terdiri daripada golongan wanita semata-mata, apa faedahnya mereka memakai niqab?? Ini yang ingin Syaikhul Akbar terangkan dan bawa kepada masyarakat. Bukannya seperti yang disebarkan oleh akhbar-akhbar picisan yang seolah-olah mengatakan bahawa niqab ingin diharamkan seratus-peratus kepada golongan wanita muslimah.

Manakala isu tohmahan terhadap Syaikhul Akbar yang mengatakan bahawa beliau menghina pelajar wanita tersebut dengan mengatakan bahawa “ Aku lebih mengetahui tentang agama daripada kamu dan orang-orang yang mendidik kamu” jelas merupakan fitnah terhadap Syaikhul Azhar. Perkataan ini langsung tidak diucapkan oleh Syaikhul Akbar. Ini jelas putar belit yang dilakukan oleh akhbar yang memang terkenal suka mencari publisiti murahan dengan melakukan penghinaan terhadap para ulama.

Penjelasan lanjut boleh dilihat di IslamOnline.

Inilah senario masyarakat sekarang, ulama terlalu dipandang rendah dan hina. Malah dianggap tiada langsung kedudukan disisi mereka. Saya tidak mahu membahaskan isu sama ada niqab ini benar-benar merupakan tuntutan agama atau sekadar adat seperti yang disebutkan oleh Syaikhul Akbar.Ini merupakan permasalahan khilaf dikalangan para ulama.Khilaf di dalam permasalahan ini bukanlah merupakan perkara usul yang boleh membawa kepada kekufuran. Malah ianya cuma khilaf di dalam permasalahan cabang agama. Terlalu dangkal golongan yang ingin melakukan tohmahan kepada Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah hanya kerana beliau mengatakan bahawa niqab ini hanyalah merupakan adat.

Orang zaman sekarang lebih suka percayakan akhbar yang ditulis oleh wartawan yang tidak diketahui peribadinya berbanding mempercayai ulama muktabar.

Saya sangat tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh Fadhilatus Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah bilamana ditanya pandangan beliau berkenaan pendapat Syaikhul Akbar tentang “ Harus Memberikan Infaq Kepada Pembinaan Gereja”. Kata Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah(secara ringkasnya) :

“ Sepanjang pengetahuan saya perkara ini merupakan sepakat daripada para ulama mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk kita memberikan bantuan terhadap pembinaan gereja.Cuma ianya dibenarkan untuk pihak kerajaan memberikan bantuan jika keadaan memerlukan seperti yang berlaku di Gaza setelah peperangan antara Yahudi laknatullah dan tentera Islam.Kerajaan Hamas ketika itu memberikan bantuan kewangan untuk pembinaan gereja yang runtuh akibat peperangan tersebut. Secara jelasnya, saya menyebutkan perkara ini dengan ilmu saya yang sedikit berbanding Syaikhuna al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Mungkin Fadhilatul al-Imam al-Akbar pernah terjumpa pendapat ulama yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk memberikan bantuan kepada pembinaan gereja.Manakala saya dengan sedikitnya ilmu pengetahuan yang ada pada saya maka tidak dapat saya memberikan pendapat sepertimana yang diberikan oleh al-Imam al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.”

Nah, inilah sikap sebenar seorang ulama dan sikap seorang pendengar yang tidak cepat menghukum.Malah meletakkan adab yang terlalu tinggi terhadap para ulama.

Moga kita semua dapat mengambil sifat terpuji yang ditunjukkan oleh para ulama kita di dalam memberikan pendapat dan berbeza pendapat.


p/s: POSTING NI DI COPY DARI LAMAN BLOG UST NAZRUL NASIR....
p/s: jgn mudah percaya akhbar malaysia....

September 17, 2009

antara sabar dan mengeluh...

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

August 2, 2009

awan ikut org???

Diriwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona kepada budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."
Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Is kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

July 22, 2009

Penduduk Syurga

Di dalam kitab Al-Multaqith diceritakan, bahawa sebagian bangsa Alawiyah ada yang bermukim di daerah Balkha. Ada sebuah keluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri dengan beberapa anak wanita mereka. Keadaan keluarga tersebut serba kekurangan.

Ketika suaminya meninggal dunia, isteri beserta anak-anak wanitanya meninggalkan kampung halamannya pergi ke Samarkand untuk menghindari ejekan orang di sekitarnya. Kejadian tersebut berlaku pada musim dingin. Saat mereka telah memasuki kota, si ibu mengajak anak-anaknya singgah di masjid, sementara dirinya pergi untuk mencari sesuap nasi.

Di tengah perjalanan si ibu berjumpa dengan dua kelompok orang, yang satu dipimpin oleh seorang Muslim yang merupakan tokoh di kampung itu sendiri, sedang kelompok satunya lagi dipimpin oleh seorang Majusi, pemimpin kampung itu. Si ibu tersebut lalu menghampiri tokoh tersebut dan menjelaskan mengenai dirinya serta berkata, "Aku mohon agar tuan berkenan memberiku makanan untuk keperluan malam ini!" "Tunjukkan bukti-bukti bahawa dirimu benar-benar bangsa Alawiyah," kata tokoh orang Muslim di kampung itu. "Di kampung tidak ada orang yang mengenaliku," kata ibu tersebut.

Sang tokoh itu pun akhirnya tidak menghiraukannya. Seterusnya dia hendak memohon kepada si Majusi, pemimpin kampung tersebut. Setelah menjelaskan tentang dirinya dengan tokoh kampung, lelaki Majusi lalu memerintahkan kepada salah seorang anggota keluarganya untuk datang ke masjid bersama si ibu itu, akhirnya dibawalah seluruh keluarga janda tersebut untuk tinggal di rumah Majusi yang memberinya pula pelbagai perhiasan serba indah.

Sementara tokoh masyarakat yang beragama Islam itu bermimpi seakan-akan hari Kiamat telah tiba dan panji kebenaran berada di atas kepala Rasulullah SAW. Dia pun sempat menyaksikan sebuah istana tersusun dari zamrud berwarna hijau. Kepada Rasulullah SAW. dia lalu bertanya, "Wahai Rasululah! Milik siapa istana ini?" "Milik seorang Muslim yang mengesakan Allah," jawab baginda. "Wahai Rasulullah, aku pun seorang Muslim," jawabnya. "Cuba tunjukkan kepadaku bahawa dirimu benar-benar seorang Muslim yang mengesakan Allah," sabda Rasulullah SAW. kepadanya. Tokoh di kampung itu pun bingung atas pertanyaan baginda, dan kepadanya Rasulullah SAW. kemudian bersabda lagi, "Di saat wanita Alawiyah datang kepadamu, bukankah kamu berkata kepadanya, "Tunjukkan mengenai dirimu kepadaku!" Kerananya, demikian juga yang harus kamu lakukan, iaitu tunjukkan dahulu mengenai bukti diri sebagai seorang Muslim kepadaku!"

Sesaat kemudian lelaki muslim itu terjaga dari tidurnya dan air matanya pun jatuh berderai, lalu dia memukuli mukanya sendiri. Dia berkeliling kota untuk mencari wanita Alawiyah yang pernah memohon pertolongan kepadanya, hingga dia mengetahui di mana kini wanita tersebut berada.

Lelaki Muslim itu segera berangkat ke rumah orang Majusi yang telah menampung wanita Alawiyah beserta anak-anaknya. "Di mana wanita Alawiyah itu?' tanya lelaki Muslim kepada orang Majusi. "Ada padaku," jawab si Majusi. "Aku sekarang menghendakinya," ujar lelaki Muslim itu. "Tidak semudah itu," jawab lelaki Majusi. "Ambillah wang seribu dinar dariku dan kemudian serahkan mereka padaku," desak lelaki Muslim. "Aku tidak akan melepaskannya. Mereka telah tinggal di rumahku dan dari mereka aku telah mendapatkan berkatnya," jawab lelaki Majusi itu. "Tidak boleh, engkau harus menyerahkannya," ujar lelaki Muslim itu seolah-olah mengugut.

Maka, lelaki Majusi pun menegaskan kepada tokoh Muslim itu, "Akulah yang berhak menentukan apa yang kamu minta. Dan istana yang pernah kamu lihat dalam mimpi itu adalah diciptakan untukku! Adakah kamu mahu menunjukkan keislamanmu kepadaku? Demi Allah, aku dan seluruh keluargaku tidak akan tidur sebelum kami memeluk agama Islam di hadapan wanita Alawiyah itu, dan aku pun telah bermimpi sepertimana yang kamu mimpikan, serta Rasulullah SAW. sendiri telah pula bersabda kepadaku, "Adakah wanita Alawiyah beserta anaknya itu padamu?" "Ya, benar," jawabku. "Istana itu adalah milikmu dan seluruh keluargamu. Kamu dan semua keluargamu termasuk penduduk syurga, kerana Allah sejak zaman azali dahulu telah menciptakanmu sebagai orang Mukmin," sabda baginda kembali.

July 16, 2009

Sejarah Hidup Nabi Muhammad.....

"Kamulah ummat terbaik yg melahirkn utk tampil ditengah2 ummat manusia, dgn menyuruh kpd yg ma'ruf n mencegah yg munkar n beriman kpd ALLAH.." (Ali Imran: 110)

Lahir ~ pg Isn 9 Rabi'ul Awwal = 20 Apr 571M
~ Ibu : Aminah
~ Ayah : Abdullah
~ Thn kelahiran : Tahun Gajah
~ Peristiwa : Pasukn Abrahah menaiki gajah serg Mekah tuk runtuhkn kaabah

7 hari beliau dikhitan

1-4 thn disusu Halimah bt Abu Dzuaib (Halimatus Sa'diyah)

4 or 5 thn peristiwa pembelahan dada

6-8 thn sering diajk datuknya Abdul Mutalib hadiri aktiviti politik n sosial

datuknya meninggal dunia

8 thn ~ ikut bapa saudara, Abu Talib ke Syria berniaga
~ bertemu pendeta Buhaira

15 thn perang Fijar (kaum Quraisy n Kinanah VS kabilah selainnya)

20 thn peristiwa perdamaian 'Hilful Fudlul' (perjanjian tuk membela org2 yg dizalimi)

20-25 thn mengembala kambing n berdagang

25 thn bawa dagangan Khadijah ke Yaman/Syria

2bln later menikah dgn Khadijah yg berumur 40 thn

25-35 thn peristiwa perletakn Hajar Aswad

37 thn bnyk melakukn khalwat di Gua Hira' hingga 40 thn

40 thn ~ wahyu pertama oleh Jibril (5 ayat Al-'Alaq)
~ diangkat menjd Nabi oleh Allah S.W.T
~ turun surah Al-Muddatsir, ayat 1-5
~ dakwah secara sulit

43 thn dakwah terang-terangan

47 thn 3 thn Bani Hashim n Bani Abd Mutalib menderita diboikot kaum musyrikin Mekah

50 thn ~ thn kesedihan : Khadijah n Abu Talib meninggal dunia
~ Rejab : diisra'kn dr Msjdil Haram ke Masjidil Aqsa n dimi'rajkn ke Sidratul Muntaha
~ Syawal : -menikah dgn Saudah bt Zam'ah
-menikah dgn Aisyah ra (6 thn)
-ke Thaif

51 thn musim haji : As'ad b Zurarah, 'Auf b Al Haris, Rafi' b Malik b 'Ajlan, Quthbah b 'Amir,
'Uqbah b 'Amir b Naabi, Jabir b Abdullah b Riab masuk Islam n sebarkn di Yathrib

52 thn Baitul Aqabah pertama

53 thn ~musim haji : bertemu 73 muslimin n 2 muslimah (Nusaibah bt Ka'ab = Ummu Imarah,
Asmaa bt Amr = Ummu Mani' )
~ Baitul Aqabah kedua

~ membangunkn masjid, mempersaudarakn kaum mislimin,

~ Piagam Madinah

~ Safar 1H : ikat perjanjian dgn Bani Damrah

54 thn ~ Sya'ban : mndpt perinth berperang (Al Baqarah,190-193) , perintah menghadap solat
~ Ramadhan : perang Badar
~ Syawal : kepung Bani Qainuqa' yg melanggar perjanjian
~ Zulhijjah : perang Sawiq, mengejar Abu Sufyan
~ Muharram : menumpaskn Bani Tsa'labah n Muharib

55 thn Syawal : perang Uhud

56 thn ~ 'Tragedi Sumur Al-Maunah' - 70 shbt penghafal Al Quran syahid
~ Perang Badar kedua

57 thn Perang Ahzab = perang Khandak

58 thn ~ kepung Bani Mushtaliq yg memfitnah kaum muslimin
~ peristiwa 'Hadithul Ifki' -fitnah ttg Aisyah ra

~ Bai'atur Ridhwan (peristiwa khabar angin Usman dibunuh)

~ Shulhu Hudaibiyah (perjanjian menguntungkn kaum muslimin)

~ Muharam 7 H : -menikah dgn Safiyah bt Huyay

~ Zainab bt Harith cuba bunuh Rasulullah(racun kambing bkr)

59 thn ~ menikah dgn Maimunah bt Harits Al-Amiriyah
~ kirim ekspidisi memberi pljrn kpd kaum Badwi yg sering mmbuat kekacauan
1. Ibnu Abil 'Auja - ke Bani Sulaim
2. Ghalib b Abdullah - ke Fadak
3. Ka'ab b Umair Al-Anshari - ke Bani Qudla'ah
4. Syuja' b Wahb Al-Asdi - ke Hawazin

60 thn ~ peperangn dgn tentera Romawi yg dipimpin Herculis
~ Jamadil Akhir : ekspedisi 'Dzatu Salasil'
~ Ramadhan : bebaskn kota Mekah tanpa pertumphn drh
~ Syawal : perang dgn Kabilah Hawazin, Tsaqif, Nashr, Jusyam
~ berihram dr Ja'ranah tuk melakukn umrah

61 thn ~ perang tentera Romawi : - Abu Bakar infak seluruh harta
- Umar infak separuh hartanya
- Usman serah 900 unta, 100 kuda dan wang
~ perang terakhir pimpinan Rasulullah
~ turun surah At Taubah

62 thn ~ Zulhijjah : sampaikn khutbah terakhir, turun ayat 3, Al-Maidah
~ Safar : 1. Isnin, 29 Safar 11 H - berlanjutn sakit, pengsan beberapa kali,
11 hari imamkn solat
2. Isnin, 12 Rabi'ul Awal 11 H - Rasulullah pulang ke Rahmatullah pd
63 thn 4 hari..cry

July 4, 2009

Tanya Diri Sendiri...

1. Ketika kita sembahyang, lahirnya kita berdiri, rukuk dan sujud dengan mulut terkumat-kamit memuji dan berdoa kpd Allah, tetapi sebenarnya di manakah hati kita (ingatan dan fikiran)? Adakah ia juga mengadap Allah, khusyuk dan tawadhuk serta merasa rendah dan hina diri dengan penuh pengabdian dan harapan serta malu dan takut kepada Allah swt? Atau adakah hati kita terbang menerawang ke merata-rata tempat dengan membelakangkan Allah Yang Maha Agung yangg sedang disembah? Begitu juga ketika kita membaca Al-Quran, berselawat, berzikir, dan sebagainya lagi... adakah roh kita turut menghayatinya?

2. Pernahkah kita merasa indah bila bersendirian di tempat sunyi kerana mengingati Allah dan menumpukan sepenuh perhatian kepadaNya, merasa rendah dan hina diri, menyesali dosa dan kelalaian, mengingatiNya sambil berazam untuk memperbanyakkan amal bakti kepadaNya?

3. Kalau ada orang Islam yang ditimpa bencana dan berada dalam penderitaan, adakah hati kita merasa belas kasihan untuk membantu atau mendoakan dari jauh agar mereka mendapat pertolongan dari Allah?

4. Pernahkah kita menghitung dosa kita, lahir dan batin? Bila teringatkan dosa-dosa kita, adakah mudah untuk kita menangis menyesali diri sambil memohon keampunan Allah dan bertaubat kepadaNya?

5. Adakah kita sentiasa mengingati pada mati yang akan datang beberapa saat saja lagi? Sebab Tuhan memang boleh buat begitu. Jadi ketika umur masih ada ini, adakah kita berusaha mencari jalan untuk mendekatkan diri kita kepadaNya?

6. Pernahkah kita hitung berapa banyak harta kita, duit kita, rumah kita, kereta kita, motosikal kita, perabot kita, pinggan mangkuk kita, periuk belanga kita, kain baju kita, kasut kita, makanan kita, dan lain-lain kepunyaan kita yang melebihi dari keperluan kita sendiri (yang halal)? Kerana yang mana berlebihan itu akan dibicara, dihisab, ditanya, dicerca, dan dihina oleh Allah di padang Mahsyar nanti kerana membesarkan dunia dan memperkecilkan akhirat?

7. Pernahkah kita kenangkan orang-orang yang pernah kita kasari, umpat, tipu, fitnah, hina, kutuk, dan aniaya sama ada suami, isteri, ibu bapa, saudara mara, sahabat handai, jiran dan sesiapa saja, supaya kita meminta maaf dan membersihkan dosa dengan manusia di dunia ini lagi tanpa menunggu hari yg dahsyat? Senangkah kita untuk memaafkan kesilapan orang lain dan adakah kita mudah untuk terus meminta maaf bila bersalah?

8. Apabila kita sakit kerana ditimpakan oleh Allah, dapatkah kita tenangkan hati kita dengan rasa kesabaran dan kesedaran bahawa sakit adalah kifarah dosa (pengampunan dosa) atau sebagai darjat dan pangkat di sisi Allah swt?

9. Ketika menerima takdir yang kita rasakan tidak sesuai dengan kehendak kita, dapatkah kita rasa redha bahawa ia adalah satu pemberian daripada Allah yang patut untuk kita?

10. Di waktu mendapat nikmat, terasakah di hati bahawa ia adalah pemberian daripada Allah, lalu timbul rasa terima kasih kepada Allah dan rasa takut kalau-kalau ia tidak dapat digunakan di jalan Allah dan berazam untuk menggunakan nikmat itu demi Allah jua?

11. Kalau ada orang yang mengata atau mencerca kita di belakang kita, dapatkah hati kita merasa tenang lalu kita diamkan sahaja (tanpa rasa sakit dan susah hati serta dendam) bahkan kita memaafkan orang itu sambil mendoakan kebaikan untuknya sebab merasakan ia telah memberikan pahala kepada kita melalui cercaannya itu?

12. Begitu juga kalau orang menipu, menganiaya dan mencuri harta kita, mampukah kita relakan saja atas dasar kita mendapat pahala menanggung kerugian itu?

13. Kalau orang lain mendapat kesenangan dan kejayaan, dapatkah kita merasa gembira dan turut bersyukur serta mengharapkan kekalnya nikmat itu bersamanya tanpa ada rasa dengki dan sakit hati dengan kejayaan org itu?

14. Sanggupkah kita bertolak ansur dengan orang lain di waktu orang itu memerlukan sesuatu yang kita juga perlukan?

15. Adakah kita merasa puas dan cukup dengan apa yang ada tanpa mengharapkan apa yang tidak ada?

Susah agaknya untuk kita menjawab soalan-soalan di atas dengan jawapan-jawapan yang sepatutnya kerana sememangnya susah seorang buat insan biasa seperti kita untuk benar-benar menyempurnakan amalan batin. Walau bagaimanapun kita seharusnya menyimpan niat di hati kita dan seterusnya bersungguh-sungguh bermujahadah untuk menyuburkan amalan-amalan batin kita kerana amalan batin adalah lebih penting dari amalan lahir.

Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud:

"Allah tidak memandang akan rupa dan harta kamu, tetapi Dia memandang hati dan amalan kamu."
(Hadith Riwayat Muslim)

Firman Allah pula yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada kaum itu, sehinggalah mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka (hati mereka)."
(Surah Ar-Raad: ayat 11)

Marilah kita cuba tekunkan diri untuk membersihkan dosa lahir dan batin kita. Mari kita bermujahadah untuk itu. Mudah-mudahan Allah menolong dan meredhai kita.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan mereka yang bermujahadah kepada jalan Kami, nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami itu. Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang berbuat baik."
(Surah Al-Ankabut: ayat 69)

July 2, 2009

Menahan Lapar Kerana Tetamu

Seorang telah datang menemui Rasulullah S.A.W dan telah menceritakan kepada baginda tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu baginda tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri baginda mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda kemudian bertanya kepada para sahabat, "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai

tetamunya pada malam ini bagi pihak aku ?"
Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah S.A.W, saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah S.A.W. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita."
Lau isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya."
Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan."

June 29, 2009

Kisah solat para sahabat

Kisah 1:
Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat.
Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit....

Kisah 2:
Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a.
Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju.
Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi.
Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua.
Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.
Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya.
Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.

Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita.
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya."
(Surah Al-Ma'un)
Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain

June 28, 2009

Rahsia Solat...

Kita sembahyang lima waktu sehari semalam tahukah kita setiap perbuatan yang kita lakukan semasa sembahyang sebenarnya ada rahsia disebaliknya.
Niat Sembahyang:- Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat
Berdiri Betul :- Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur
Takbiratul Ihram :- Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur
Fatihah :- Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur.
Rukuk :- Sebagai tikar kita didalam kubur....

Iktidal :- Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsarketika didalam kubur
Sujud :- Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotul mustaqim
Duduk Antara Dua Sujud :- Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.
Duduk Antara Dua Sujud ( akhir ):- Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar
Tahiyat Akhir :- Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir didalam kubur.
Selawat Nabi :- Sebagai pendinding api neraka didalam kubur
Salam :- Memelihara kita didalam kubur
Tertib :- Akan pertemuan kita dengan Allah Maka peliharalah solat

June 26, 2009

Ganjaran Air Sungai???

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

besar betul ganjaran berselawat ni kan?erm...utk mengetahui kelebihan berselawat...sila baca post sblm ni...hehehhe

June 23, 2009

Kelebihan Berselawat...

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata :

"Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat

June 16, 2009

Pentingnya Sifat Jujur...

Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi.
Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?"

Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham."
"Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus lagi.
"Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham."
Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, "Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi.

"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar.
Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri."
Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan.

Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga." (Diriwayat lima imam kecuali imam Nasa'i)

moga dapat di praktikkan dalam diri....

Secawan Kopi...

Seorang pensyarah di Kolej Safir yang bernama Dr. Izwan kelihatan sudah bersedia memulakan kelas falsafah beliau. Suasana di dewan kuliah sunyi sepi dan para pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan daripada Dr. Izwan. Kelihatan di atas meja Dr. Izwan terdapat sebuah balang kaca yang besar dan secawan air kopi yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata apa-apa, Dr. Izwan meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh.
Kemudian, Dr. Izwan bertanya....

"Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". Para pelajarnya menjawab, "Ya, balang kaca itu sudah penuh". Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut. Dr. Izwan bertanya lagi,"Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". "Ya", jawab para pelajarnya.
Kemudian, Dr. Izwan mengisi pula balang tersebut dengan pasir pula. Dengan mudah pasir-pasir tersebut mengisi ruang-ruang yang masih ada di dalam balang kaca tersebut. Dr. Izwan tanpa segan silu bertanya lagi, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". "Ya", jawab para pelajarnya yang nampaknya agak keliru dan terasa seperti diperbodohkan. Kemudian, dengan yakin Dr. Izwan mengisi balang kaca tersebut dengan air kopinya. Kedengaran suara seperti orang ketawa kecil.
Suasana di dalam dewan kuliah mula hingar-bingar seketika. Dr. Izwan sambil tersenyum sinis bertanya,"Adakah balang kaca ini sudah penuh?. Para pelajarnya menjawab, "Ya, sudah penuh". Seorang pelajar Dr. Izwan mengangkat tangan sambil bangun dan bertanya,"Kenapakah Dr. Izwan berbuat demikian?".
"Baiklah saya akan terangkan sebabnya. Balang kaca ini melambangkan kehidupan kita semua. Bola golf itu pula melambang perkara-perkara yang paling penting yang perlu diisi ke dalam kehidupan kamu seperti agama kamu, amal ibadah, pelajaran, ibubapa, keluarga dan sekiranya tiada perkara lain pun kehidupan kamu tetap juga penuh. Manik-manik kecil itu pula umpama perkara-perkara keperluan kamu seperti rumah, kereta, pangkat dan sebagainya. Begitu juga pasir tersebut melambangkan perkara-perkara kecil yang lain dalam kehidupan kamu", jawab Dr. Izwan dengan yakin dan gayanya yang tersendiri.
"Cuba kamu bayangkan jika balang kaca tersebut diisi bermula dengan pasir, sudah tentu ruang untuk bola golf dan manik amat terbatas. Begitulah juga kehidupan, jika kita hanya menghabiskan tenaga dan masa hanya kepada perkara kecil dan remeh pasti dan pasti kita tiada lagi ruang masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang penting dan bermanfaat", Dr. Izwan menyambung.
Tiba-tiba seorang pelajarnya bertanya, "Habis, air kopi tu melambang apa pula?". Sambil tersenyum Dr. Izwan menjawab, "Walau sesibuk mana pun kamu semua, ketahuilah bahawa kamu masih lagi punya waktu untuk minum secawan kopi bersama ibubapamu. Jika kamu berasa kehidupan ini terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sehingga anda merasakan masa selama 24 jam itu tidak cukup sebenarnya anda silap! Berfikirlah dengan akal berpandukan Iman di dalam hati dan tentukan yang mana satukah prioriti...

Unta Jadi Hakim...

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"
Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."
Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."
Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda,
"Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."
Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.

June 9, 2009

think it by urself.....


terkadang aku pelik tgk perangai sesetengah orang ni...ye la,mmg x dinafikan rambut sama hitam hati lain2...tp x pernah ke terlintas kt kepala otak diorang bila mana ingin bersuara perlu berfikir terlebih dahulu..diorang tak tahu ke dengan kata2 itu boleh menyakitkan hati org gk???

let see kesan kata2 kita pada org lain selepas kita habis cakap...klu dia berubah angin(marah,bermakna kata2 kita td mmg dah sakitkan hati dia...even kita bercakap tu dengan niat ingin bergurau...tp perlu diingat batasan gurau...adakah bergurau dengan cara itu yg dibenarkan islam??bcz not all what we're thinking about sama dengan aper yg mukhotob kita faham....

one more things...kenapa org suka amik kesempatan kt kita bila kita baik2(hormat)ngan dia???
korang mesti pernah lalui semua ni,dulu sblm kenal(kenal gitu2 jer),rasanya cakap tu boleh dikatakan pijak semut pn semut tu tak mati..but now,bukan setakat pijak semut je,bahkan pijak kita pun kita boleh mati(bukan hakiki tp maknawi)...adakah dia dah mula rasa diri dia seperti seorang yg cukup sempurna?nk rendah diri pun dah susah...adus...

why this all could be happen???jawapannya tepuk dada tanya diri sendiri....

aku nk ceritakan pasal perangai aku pulak,if someone buat aku sakit hati,all what he done,mulalah aku rasa meluat..macam2 aku fikir...ikhlas ke x kerja yg dia buat,bagi aku sumer tu seakan"poyo"...
bila dia tegur aku depan2 atau melalui YM,klu boleh aku nk buat pekak je....like i'm not hear anything..risau gk,karang x pasal2 jadi pekak betul...huhuhu....
but don't worry,walaupun aku mudah terasa hati but at the same time,aku ni jenis mudah gk le maafkan org....x der ler sampai x bertegur sapa 3 hari berturut2...maybe bcz of sifat pemaaf aku ni org suka amik kesempatan kt aku gk kot...ye ke??

mesti korang fikir aku tengah "tension" ngan someone kan??jawapannya>>mungkin ye n mungkin tidak(korang pilih ler sendiri)...ikut aper yg korang faham...

sekadar ingin menasihati diri sendiri n org lain,bila dihormati jgn lah kita rasa diri kita dh cukup perfect...bila org hormat ngan kita,kita mesti balas ngan hormat gk...jgn rasa bangga n takabbur dengan aper kita miliki....

ok...that's all for posting kali ni...

June 7, 2009

10 jenis solat yg tidak diterima Allah...

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

June 3, 2009

Moga Cepat Sembuh...

(NUR AFIQAH BALQIS)



(NOOR HAZIQ HUSAINI)



baru sebentar td aku dpt berita...anak buah aku (NOOR HAZIQ HUSAINI) yg baru lahir pada 28 may 2009 kena masuk hospital disebabkan kena penyakit kuning..ya allah...sembuhkanlah penyakit yg dihidapi olehnya skrg...
sebelum ni aku ada dapat berita gk...anak buah aku(pompuan)..balqis namanya...masa kt spital duk main lari2 alih2 terbaring...risau la ibu dia...bawak pi jumpa doktor terus la...n doktor sahkan yg dia kena asma...adus...mcm2 hal la...mintak2 la doktor tu salah check...ye la...budak tu tgh letih sangat n masa tu gk dia check...mcm2 la doktor tu boleh cakap(bukan bidang aku,so aku pun nk bersuara gk)...huhuh....tp klu betul la apa yg doktor tu cakap...aku doakan...

semoga anak2 buah ku ini cepat sembuh,ceria sokmo n selamat didunia&akhirat...

minta para sahabat tolong doakan agar mereka cepat sembuh....

"وإذا مرضت فهو يشفين"

June 2, 2009

Imtihan Syafawi....(ta'yin)

alhamdulillah..exam bertulis dah habis...sekarang kena beri tumpuan pada oral exam plk...bagi student tahun 4..oral dia berbeza sikit...madah yg sama...cuma perlu buat sedikit kajian...soalan yg akan ditanya pun kami dah dapat...doktor suruh kami kaji soalan yg diberikan n seterusnya syarahkan kajian kami didepan mereka...moga2 lidah ini akan fasih n lancar berbicara depan doktor nnti(amin ya rab)...

cuma satu je yg memeningkan aku...madah balaghah n merupakan salah satu dari madah oral...aku x faham langsung apa yg dia nk....dah le exam bertulis ari tu pun aku x leh jawab....sedihnya....

madah quran....adus...byk sangat maksiat yg dibuat so senang la lupa...
madah nahu...perlukan kepada kefahaman yg mendalam....walaupun soalan oral bagi madah ni sikit...tp pening gk nk fahamkan....

10/6/2009- bermulanya exam ta'yin kami pelajar tahun 4 lughah arabiah...

moga doa ibubapa,para sahabat n para guru sentiasa mengiringiku....amin ya rabbal a'lamin...

May 28, 2009

nampak malaysia je ni....


x sabar rasanya nk balik malaysia...org malaysia dh lama tunggu..hihih....
otak ni duk pikir malaysia je ni,lusa dah ler exam balaghah..the killer one...mampuih la aku...nota pun tak habis buat lagi...bila nk wat je terpikir malaysia...adus...
agak2 cam ner la malaysia skrg erk?dah bertukar jadi UK ker?hahaha...buat teruk...padahal baru tahun lepas balik cuti..tahun ni nk balik plk..tp kali ni balik habis insya'allah....doa2 kan aku yer kawan2..
sayang rasanya nk tinggalkan mesir ni...tp perjuangan perlu diteruskan...pernah aku bagitahu rasanya sblm ni...2 perkara yg boleh buatkan aku menangis...
first: kematian...second:perpisahan....
takut rasanya nk tunggu saat tu...berpisah ngan kawan2....adus...syahdu nya...hahah
balik nnti aku nk pakai cermin mata hitam ler...leh cover...ahhaha

dah2....aku nk stop dah...aku nk focus study plk sat....madah balaghah ni...pening dah aku nk baca n wat nota...doa kuharapakan....

usaha+doa+tawakkal=kejayaan....insya'allah...

May 21, 2009

meniti perubahan....



Peliknya aku tahun ni..Apsal malas sgt?Nk wt keje apa pn x leh,ada je alasan aku,x de mood le,mood x ok le..Padahal ok je,malas je lebih..Nk menghafaz pn rasa malas,cita2 tinggi menggunung bukan main..Aduh..Klu dlu x senang duduk tgk org study,terus masuk bilik nk study gk,tp skrg..Pergh..Perubahan besar beb..

Nota nahu ada kt dpn aku skrg tp dr td muka surat x beralih..Tp ada alasan gk,x beralih cz tumpu utk tulis posting kali ni..Huhu..Alasan di mana2..
Sama telah la ngn quran..Yg selama ni dh hafaz n ingat habis sume lupe..Padahal tahu je dosanya apa dia..Aduyai..Bila nk mengulang ingat ada je dugaan yg kunjung tiba..aku ni insaf ke x ni?Confuse2..
Mintak doa para sahabat bkn main,tp usaha aku ntah ke mana..X dapek den nk nolong jang oi...

Ya allah,kuatkanlah semangatku utk study..Dh tahun akhir ni,aku x mau terkandas..
Ya allah,kuatkanlah daya ingatanku agar mudah utk aku mengingati apa yg aku dh hafaz n ingat..
Ya allah,jauhkanlah aku dr segala kejahatan n segala maksiat..Sedangkan aku tahu cahayamu bukanlah bg org yg melakukan maksiat..
Ya allah,tabahkanlah hatiku utk menghadapi segala mehnah n fatamorgana hidup ini..
Ya allah,kurniakanlah kecemerlangan kepadaku n tidak dilupakan kepada sahabat2 ku..Jauhkanlah kami dr segala kesedihan..
Ya allah,engkaulah cinta agungku,jgn lah cinta ku ini tidak di balas..
Ya allah,panjangkanlah umur ibu ayahku,biarlah aku sempat berbakti kepada mereka..Sihatkanlah tubuh badan mereka n jauhkanlah mereka dr segala penyakit..
Ya allah,jauhkanlah diriku serta keluargaku dr panas api nerakamu...Kepada engkaulah tempat kami meminta n kepada engkaulah tempat kami kembali..amin ya rabbal alamin....

May 15, 2009

cuba le korang faham kan erk...



Utk post kali ni aku nk citer kt korang ttg satu madah bg kuliah bahasa arab iaitu madah fiqh lughah..
Erm,org kata klu x kenal maka x cinta,jadi jom kita tgk dulu apa yg dimaksudkn dgn fiqh lughah..

Pertamanya: FIQH dr segi bahasa dlm kamus arab..Bg sesiapa yg merujuk kpd mana2 kamus bahasa bg mencari makna fiqh,maka dia akan mendapati makna fiqh secara umumnya bermaksud 'faham'..

Jom kita teliti apa yg para ulamak lughah maksudkn bg perkataan fiqh..
Al alamah Abu Abdul Rahman Al Kholil berkata fiqh bermaksud 'satu ilmu dlm agama'..
Berkata pula Al Alamah Ibn Saidah makna fiqh adalah 'mengetahui sesuatu lalu memahaminya'..
Pemilik kamus lisanul arab(Ibn Manzur)pula berkata perkataan fiqh pada asalnya adalah 'faham'..
Maka dgn ini,para ulamak lughah telah bersepakat bahawa makna fiqh adalah 'faham n tahu'..

Perkataan seterusnya: LUGHAH..Apa yg dimaksudkn dgn lughah ni ye?
Kata Al Alamah Abu Abdul Rahman Al Kholil: makna lughah adalah berbezanya percakapan ataupn kata2 pada makna yg satu..Ia dipecahkan dr perkataan lagho,yalghu lagwan bermaksud percampuran kata2 yg batil..

Kata imam Al Azhari pula: lughah bermaksud percampuran kata2..
Kata imam Al Kasa'ie pulak: lughah bermaksud lisan..
Skrg boleh le kita wt kesimpulan bg makna lughah ni..Maknanya adalah berkisarkan ttg 'sebutan dan percakapan' dan ia tidak berlaku kecuali drpd manusia(binatang mana leh ckp daaa)..

Sebelum kita masuk kepada tajuk yg seterusnya,apa kata kita tgk dulu apa yg ulamak lughah(otai)takrifkn bg perkataan lughah ni..
Abu AlFath Uthman Bin Jinni atau lebih dikenali dgn Ibn Jinni berkata: lughah adalah suara2 yg disampaikan oleh setiap kaum dgn tujuan2 mereka yg tersendiri..

Apa pula kata ulamak skrg?
Mereka mentakrifkn bhwa lughah adalah peraturan drpd rumuz2 yg disebut ttgnya kerjasama antara anggota2 kumpulan kemasyarakatan yg tertentu..

Ok2,aku tahu korang mesti pening nk fahamkn,jd apa kata korang tambahkan kepeningan korang dgn perbahasan yg seterusnya(hahah)..Td kita bincang ttg makna fiqh kemudian lughah,skrg jom kita tgk apa pula yg dimaksudkn dgn fiqh lughah(td fiqh shj kemudian lughah)skrg dua2 perkataan sekali plak..

Makna FIQH LUGHAH kebanyakkannya terikat dgn maknawi n akal iaitu bersangkut paut dgn kefahaman n kecergasan otak kita sendiri..

Kata ulamak arab: fiqh lughah adalah satu ilmu yg cuba menyingkap segala rahsia bahasa,n yg terikat dgn peraturan2 yg dihukumkn bgnya,serta mengetahui sebab2 perkembangannya n mempelajari kezahiran bahasa yg berbeza2 dgn mempelajarinya secara melihat kepada sejarahnya..

Haha,peningkan lg kepala korang..

Skrg kita nk tahu apa yg dibincangkan dlm fiqh lughah..
Ada 3 perkara yg dibincangkan..
Yg pertama: perbahasan mengenai falsafah bahasa n kemunculanya serta perkembangannya..
Yg kedua: perbahasan mengenai zohir2 umum bg bahasa..
Yg terakhir: perbahasan mengenai kezohiran yg bersambung dgn lafaz2 n makna2 contohnya taraduf,isytirak n mcm2 lg..

Ok la,letih dh aku nk syarah(huhu)..Cuba korang fahamkan yg ni dulu,klu x faham boleh tanya,klu dh faham nti kita sambung perbincangan lain..
Doakan aku cemerlang utk exam tahun akhir ni..Amin ya rab..

May 14, 2009

Salam Kemaafan....



Assalamualaikum sahabat sekalian,harap2 korang sihat sokmo,sempena imtihan yg akan menjelang tiba ni,aku nk mintak maaf kt korang kalau2 aku ada buat salah sama ada secara sengaja ataupun sebaliknya..Harap 0-0 la ye..Doakan aku n para sahabat yg lain najah bit taufiq dlm imtihan tahun ni..Doakan aku n sahabat2 dipermudahkn dlm segala urusan..Imtihan aku(tahun 4)mula hari sabtu ni(16hb5)..Jadi doa para shbt amatlah diharapkn..Aku doakan korang najah bit taufiq selalu..

Nasihat aku,walaupun kita dlm fatrah imtihan,janganlah kita duk ber'uzlah' sgt sampai kwn2 serumah pn x bertegur sapa,biarlah kita berjaya bersama(amin ya rab)..klu ada tips2 utk mudah hafal or ingat bagitahu la kawan2...seperkara lagi,pemakanan selama fatrah imtihan ni mestilah dijaga selalu,jgn makan makanan yg masam n yg terlalu menggunakan perencah contohnya MAGGI@INDOMEE,KEROPOK..Rajin2 le masak nasi..bykkn minum air masak,kurangkn makan daging n bykkn makan ikan..
Akhir sekali minta jauh dr segala penyakit(amin ya rab)..

yg paling penting,solat jangan tinggal...selalu baca quran(jangan time exam je baru nk wat sumer ni)
Ingatlah,doa tanpa usaha natijahnya kosong,usaha tanpa doa juga natijahnya kosong,doa mestilah seiring dgn usaha n tawakkal maka natijahnya insya'allah akan beroleh kejayaan(tp kena ingat ianya juga adalah dgn redha allah)...

اللهم اجعلنا من الناجحين و المتفوقين في الإمتحان في الدين في الدنيا و الآخرة..اللهم آمين

Kepada ibu ayah serta keluarga sanak dan saudara,doa antum ku dambakan jua..Maafkan segala salah silapku n halalkn makan minumku..

Kepada ADIK,buat yg terbaik utk imtihan tahun ni,ingat kata2 ana,sekurang2nya JAYYID..Tahun pertama kena dptkn semangat,ana yakin adik boleh buat yg terbaik..Pesanan>>jangan malas2 n jgn byk mengeluh..JADIKAN KAMUS SEBAGAI KAWAN(jgn jwb kamus x mau jd kwn enta plak)..Sekian,أحبك في الله

May 8, 2009

Tanam "pokok bunga" baru..

semalam aku "berbual" ngan seseorang yg dulunya tidaklah terlalu asing bagi aku,tp sekarang tidak lg(maksudnya dah asing la..huhuu)...kerana apa??ha,itu yg kita nk tahu...kerana "bunga yg ku puja kini mekar harum di jambangan orang"..hahah...ruangan jiwang...

perkara apa yg aku "bincangkan" semalam?aku rasa korang tak yah tahu kot pasal apa..biar lah ianya menjadi rahsia antara kami...

cuma sepanjang "perbincangan n perbualan" kami semalam,sahabat aku tu ada tinggalkan pesanan ringkas(bukan SMS)...dia suh aku tanam "pokok bunga" baru...mungkin ada antara korang yg faham n mungkin ada gk yg tak faham...yg faham biar lah dengan apa yg difahamkan...dan bagi yg x faham...aku syorkan korang tak yah susah2 nk fahamkan benda yg korang x faham ni..wakakaka..sbb ia cukup tidak penting bagi korang....

ok ler...aku nk pi cari "benih pokok bunga" dlu....lepas tu baru boleh tanam,btl x??heheheh....

May 6, 2009

Hargailah teman,sahabat,kawan anda...

Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina

Semoga kitakan dirahmati
Oh teman....



p/s:kita bersahabat utk selamanya bukan utk seketika...jgn diungkit apa yg kita buat(perkara baik)pada mereka,tp pikir,ingat dan kenangkan kembali perkara baik apa yg sahabat,teman,kawan kita buat n korbankan utk kita selama ni,bergurau boleh,tp pikir dulu sblm tu...itulah yg dinamakan SAHABAT sejati....

May 4, 2009

Melihat Ketika Dia Tidur....

Pernahkah anda menatap orang-orang
yang anda sayang saat mereka sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur
dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung
begitu cantik dan gemerlap pun
akan tampak polos dan jauh
berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun
jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda
saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua
dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita,
anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan
pendidikan kita lancar.



Sekarang, beralihlah. ...
Lihatlah ibu anda....
Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai-
belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang
mencabar demi kita.
Orang inilah yang tiap hari
menguruskan keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata-
mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita
salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang
yang kita cintai..sayangi itu...
Ayah, Ibu, Suami,
Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat,
Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
Rasakanlah energi cinta yang mengalir
perlahan-lahan
saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa
banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk
kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah
faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar
pengorbanan itu akan tampak lagi
melalui wajah-wajah jujur mereka
saat sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan
serta memenatkan mereka
namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun
membantu untuk mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia
berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini".
Dan penyebab lelah dan penat itu?
Untuk siapa dia berpenat lelah
Tak lain adalah
KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras
mengurus dan mendidik anak, juga rumah.
Kakak, adik, anak, dan sahabat yang
telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan
pahit yang pernah terjadi dengan
menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan
rasa terharu seketika menerpa jika
mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang
terkasih itu"
tak lagi membuka matanya,
untuk selamanya ... "

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."Ini
jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan
kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya
Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap
kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut
menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal
a'lamin.."


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

May 3, 2009

still there're tears in my eyes...

I ran into a stranger as he passed by,
"Oh, excuse me, please," was my reply.

He said,
"Please excuse me too; I wasn't watching for you."

We were very polite, this stranger and I.
We went on our way and we said goodbye.

But at home a different story is told.
How we treat our loved ones, young and old.

Later that day, cooking the evening meal,
my son stood beside me very still.

When I turned, I nearly knocked him down.
"Move out of the way," I said with a frown.



He walked away, his little heart broken.
I didn't realize how harshly I'd spoken.

While I lay awake in bed, God's still small voice came to me and said,
"While dealing with a stranger, common courtesy you use, but the family you love, you seem to abuse. Go and look on the kitchen floor, you'll find some flowers there by the door. Those are the flowers he brought for you. He picked them himself: pink, yellow and blue. He stood very quietly not to spoil the surprise, you never saw the tears that filled his little eyes."

By this time, I felt very small and now my tears began to fall.

I quietly went and knelt by his bed;
"Wake up, little one, wake up," I said.
"Are these the flowers you picked for me?"

He smiled,
"I found 'em, out by the tree.
I picked 'em because they're pretty like you.
I knew you'd like 'em, especially the blue."

I said,
"Son, I'm very sorry for the way I acted today;
I shouldn't have yelled at you that way."

He said,
"Oh, Mom, that's okay. I love you anyway."

I said,
"Son, I love you too,
and I do like the flowers, especially the blue."

FAMILY
Are you aware that if we died tomorrow,
the company that we are working for could easily
replace us in a matter of days.
But the family we left behind will feel
the loss for the rest of their lives.



Do you know what the word FAMILY means?

"F"= FATHER
"A"= AND
"M"= MOTHER
"I"= I
"L"= LOVE
"Y"= YOU

April 17, 2009

Siapakah???


Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

April 15, 2009

To Realize...



To realize
The value of one hour:
Ask the lovers who are waiting to Meet.

To realize
The value of one minute:
Ask a person
Who has missed the train, bus or plane.

To realize
The value of one-second:
Ask a person
Who has survived an accident...

To realize
The value of one millisecond:
Ask the person who has won a silver medal in the Olympics

Time waits for no one.

Treasure every moment you have.
You will treasure it even more when

you can share it with someone special.

To realize the value of a friend:
Lose one....

April 14, 2009

TANYA PADA DIRI....


puas aku dimotivasikan tp bila difikirkan kembali...apa yg aku lakukan setelah dimotivasi?masuk telinga kanan keluar telinga kiri,begitu?
aku dimotivasi supaya aku boleh berjaya dalam segala aspek....tp adakah ianya hanya sebuah kejayaan semata2?...
aku tertunduk sambil memikirkan kembali....hampir 4 tahun keberadaan aku dibumi Mesir bumi para anbiya'..tp apa yg aku dapat?ilmu yg diperolehi tidaklah mencirikan yg aku ni salah seorang daripada graduate al-azhar tahun ni tp hanyalah sekadar NAMA al-azhar yg diagung2kan........ah,pening...bila pulang ke Malaysia,dah tentu aku akan berhadapan dengan masyarakat...ILMU apa yg aku nk salurkan kepada mereka yg sedang menanti?mampukah aku berhadapan dengan mereka yg sentiasa bersedia utk mengajukan pelbagai soalan?
aku INGIN berubah....tp sejauh mana keinginan itu?yg di inginkan sebuah PERUBAHAN tp apakah LANGKAH2 yg telah diatur bagi memulakannya?...aku pernah dipesan oleh seorang yg aku anggap seperti keluargaku "aizam,di Mesir nanti aizam akan jumpa mcm2 jenis org dan perangai...keputusan mutlak terletak pada aizam sendiri utk memilih...klu mahu jadi yg terbaik,aizam perlu membuat persedian dari sekarang"
bermula dari situ aku TEKAD utk persiapkan diri....nah!!adakah ini hasilnya setelah sekian lama bertekad?...makin pening aku memikirkan...bingung2...
ke mana sebenarnya hala tujuku di sini?mahukan perubahan tp dimanakah USAHA aku utk berubah?atau hanya sekadar mampu menutur tp tidak mampu melaksanakan?

cerita ttg usaha,imtihan semakin hampir..."aizam,quran dah habis HAFAL?"sahabatku bertanya..."erm,kitab2 kuliah dah habis BACA dh?"...aku hanya mampu berdiam diri setelah diajukan 2 soalan td tanda blm berbuat apa2..aku merasakan diri seolah2 hilang sebentar dari duniawi...di mana aku sebenarnya???

SEBENAR-BENAR CINTA....


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan
Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai
menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi
itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku,
kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan
bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan
sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak
orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah
singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh
minat menatap sahabatnya satu persatu.


Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun
menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali
menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang,saatnya sudah
tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat
kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas
menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari
mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti
akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah
Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring
lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang
menjadi alas tidurnya.


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya
masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup pintu.


Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku,
orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,"kata Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri,
tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit
dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.


"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah
dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para
malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti
kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah
lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar
ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman
kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah
berada di dalamnya," kata Jibril.


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.Perlahan ruh
Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,
urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau
melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada
Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah
direnggut ajal," kata Jibril.


Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak
tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua
siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai
dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar
seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" - "Peliharalah shalat dan
peliharalah orang-orang lemah di antaramu."


Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii,
ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia
yang memberi sinaran itu.


Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa
baarik wa salim 'alaihi... Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan
kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai
Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Karena
sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka


Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

April 2, 2009

Di Risik

hahah..aku di risik?ish2...takper2..satu2,nnti aku citerkan....
bermulah satu kisah...

ketika aku sedang asyik berchating..tetiba ada sorang akhwat tanyer aku..single lagi ke?tergelak aku....lantas aku membalas...ish,mana leh single...mestilah dah berpunya....hahah...dia tanyer,dengan saper?aku jawab terus..ha itu yg kita tak tahu..
tension beliau.....pada hal hakikatnya mmg masih single...(cewah...lepas ni makin ramai la nk melamar den)..hahahahha

korang jgn jeles lak...huhuuh....dah2,aku tengah bosan ni..so macam2 le aku nk merepek...sebenarnya tak der mende pun..saja nk wat citer...happy2....ok arr....letih la nk menaip skrg....tak tahu naper...lain kali la aku sambung aper2 yg patut....

February 3, 2009

pindah randah n masalah...

huhuh...ari ni genap ari ke 3 aku duk kt umah baru..nama je umah baru tp dalam..fuh...lotih nengok ea...tp alhamdulillah..bilik aku dah siap kemas..cuma perlu tambah perkakas sikit sebanyak bagi melawakan bilik aku..huhuh...karpet,wallpaper n macam2 laie..aduyai..sumer tu memerlukan duit n "kerajinan"..hahha....tp biler tengok ruang tamu..lagi poning den..mana tak nyer..masa mula2 masuk,aku tengok umah ni dah macam stor..tp biasa ler,rumah kt sini...faham2 jer ler..yg baba plak gaya cakap nk macho jer..hahah...tak pe ler...aku cadang nk duk umah ni dalam bulan(2) ni jer(tgk keadaan)..nk try cari rumah lain..rumah ni byk sangat masalah..eletrik tak cukup,klu sehari tak der masalah,ni tiap2 hari tak cukup,kejap2 lip lap,kejap2 padam langsung..adus,sakit mata di buatnyer...macam mana nk study(ye ker nk study?)kui3....
masalah seterusnya,baba boleh suka2 ati masuk umah tanpa kebenaran aku n ali bait(semasa ketiadaan kami)...maklumlah..kami kan busy,so mana nk "lekat" kt umah(bukan pelekat erk)...klu ada barang2 aku yg hilang..siap ler ko baba...aku karate ko...baba tu budget aku ni budak baru,tp tak per..aku nk terus berlakon cam budak baru..aku nk tgk aper dia nk wat nnti...agak2 ada yg tak kena..terus sound ler..kuang3...
masalah seterusnya lagi,umah aku ni tak der sakhonah..sojukkkkk!!!...(tu pun problem gk ke?)..eh mesti ler problem...sendiri tanyer sendiri jawab..kah3...
tgk ler cam ner..klu aku dapat cari umah lain..aku nk pindah ler..bukan aper..sekarang dah tahun akhir..so utk tahun akhir ni aku nk wat yg terbaik...dapat result ok(amin ya rab) aku nk apply MA Azhar(amin ya rab)...so utk dapat yg terbaik,aku memerlukan kepada persekitaran yg baik gk...baik dari segala segi(cari la ko aizam klu dapat)insya'allah dapat..kui3...
masalah seterusnya lagi(ei,berapa byk LAGI da?)..sekarang ni budget perbelanjaan aku dah lari..(lari kemana?..lu pikir la sendiri)..aku dah guna duit sewa rumah aku utk beli kitab kt ma3rod ari tuh...tp alhamdulillah,masalah tu dah selesai,cz my parents dah masukkan pitis kt dalam akaun aku...so dapat ler aku back up semula...(so skrg tiada masalah lagi)..
yg bagusnyer umah ni cuma satu je bagi aku...apa dia??..erm,umah ni dekat ngan kuliah,dopan umah yo kuliah den,so sonang la den peh ni nk poie ko kuliah...(klu malas2 gk tak tahu la)...doa2 ler yer...

ok ler...mata dah mula ngantuk..nk tido jp...dari td tak tido lagi..duk siapkan bahas(tp tak siap2 gk)..disebabkan beberapa masalah yg tak dapat dielakkan...bangun tido nnti nk sambung buat bahas balik...

ok..cau cin cau sumer...wassalam...

.:Pelawat Bebas:.

.:Uji Minda:.

.:Chating YM:.